Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, December 2, 2010

Kesilapan pertahanan bawa padah


Kesilapan barisan pertahanan skuad negara membawa padah apabila tumpas 5-1 kepada pasukan tuan rumah, Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta.
Barisan pertahanan negara yang akan cuai dan gopoh dengan mudah memberikan pasukan tuan rumah lima gol berharga mereka.
Pasukan negara terlebih dahului membuka jaringan pada minit ke-17 hasil jaringan Nor Shahrul Idlan Talaha.
Gol yang berpunca daripada hantaran cantik Safee Sali disambar oleh Shahrul yang tidak dikawal untuk meletakkan Malaysia di hadapan.
Bagaimanapun, Indonesia berjaya menyamakan kedudukan dua minit selepas itu hasil gerakan bijak Irfan Bachtim yang membiarkan hantaran lintang yang kemudiannya tertampan masuk oleh pemain pertahanan Malaysia, Asrarudin Putra.
Pemain kelahiran Uruguay, Cristian Gonzalez meletakkan Indonesia di hadaapi menerusi jaringannya yang berpunca daripada kesilapan Mohd Muslim, yang gopoh mengawal bola sebelum bola tersebut terlepas kepada Irfan, terus menghantar ke Gonzalez.
Sebaik sahaja babak kedua bermula, Indonesia memantapkan lagi serangan dengan mengasak pasukan Malaysia bertubi-tubi.
Muhamad Ridhwan beraksi cemerlang dengan gerakan 1-2 nya bersama dengan Ifan berjaya melepasi pemain pertahanan, Asrarudin yang tidak menampan bola dengan kemas untuk membolehkan Ridhwan menjaringkan gol ketiga Indonesia menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee.
Pemain gantian, Arif Suyono dengan pantas menyambar hantaran yang gagal ditampan kemas oleh Asrarudin sekali lagi menyaksikan gol keempat pasukan Indonesia pada minit ke-75.
Pada minit-minit kecederaan, Ifran melengkapkan kemenangan bergaya Indonesia menjaringkan gol kelima dengan mudah melepaskan rembatan jarak dekat apabila dia tidak dikawanl oleh pemain-pemain Malaysia.
Malaysia kelihatan sedikit keletihan di separuh masa kedua gagal mempamer aksi yang memberansangkan.
Pasukan negara berhadapan dengan tugas getir apabila akan bertemu dengan pasukan Thailand dalam perlawanan kedua nanti.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails