Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, December 3, 2010

Malaysia lebih optimis berdepan Thailand?




JAKARTA - Pasukan kebangsaan lebih optimis untuk mengharungi perlawanan kedua Kumpulan A Piala AFF 2010, menentang Thailand, esok di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Keyakinan itu berdasarkan prestasi hambar Thailand yang seri 2-2 dengan Laos.
Thailand yang dibimbing Bryan Robson tampak keletihan selepas mengharungi liga tempatan yang baru sahaja selesai.

Walaupun atas kertas Thailand memiliki kelebihan, tetapi prestasi semasa memihak Malaysia untuk menawan perlawanan esok.

Apa yang diharapkan oleh ketua jurulatih, K. Rajagobal para pemain segera melupakan babak yang memalukan apabila dibelasah pasukan tuan rumah Indonesia 1-5 pada persembahan pertama.

Rajagobal meminta anak didiknya supaya memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya dan menjadikan kekalahan tersebut sebagai momentum untuk bangkit menentang Thailand.

"Kini, kami akan fokus menghadapi Thailand. Apalagi, penampilan mereka juga sedang tidak terlalu bagus, jika dinilai keputusan ketika menentang Laos," katanya yang optimis Malaysia mampu lolos ke babak seterusnya.

Masalah pasukan kebangsaan adalah di bahagian pertahanan yang terlalu mudah dibolosi lawan.
Ia berpunca para pemain terlalu gemar membuat hantaran pendek dalam kawasan sendiri.

Akhirnya mereka hilang kawalan bola kepada pasukan lawan dan mengakibatkan benteng pertahanan Malaysia menjadi kucar-kacir sehingga menjaringkan gol sendiri.

Barisan tengah pula terlalu lembik dan kehadiran pemain veteran Amri Yahya gagal mengubah corak bahagian tengah kerana Amri tidak mempunyai cukup stamina untuk menerajui nadi skuad kebangsaan selama 90 minit.
Dalam pada itu, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl seperti tidak percaya pasukannya mampu mencatat kemenangan mudah menentang Malaysia.

"Saya gembira dengan kemenangan ini, tetapi saya tidak menyangka hasilnya seperti ini. Saya rasa kemenangan 3-1 sudah cukup," katanya.

Namun, motivasi tinggi para pemain tuan rumah yang mendapat sokongan kira-kira 30,000 penyokong, menjadikan mereka begitu ghairah untuk meratah Malaysia. - Utusan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails