Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, October 1, 2010

FAM benarkan khidmat pemain import 2012

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengsyorkan supaya pemain import, yang dilarang beraksi dalam Liga Malaysia sejak tahun lepas dibenarkan bermain di liga bola sepak tempatan mulai musim 2012.

Ini sehubungan dengan cadangan jawatankuasa itu kepada Lembaga Eksekutif FAM agar larangan tersebut dikekalkan hanya hingga di Liga Malaysia musim 2011.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan ini dibuat walapun anggota gabungan FAM sebulat suara bersetuju bahawa pemain import dapat membantu memeriahkan lagi saingan Liga Malaysia musim depan.

"Namun di atas kewajaran tertentu setelah mengambil kira faktor kemampuan kewangan pasukan yang bertanding, JPT memutuskan agar kemasukan pemain import hanya dibenarkan pada 2012," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas JPT.

Hamidin berkata JPT juga memutuskan untuk meletakkan syarat hanya pasukan yang sudah menyelesaikan masalah kewangan mereka termasuk bayaran tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tunggakan gaji pemain dan lain-lain masalah kewangan saja yang dibenarkan mengambil pemain import pada musim 2012.

Hamidin berkata mesyuarat JPT hari ini turut memutuskan hanya tiga orang pemain import boleh diambil oleh setiap pasukan.

"Pasukan hanya dibenarkan mengambil pemain dari negara yang mempunyai kedudukan ranking pemain yang lebih tinggi daripada pemain negara," katanya.

Hamidin berkata kelayakan pemain import dinilai berdasarkan kedudukan mereka pada 11 Ogos 2011.

Beliau bagaimanapun berkata keputusaan muktamad mengenai perkara itu akan ditentukan pada mesyuarat bersama lembaga eksekutif FAM Isnin depan.

Source: Bernama


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails