
Jurulatih bola sepak negara, K. Rajagobal perlu diberi masa untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.
Beliau berkata walaupun kalah kepada pasukan hebat Asia seperti Jepun, Iran dan China dalam Sukan Asia di Guangzhou, Malaysia mempamerkan semangat juang yang mantap semasa berhadapan dengan pasukan-pasukan itu.
"Pertukaran jurulatih yang kerap tidak akan berkesan. Kejayaan takkan datang dengan pantas, adakalanya ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau yang menyuarakan sokongan kepada jurulatih tempatan untuk membimbing pasukan bola sepak negara berkata, budaya Malaysia berbeza daripada lain-lain negara, dan adalah lebih mudah bagi jurulatih tempatan untuk membimbing pasukan negara.