Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, July 15, 2011

Harimau Malaya dituntut pamer taring sebenar



RAJAGOBAL (kiri) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.



SETELAH melihat anak-anak buahnya gagal mempamerkan aksi sebe- nar ketika tewas 0-4 kepada Arsenal malam kelmarin, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengharapkan 'sesuatu' ketika menentang Liverpool petang esok.
Bagi Rajagobal, beliau mahu para pemainnya bangkit mempamerkan kemampuan sebenar sebelum memilih mereka yang benar-benar layak untuk beraksi menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai ini.
"Memang ada beberapa pemain yang tidak beraksi pada prestasi sebenar. Saya tidak mahu dedahkan nama mereka tetapi dalam mesyuarat pasukan, saya telah beritahu pemain-pemain terbabit.
"Saya akan terus mencuba para pe- main ketika berdepan Liverpool ini. Saya mahu lihat siapa yang benar-benar memiliki karakter. Kita kena main dengan tempo yang laju. Jangan ulangi kesilapan ketika bertemu Arsenal.
"Kita bolos pun bukan menerusi ja- ringan bertaraf dunia tetapi kita sendiri yang beri gol kepada lawan," kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan di Stadium Nasio- nal, Bukit Jalil petang semalam.
Beliau mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Nor- shahrul Idlan Talaha tidak akan beraksi esok, sekali gus tempat mereka akan digantikan oleh dua pemain baharu, Ismail Faruqi (Terengganu) dan Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A).
"Aidil mengalami kecederaan buku lali, manakala Norshahrul kembali mengalami kesakitan hamstring dan saya tidak mahu kecederaannya kembali teruk kerana aksi bertemu Singapura lebih penting.
"Tetapi apabila perlawanan menentang Liverpool ini berlangsung pada 5.45 petang, ia sedikit kelebihan buat kita. Cuma kita perlu mendapat rentak dengan cepat pada awal permainan," jelasnya.
Dalam pada itu, Rajagobal turut menegaskan bahawa skuad Harimau Malaya akan kembali memakai jersi biru petang esok setelah ternyata jersi kuning berterusan tidak membawa tuah.
"Lawan Indonesia, Taiwan dan Arsenal kita tewas dengan jersi kuning. Kita pun tak pernah menang dengan jersi kuning dan kamu boleh lihat ba- gaimana pemain kita tak bertenaga semalam (kelmarin).
"Tetapi ini bukan satu kepercayaan. Ia lebih kepada psikologi. Rio Ferdinand (pemain Manchester United) akan melompat di terowong masuk padang setiap kali beraksi. Pemain lain pun ada cara mereka.
"Begitu juga dengan saya. Apabila kita pakai jersi biru, lihatlah kita ber- aksi begitu yakin dan garang sehingga menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010," jelas Ra- jagobal.
Difahamkan, skuad kebangsaan terpaksa memakai jersi kuning malam kelmarin kerana Arsenal hanya membawa jersi kedua mereka berwarna biru untuk aksi tersebut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails