Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, May 20, 2010

Khalid gagal dapat 'lesen' bermain dengan T-team

"Kami akan koyak sahaja kontrak itu" - Demikian menurut sumber dalaman T-Team sebelum ini kepada Stadiumastro sekiranya Khalid Jamlus gagal mendapat restu daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi bersama pasukan kelab itu.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM kali ke-24 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan pasukan T-Team untuk mendapatkan khidmat Khalid Jamlus.

Ini berikutan dalam peruntukan peraturan JKPT 2010, hanya pemain tidak mewakili mana-aman pasukan sahaja yang dibenarkan mendaftar.

"Setiap pasukan telah dimaklumkan sebelum ini mengenai peraturan ini," kata ahli JKPT, Wan Nizam Wan Omar bagi mewakili Datuk Che Mat Jusoh yang tidak masuk campur dalam perbincangan khusus mengenai kes itu.

T-Team sebelum ini mengumumkan sudah mengikat perjanjian dengan penyerang itu awal bulan ini. Namun Khalid sebenar telah berdaftar dengan pasukan ATM dan lesen baginya telah dikeluarkan.

Menurut wakil T-Team yang enggan dikenali itu lagi, "Kedua-dua saling menyedari mengenai perkara ini dan bersedia membatalkan kontrak ini. Kami akan mematuhi peraturan yang ada."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails