Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, December 25, 2010

Rajagopal Yakin Malaysia Mampu Atasi Indonesia

Jurulatih kebangsaan K. Rajagobal (kiri) bersama pengurus pasukan Indonesia Andi Darussalam (kanan) semasa sidang akhbar di Stadium Bukit Jalil pada 24 Disember 2010.


Menjelang perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki pada Ahad ini, ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal melontar keyakinan ke atas anak buahnya mampu mengatasi pasukan Indonesia di Stadium Bukit Jalil. Di samping itu, Rajagobal turut menyatakan akan melakukan beberapa rombakan penting ke atas barisan kesebelasan pemainnya yang masih menjadi rahsia.

"Kita telah bertemu di dalam perlawanan pertama lalu, para pemain sedar akan kekuatan lawan yang nyata sukar digugat. Beberapa strategi akan dirombak, tetapi saya tidak boleh menyatakannya sekarang. Pelbagai perkara boleh berlaku di dalam bola sepak, harapan saya ialah mahu mereka bermain bersungguh-sungguh di atas padang nanti," kata Rajagobal.

Manakala pengurus pasukan Indonesia Andi Darussalam Tabussala pula menegaskan anak buahnya tidak bermasalah berhadapan M'sia kerana pemainnya sudah mengetahui dan masak dengan corak permainan yang akan digunakan nanti. "Bambang Pamungkas pernah bermain di Selangor dahulunya, serba sedikit kami sudah mengetahui tentang corak permainan Malaysia." kata Andi Darussalam.

Berdasarkan reputasi, ia nyata tampak lebih memihak buat Indonesia kerana sudah bermain di final sebanyak tiga kali sebelum ini berbanding Malaysia yang hanya mara sekali. Misi besar menanti Indonesia kerana ini merupakan kali pertama mereka akan bermain di gelanggang lawan pada edisi kali ini serta ramai mencongak peluang untuk Indonesia muncul juara akan lebih sukar.

Meskipun anak buah Rajagobal tewas teruk pada perlawanan pertama peringkat kumpulan lalu, mereka bangkit mempamerkan momentun dan corak permainan berbeza sekaligus berjaya mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir menewaskan penyandang juara iaitu Vietnam.

SUMBER:
MALAYA TIGER FOOTBALL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails