Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, August 1, 2010

Harimau Muda vs Royal Sword (



















T
empo perlawanan yang pantas, berbalas gol, hantaran pendek yang kemas - itulah gambaran perlawanan antara Harimau Muda menentang Royal Sword dari Cambodia.

Pastinya aksi kelab ini lebih menarik daripada aksi kelab Liga Perdana. Pemain mereka mempunyai kekentalan daya juang walaupun serba kekurangan ditambah pula kena beraksi di padang tiruan di Bukit Jalil. Mereka mampu menghasilkan 2 gol melalui tendangan percuma. Hantaran pendek dan pantas seringkali memerangkap pertahanan Harimau Muda

Harimau Muda agak beruntung kerana boleh dikatakan mereka berada pada kemuncak prestasi pada tahun ini. Prestasi terbaik yang hanya datang pada akhir musim. Hasil kehadiran penyatuan semula pemain yang sebelum ini bergelora dengan isu barisan kejurulatihan yang diterajui oleh Azraai Khor. Izzaq Faris (photo) menunjukkan kemampuannya sebagai bakal penyerang muda negara yang berbisa.

Sikap agresifnya pada beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini memastikan beliau menjaring gol dalam setiap perlawanan. 2 gol pada separuh masa kedua membenam semangat melawan Royal Sword.

Kedudukan terkini Royal Sword F.C dalam liga Cambodia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails