Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, February 6, 2010

Khairy Cadang Pasukan Remaja Malaysia Dihantar Ke Luar Negara Selama 4 Tahun

TIMBALAN presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin, mencadangkan agar pasukan remaja kebangsaan dihantar menimba ilmu di Amerika Latin atau Eropah untuk jangka waktu empat tahun tanpa pulang ke tanah air sebagai langkah membentuk pasukan negara yang berwibawa.

Menulis dalam blognya www.rembau.net, Khairy secara peribadi berpendapat dengan cara itu sebuah pasukan kebangsaan yang betah dengan kondisi antarabangsa dapat dibentuk bagi mengubah nasib Malaysia.

Mengulas mengenai tindakan FAM yang tidak memberi restu kepada penganjuran kejohanan bola sepak Champions Youth Cup (CYC), Khairy percaya RM17 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan sebagai hak penganjuran wajar disalurkan kepada akar umbi.

Tajaan sebesar itu lebih baik dibelanjakan untuk membangunkan bolasepak di peringkat akar umbi dengan pengajuran liga-liga di seluruh daerah untuk mencari bakat-bakat baru.

Duit itu boleh juga digunakan untuk menaja skuad kebangsaan bawah umur 16 tahun untuk berhijrah ke Amerika Selatan atau Eropah selama empat tahun tanpa pulang ke tanah air untuk meningkatkan mutu permainan mereka dengan pendedahan kepada liga tempatan di sana.


Sambil mengakui bahawa bola sepak Malaysia sekarang berada di tahap yang mungkin paling rendah dalam sejarah, Khairy menegaskan FAM sebenarnya sedang giat memperbaiki keadaan tersebut.


Ini termasuk memberi pendedahan kepada pasukan kebangsaan bawah umur 19 tahun untuk beraksi dalam Liga Perdana sebagai pasukan Harimau Muda dan membuat penyusunan semula jadual Liga Malaysia supaya tidak menganggu latihan skuad kebangsaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails