Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, January 7, 2010

Malaysia tewas tipis

ARINGAN saat akhir penyerang Ahmed Khalil Sebait Mubarak melenyapkan hasrat skuad bola sepak negara untuk menamatkan saingan kelayakan Piala Asia dengan nota kejayaan apabila kalah tipis 0-1 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Al-Sahab, Dubai awal pagi tadi.
TAK LEPAS...pertahanan negara, Aidil Zafuan   Abd Radzak (kanan) diasak pemain UAE, Ahmed Khalil  di Dubai, semalam.
TAK LEPAS...pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak (kanan) diasak pemain UAE, Ahmed Khalil di Dubai, semalam.

JARINGAN saat akhir penyerang Ahmed Khalil Sebait Mubarak melenyapkan hasrat skuad bola sepak negara untuk menamatkan saingan kelayakan Piala Asia dengan nota kejayaan apabila kalah tipis 0-1 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Al-Sahab, Dubai awal pagi tadi.

Keputusan itu juga menamatkan sisa-sisa perjuangan Malaysia untuk menempah tiket di pentas final di Qatar tahun depan, apabila gagal mengutip sebarang mata selepas tewas dalam empat perlawanan kelayakan dengan menduduki tempat ketiga di belakang pendahulu Uzbekistan sementara UAE di tangga kedua.

Bagaimanapun, keputusan yang diraih barisan K Rajagobal itu sekurang-kurangnya menunjukkan sedikit peningkatan jika dibandingkan pada perlawanan pertama Januari lalu di Stadium Bola Sepak Cheras apabila mereka dibelasah 5-0.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi berkata, skuad yang dibarisi hampir semua pemain Bawah 23 tahun yang meraih pingat emas di Sukan Sea Laos bulan lalu itu, menunjukkan persembahan terpuji namun terpaksa menerima kekalahan menerusi gol lewat permainan pasukan lawan.

"Skuad negara beraksi dengan baik. Kita bukan hanya bertahan tapi turut melancarkan serangan. Namun adat permainan ada menang, ada kalah. Jaringan yang dihasilkan oleh UAE menerusi 'set-piece', namun saya puas hati dengan semangat yang dipamerkan pemain muda negara.

"Mereka berjuang habis-habisan, kita terpaksa terima kekalahan ini. Kalau dinilai menerusi persembahan pemain negara memang ada peningkatan," katanya.

Skuad negara ketika itu dibimbing jurulatih B Sathianathan tumpas 0-5 kepada UAE pada perlawanan pertama, diikuti kekalahan di tangan Uzbekistan 1-3 di gelanggang lawan dan kemudian tewas dengan jaringan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil, November lalu.


Iran, China ke pusingan akhir

China dan Iran layak ke pusingan akhir Piala Asia 2011 selepas masing-masing mencatat kemenangan, malam tadi, tetapi Indonesia dan Vietnam tersingkir dari saingan.

Mereka menyertai Uzbekistan dan Syria yang lebih awal menempah tempat di Qatar bersama negara penganjur serta Iraq, Arab Saudi dan Korea Selatan iaitu tiga negara terbaik pada kejohanan 2007.

India juga ke pusingan akhir selepas muncul juara Piala Cabaran AFC 2008.

China mara ke pusingan akhir selepas mengharungi tentangan getir daripada Syria di Zhejiang pada saingan Kumpulan D yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan.

Namun pasukan bimbingan Gao Hongbo itu terpaksa menanti keputusan perlawanan di Beirut membabitkan Lebanon dan Vietnam yang terikat 1-1 selama 40 minit sebelum mereka disahkan layak.
Iran, yang dianggap kuasa terkuat di Asia masih dalam proses pemulihan selepas kegagalan ke pusingan akhir Piala Dunia Afrika Selatan, mengesahkan tempat ke Doha Januari 2011 selepas membenam Singapura, 3-1.

Ketika mereka mara, tangisan mengiringi Indonesia apabila kalah 1-2 kepada Oman di Jakarta.

Kemenangan Oman itu membolehkan mereka mengutip tujuh mata berkongsi kedudukan teratas dengan Australia dan Kuwait dalam Kumpulan B yang bertarung sesama mereka.

Di sebalik kekalahan itu, Singapura masih mempunyai peluang ke pusingan akhir Piala Asia sejak mereka menganjurkannya pada 1984 selepas pasukan bimbingan Bryan Robson, iaitu Thailand gagal mengatasi Jordan.

Mereka seri 0-0 di Bangkok bermakna Singapura dan Thailand sama-sama enam mata manakala Jordan (5) beraksi kurang satu perlawanan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails