Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, November 7, 2010

Skuad Misteri Kyrgyzstan

GIGIH...Rajagobal memberi arahan ketika sesi latihan skuad negara di Stadium Hua Gong, semalam.
GIGIH...Rajagobal memberi arahan ketika sesi latihan skuad negara di Stadium Hua Gong, semalam.


UJIAN pertama skuad separuh masak K Rajagobal bermula esok apabila Malaysia turun menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A bola sepak Sukan Asia Guangzhou di Stadium Huadu.

Malaysia tidak pernah berdepan pasukan ini dalam mana-mana pertandingan formal ataupun persahabatan. Namun corak persembahan mereka tidak banyak berbeza dengan gaya Uzbekistan yang lebih kepada fizikal, hantaran jauh dan kawalan ketat.

Ini pertembungan menarik, menurut Rajagobal yang positif menghadapi temasya pertamanya di Sukan Asia selaku jurulatih, sekalipun mengakui kehilangan kesebelasan utamanya akibat kecederaan merencat perancangan.
“Saya mahu melupakan kecacatan ini dan fokus menghadapi pertandingan. Terus terang saya tidak suka memberi alasan apa lagi kita sudah berada di venue pertandingan.Inilah lazimnya bola sepak dan perkara sama pernah saya alami ketika menghadapi Sukan Sea Laos. Kita berjaya melepasinya dalam susah dan senang. Akhirnya kita mendapat hasil membanggakan,” katanya.

“Namun itu Sukan Sea tetapi ini Sukan Asia. Ada perbezaan ketara dalam tarafnya. “Saya percaya kita boleh hadapi masalah ini bersama-sama. Antara saya dan pemain kami mempunyai matlamat serupa,” jelasnya.
Skuad negara menewaskan Maldives 4-1 sebelum berangkat ke Guangzhou.

Perlawanan itu menyaksikan Rajagobal kehilangan tonggak benteng, Nasriq Baharom yang tercedera.
Nasriq melengkapkan kehilangan 10 pemain utama selain Aidil Zafuan dan Zakuan Adha Abd Radzak, Baddrol Bakhtiar, Sharbinee Allawee, Faizal Marlias, Mat Sabre Abu serta Azmi Muslim.

Ditanya apa yang menarik menurut jurulatih yang kaya dengan idea itu adalah ujian buat pemain yang sebelum ini bukan pilihan tetapi akan turun selaku tonggak kesebelasan.

Dibantu pengalaman tiga pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah, S Kunanlan dan Norshahrul Idlan Talaha, skuad negara sebenarnya sudah bersedia. Tambah pula skuad ini memiliki struktur barisan emas Sukan Sea Laos dengan majoriti sembilan pemain kekal di dalamnya.

Tiga watak penting itu akan menerajui tiga posisi utama. Norhafiz mengemudi pertahanan tengah, Kunanlan bergandingan dengan Safiq Rahim di jentera tengah, manakala Norshahrul memimpin teraju penggempur.

“Menghadapi Kyrgyzstan, kita harus lebih agresif dan pantas daripada mereka. Saya yakin pengalaman beraksi dalam Liga Slovakia oleh tujuh pemain Harimau Muda A sebelum ini akan banyak membantu.Inilah yang saya maksudkan menarik, ujian buat skuad ini. Saya optimis kita tetap berpeluang mengatasi mereka,” tegasnya.

Bercakap mengenai kehadiran Jepun dan tuan rumah China, Rajagobal mengakui ranking mereka jauh lebih baik daripada Malaysia. Malah dua pasukan ini sudah beraksi di pentas tertinggi Piala Dunia.

“Kita akan hadapi mereka sama seperti kita berdepan Kyrgyzstan,” katanya.

sumber : malayatigerfootball

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails