Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, August 21, 2011

Malaysia tunduk kepada Canada


Skuad bola sepak negara beraksi di saingan penentuan tempat ke-11 dan 12 selepas dibelasah teruk 5-1 oleh Kanada pada kempen Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 petang semalam. Selepas Pasukan Universiade Malaysia berjaya menewaskan Thailand di suku akhir penentuan tempat 9th-16th dua hari lepas, Malaysia ingin memburu untuk mendapat tempat ke-9 bila kemenangan atas Thailand memberi semangat kepada Malaysia.
Pada aksi di Stadium Sekolah Sukan Shenzhen tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang bahaya dalam usaha untuk mendapat gol pertama.
Bagaimanapun, pintu gol Malaysia dibolosi pada minit 8 selepas penyerang Kanada, Gagandeep Dosanjh berjaya melepasi kawalan penjaga gol skuad negara, Norhadi Ubaidillah yang mempunyai kecederaan rengan.
Tersentak dengan gol awal tersebut, Malaysia cuba bangkit untuk memburu gol penyamaan menerusi penyerang pasukan, Khairul Naim Mahyuddin, Muhammad Afham Zulipeli, Fahrul Razi Kamaruddin dan kapten, K. Reuben.
Peluang terbaik skuad bimbingan Aminuddin Hussin itu hadir pada minit ke-22 apabila Kapten 1 on 1 bersama Goalkeeper, tetapi dipersiakan oleh Reuben. Seminit kemudian, giliran Afham pula melepaskan peluang terbaik selepas gagal menanduk kemas hantaran lintang Reuben.
Aminuddin terpaksa mengeluarkan Norhadi yang mengalami kecederaan dan posisi penjaga gol itu digantikan dengan Muhamad Nor Haziq di minit ke-33. Namun Kanada berjaya menambah gol kedua pada masa kecederaan babak pertama menerusi kapten, Jamaal Smith yang menanduk masuk senang. Dominic Antonini menjaringkan goal ketiga hasil satu sepakan penalti selepas Fahrul Razi menerjah keras pemain lawan.
Malaysia berjaya merapatkan jurang pada minit ke-56 apabila Reuben menyumbat masuk bola yang melantun selepas percubaan pemain gantian, Muhamad Nursalam Zainal Abidin terkena tiang.
Begitupun, jaringan itu tidak melemahkan semangat para pemain Kanada untuk memburu gol keempat hasil tandukan Jerson Barandica Hamilton dan Joshua Northey mendapat goal ke-5 Kanada hasil sepakan sudut pada masa kecederaan babak kedua.
Selepas ini, Malaysia akan bermain pada aksi penentuan tempat ke-11 dan 12 dan akan bertemu Pasukan University Czech Republic untuk merebut tempat ke-11 di 22 August 2011.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails