Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, May 23, 2010

Keputusan Liga Super 22 Mei

TIADA K. Devan di bangku simpanan. Tiada Safee Sali di bahagian serangan. Tiada Hardi Jaafar membuat umpanan di tengah padang. Tiada Razman Roslan di bek kanan - tiada masalah buat Selangor.

Merah Kuning kekal di tangga teratas Liga Super dan mengetepikan masalah penggantungan jurulatih, Devan dan pemain mereka apabila menewaskan KL Plus 2-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Pemain tengah, Amirul Hadi Zainal menjaringkan gol pertama buat pasukan Red Giants pada minit ke-54 sebelum Liew Kit Kong, bertindak selaku penyerang tengah di sisi Amri Yahyah, menambah gol kedua 10 minit sebelum perlawanan tamat. KL Plus merapatkan jurang menerusi Nazrin Nawi hasil rembatan jarak jauh pada minit k-84.

Kemenangan Selangor itu membolehkan Selangor terus kukuh di tangga teratas dengan mengumpul 44 mata, manakala Kelantan yang menewaskan Perlis juga 2-1, berada di tempat kedua kurang enam mata.

Kelantan memperoleh jaringan melalui Norshahrul Idlan Talaha hasil sepakan penalti pada minit ke-29 sebelum S. Chanturu menambah gol kedua pada minit ke-34. Gol sagu hati Perlis dijaringkan oleh Wan Khairul Faiz Kamaruddin minit ke-49.

T-Team sekadar seri 1-1 menentang Pahang dengan gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Mohd. Haris Safwan Mohd. Kamal manakala gol skuad Tok Gajah disumbangkan Mohd. Shahrizan Mohd. Salleh.

Perak pula mencatat kemenangan bergaya di Ipoh dengan mengalahkan Johor 2-0, kedua-dua gol disumbangkan oleh Md. Nazrin Md. Kamal minit kedua dan 70.

Di Pulau Pinang, tuan rumah dibelasah pasukan pelawat, Terengganu 5-1. Pelawat menjaringkan gol menerusi Ahmad Nordin Alias (14), Zairo Anuar Zalani (38, 64), K. Rajan (77) dan Hariri Safi (90), manakala gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh S. Veenod (91).

Negeri Sembilan pula tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur di laman sendiri.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails