Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, September 7, 2010

Zaquan Cedera (6 bulan) rehat

MALANG menimpa penyerang utama skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak.

Dia terpaksa melupakan terus saingan Piala Malaysia, Sukan Asia 2010 dan Piala AFF Suzuki 2010.

Pemain Negeri Sembilan itu akan berehat selama enam bulan selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kirinya.

Menurut Zaquan, dia akan menjalani ujian imbasan resonan bermagnet (MRI) disusuli pembedahan ACL selepas Aidilfitri nanti.

Semalam doktor mengesahkan saya mengalami kecederaan ACL. Memang saya kecewa sangat selepas mendengar penjelasan doktor kerana saya akan terlepas dua kejohanan besar pada hujung tahun ini.

“Cuma keajaiban pada ujian MRI nanti yang membolehkan saya tidak dibedah. Tapi harapan saya tipis kerana kebiasaannya kecederaan seperti itu tetap kena bedah juga,"katanya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails