Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, December 13, 2010

Calisto resah hilang empat tonggak

vietnamhilangbeberapatonggak 
MENJELANG pertemuan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Rabu ini, ada sesuatu yang mengganggu fikiran jurulatih Vietnam, Henrique Calisto yang memulakan sesi latihan pertamanya di ibu negara, semalam.

“Saya hilang empat tonggak utama, seorang digantung satu perlawanan kerana kad merah dan tiga lagi hampir pasti tidak dapat beraksi kerana kecederaan,” kata pengendali Vietnam itu ketika ditemui di padang Persada Plus yang menjadi gelanggang latihan pasukan itu, semalam.

“Pasukan saya tidak pernah bermain tanpa tiga tonggak utama yang cedera itu, jadi saya harap ketiadaan mereka tidak akan memberi kesan besar kepada persembahan pasukan. Apa yang boleh saya katakan, peluang Malaysia dan Vietnam adalah seimbang.”

Seorang daripada tiga tonggaknya yang cedera adalah pemain tengah licik, Phan Van Tai Em yang dilihat sekadar duduk di bangku pasukan sepanjang sesi latihan semalam, tetapi Troang Hang Nguyen yang digantung perlawanan tetap memanas badan bersama pasukan.

“Saya tidak yakin kecederaan lutut Phan sempat pulih sebelum perlawanan Rabu ini. Saya tidak boleh mengharapkan keajaiban, jadi kena berpuas hati dengan pemain yang ada,” kata Calisto yang pertama kali membawa pasukannya beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Malaysia mempunyai ramai pemain berkualiti, walaupun kami turun sebagai juara bertahan, itu bukan bermakna kami boleh memandang ringan cabaran tuan rumah. Jika saya diberi pilihan untuk mengimport pemain luar negara, ada beberapa pemain Malaysia dalam senarai saya.”

Calisto turut memuji dan menghormati rakan sejawatannya – K Rajagobal yang dianggap sebagai jurulatih kreatif dan bijak. “Kami akan berpuas hati jika dapat seri di sini, tetapi sudah tentu sasaran adalah untuk menang,” katanya.

Namun sekalipun Calisto menganggap pasukannya ‘tempang’ tanpa empat pemain, itu bukan alasan untuk skuad kebangsaan berasa lega kerana Vietnam mampu menjelmakan ‘tonik ajaib’ untuk memulihkan tiga tonggak yang disebut jurulatih kelahiran Portugal itu.

Sumber : BHarian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails