Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, March 7, 2010

Liga Super 6 Mac

Selangor mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super hasil kemenangan besar 4-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dua jaringan Amirulhadi Zainal, selain satu masing-masing daripada Safee Sali dan Amri Yahyah memastikan pesta gol dan mengirim anak buah Ahmad Yusof pulang ke Alor Star dengan kehampaan.

Kaki kiri Safee membuka tirai jaringan pada minit ke-27, sebelum Amirulhadi menyudahkan gerakan satu dua dengan Hardi Jaafar untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias pada minit ke-38.

Kapten Selangor Amri melambungkan gol ketiga pada minit ke-60 sebelum Amirul melengkapkan kemenangan pada minit ke-76.

Terengganu mengekori rapat Selangor di tangga tangga kedua dengan 17 mata sesudah mengatasi KL Plus 1-0 hasil jaringan Firdaus Fauzi pada minit ke-27.

Di Stadium JCorp, Johor FC menewaskan Pahang 2-1 menerusi jaringan Irme Mat pada minit ke-62 dan Wan Rohaimi Ismail empat minit kemudian sebelum S. Karthigesu menipiskan jurang pada minit ke-76.

Juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan pula menewaskan Perlis 3-2 di Seremban. Jaringan Idris Karim pada minit ke-26, Shukor Adan (43) dan Mohd Asyraf Al Jafri memastikan tiga mata buat skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan, biarpun pelawat membalas menerusi Wan Khairul Faiz (minit ke-38) dan K. Soley.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Kelantan turut memperbaiki kedudukan menerusi jaringan tunggal pemain pertahanan, Azizi Mat Rose pada minit ke-73 untuk menewaskan T-Team.

Di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang menghampakan Perak dengan mencuri satu mata, ketika tinggal enam minit setelah S. Veenod menyamakan jaringan pelawat, Saufi Sa'aidi pada minit ke-62.

Kuala Lumpur menewaskan Johor 2-1 hasil jaringan Yong Kuong Yong pada minit ke-7 dan Azidan Sarudin minit ke-80. Johor membalas menerusi L Rajesh pada minit ke-70.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails