Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, February 10, 2010

Selangor bakal hadapi Sriwijaya FC


SATU slot kosong dalam kumpulan F bagi saingan Piala AFC 2010 kini diisi kelab dari Indonesia.

Kumpulan F turut disertai wakil tunggal negara, Selangor.

Terdahulu, tiga pasukan telah pun diundi berada dalam kumpulan tersebut selepas majlis undian 7 Disember lalu iaitu Selangor, Victory SC (Maldives) dan Binh Duong (Vietnam).

Semalam pula berlangsung undian ringkas bagi menentukan kedudukan kumpulan bagi pasukan yang gagal pada playoff Liga Juara-Juara Asia iaitu Sriwijaya FC, Da Nang (Vietnam), Muang Thong United (Thailand), Al Kamarah (Syria) dan Churchill Brothers (India).

Selangor yang layak ke Piala AFC 2010 menerusi tiket sebagai juara Liga Super 2009 bakal menghadapi saingan sukar kerana berbanding pasukan-pasukan lain, mereka akan turun tanpa khidmat pemain import.

Selangor akan menghadapi enam perlawanan peringkat kumpulan iaitu bertemu Binh Duong di Shah Alam (23 Februari), Sriwijaya FC di Palembang (16 Mac), Victory SC di Male (24 Mac), Victory SC di Shah Alam (6 April), Binh Duong di Thu Dau Mot (21 April) dan Sriwijaya FC di Shah Alam pada 28 April.

Jika berjaya menduduki dua tangga teratas Kumpulan F itu, Selangor akan mara ke pusingan kedua kalah mati bertemu lawan dari Kumpulan H, sama ada Thai Port (Thailand), Tai Po (Hong Kong), Geylang (Singapura) atau SHB Da Nang (Vietnam).

Perlawanan pusingan kedua pada 12 Mei depan itu tidak dilangsungkan secara timbal balik, sebaliknya perlawanan tunggal hanya diadakan di gelanggang sendiri pasukan yang menjadi juara kumpulan.

Saingan Piala AFC 2010 disertai 32 pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan.

Selangor sebelum ini pernah beraksi pada Piala AFC 2006 tetapi terkandas pada suku akhir setelah tewas 0-1 menerusi agregat kepada kelab Lebanon, Al-Nejmeh.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails