Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, February 13, 2010

Syakir pasang impian sertai saingan tertinggi Eropah

KETIKA dirinya dianggap bertuah kerana dapat mewakili negara di peringkat Eropah, walaupun sekadar di peringkat Liga Divisyen Satu Slovakia, penyerang Ahmad Syakir Mohd Ali mempunyai impian yang lebih besar untuk digapai di sana.

Syakir yang terpilih untuk mengetuai barisan serangan Harimau Muda A, sebenarnya menyimpan impian mengembangkan bakatnya di saingan tertinggi Eropah dan menganggap kesempatan beraksi di sana memberikannya peluang keemasan untuk membuktikan dirinya di depan pencari bakat kelab-kelab terkemuka.

“Mana tahu kalau ada rezeki, saya boleh menarik perhatian kelab-kelab besar di sana. Ia adalah impian mana-mana pemain untuk beraksi di Eropah,” katanyaBegitu pun penyerang berusia 20 tahun itu terlebih dulu perlu memastikan dirinya kekal dalam rancangan jurulatihnya di Kedah dan kini pengendali barisan bawah 21 tahun kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah, berikutan kemasukan dua penyerang muda, A Thamil Arasu dan Wan Zack Haikal Wan Noor dari skuad Harimau Muda B.

“Saya menyedari tugas sukar yang dihadapi sekarang berikutan kemasukan dua pemain Harimau Muda B itu. Saya perlu melipat gandakan usaha untuk memastikan nama saya tetap tersenarai dalam kesebelasan utama,” katanya.

Mengenai masa depannya dengan Harimau Muda A, anak kelahiran Alor Setar itu berkata dia belum menerima lanjutan kontrak yang dijadualkan berakhir pada Mei ini, tetapi mendengar khabar angin khidmat mereka akan diteruskan sehingga akhir tahun.

“FAM belum berkata apa-apa lagi mengenai kontrak kami, tetapi saya ada mendengar khabar angin ia akan disambung. Namun saya tidak pasti mengenai kedudukan kami jika dipanggil menyertai pasukan senior kebangsaan,” katanya.

Syakir mula menempa nama apabila menjadi antara muka penting yang membantu Harimau Muda menjuarai Liga Perdana 2009 dengan menjaringkan 17 gol.

Prestasi hebat yang ditunjukkannya itu membuka laluannya menyertai pasukan senior dengan kesempatan berkenaan digunakan untuk memikat K Rajagobal apabila menjaringkan gol tunggal ketika perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi pada September lalu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails