Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, February 13, 2010

Vietnam mengajurkan tiga kejohanan bola sepak pada tahun ini

Mengikut berita bertarikh Feb 11 2010 dari Vietnam undian peringkat kumpulan Kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 akan diadakan pada bulan Julai 2010 di Hanoi. Vietnam akan menjadi tuanrumah salah satu kumpulan manakala kumpulan satu lagi akan diadakan di Indonesia.

Ahli AFF juga telah membincangkan cadangan untuk menganjurkan Piala Super Asia Tenggara (the Southeast Asia Super Cup). Dimana setiap negara akan menghantar satu kelab ke kejohanan ini. Setiap pasukan akan bermain secara pusingan satu kumpulan untuk menentukan juara.

Vietnam merupakan satu-satunya negara yang tidak risau mengenai impilikasi kos ke atas kelab terbabit dan juga bagaimana setiap pasukan boleh menyertainya dengan masalah liga. Thailand dan Singapura juga menyuarakan kebimbangan acara baru ini tiada penaja ataupun penonton.

Mungkin Liga Juara-Juara Asia Tenggara (the Southeast Asian Champions League) akan disambung semula untuk kelab juara kebangsaan. Acara ini dianjurkan oleh Indonesia pada 2003 dan di Brunei pada 2005.

AFF mahu mempromosi bola sepak di Asia Tenggara tetapi keliru cara bagaimana untuk membangunkan kejohanan berkualiti dan menarik menurut berita tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails