Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, August 27, 2011

Masalah: Perlawanan Persahabatan Dengan Skuad Kanggaru dan Pertembungan Jadual Sukan SEA dan Kelayakan Olimpik Pusingan Akhir

MASALAH DEMI MASALAH MELANDA FAM KETIKA INI.

1. Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia Menganggu Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya dengan Skuad Kanggaru:

Kita sedia maklum bahawa pasukan KANGGARU ingin mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan HARIMAU MALAYA pada 7 oktober 2011.


Masalah yang dihadapi ketika ini ialah FFA ingin mengadakan perlawanan ini pada 7 Okotber 2011, dan Suku Akhir Piala Malaysia akan berlangsung pada keesokan harinya 8 Oktober 2011.


FAM akan membuat keputusan melalui Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd Amin sama ada hendak MEROMBAK jadual Perlawnan Piala Malaysia atau memutuskan dengan meneruskan jadual perlawanan tanpa kelibat pemain kebangsaan atau mengikut kata Menteri KBS iaitu membuat alternatif dengan menunda perlawanan ini pada 9 Oktober.


FFA beri malaysia membuat keputusan untuk menetapkan tarikh perlawanan persahabatan dengan Malaysia, FFA bercadang untuk mengadakan perlawanan ini pada 9 Oktober.


2. Pertembungan Jadual Bola Sepak Sukan SEA Dengan Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Akhir:


Kedua-dua kejohanan penting buat pasukan olimpik negara. Ia kerana Pasukan Negara perlu memPERTAHANKAN Pingat EMAS Sukan SEA 2011. Manakala untuk Kelayakan Olimpik kita mestilah sekurang-kurangnya mengutip mata untuk perlawanan.


Pertembungan tarikh perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA pada 22 November dengan perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik bertemu Syria (23 November) hanya akan terarah kepada dua kemungkinan – skuad Olimpik terpaksa melupakan final Sukan SEA atau Syria berkorban masa untuk memberi laluan kepada Malaysia mempertahankan pingat emas temasya Asia Tenggara itu. 


FAM sudah menghantar permohonan kepada Syria dan AFC untukmenunda tarikh perlawanan dari 23 kepada 24 November, dan menurut Setiausaha Agung FAM, ada tanda-tanda positif daripada kedua-dua pihak berkenaan.


Difahamkan Pihak Syria telah pun bersetuju dengan permohonan malaysia.


Skuad Olimpik di bawah kendalian Ong Kim Swee diberi tanggungjawab untuk memikul kedua-dua tugasan iaitu Saingan Sukan SEA dan Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Akhir.


-DOAKAN YANG TERBAIK BUAT BOLA SEPAK MALAYSIA-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails