Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, September 14, 2010

Preview Piala Malaysia 2010

Piala-Malaysia-2009


Preview Piala Malaysia 2010


Kelantan vs Negeri Sembilan (siaran lansung di astro arena 801)

N.Sembilan tak mudah melatah

Wan Jamak Wan Hassan mengakui berdepan misi sukar dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

Beliau resah berikutan terbawa-bawa dengan prestasi tidak konsisten pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super 2010.

Walaupun menyedari kempen musim ini kurang memberansangkan, namun Wan Jamak tidak mudah panik dengan situasi tersebut sambil menjelaskan turut berdepan situasi yang sama musim lalu.

"Para pemain perlu berusaha daripada sekarang.

Negeri Sembilan tidak dapat menggunakan khidmat Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (kiri) yang ditimpa kecederaan lutut semasa beraksi untuk pasukan kebangsaan.

Norshahrul, Subra Sedia Diturunkan

Lengkap sudah semuanya. Khidmat penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan bek kental, Subramaniam akan dipertaruhkan dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada Selasa ini.

Sebelum ini, khidmat pemain pertahanan, S Subramaniam dikatakan tergantung kerana difahamkan beliau mengutip kad kuning maksimum dalam saingan terakhir Liga Super yang memungkinkan beliau terlepas beraksi dalam perlawanan pembukaan itu.

Namun, perkhabaran gembira diterima oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sesudah sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan mana-mana pemain yang mengutip kad kuning dalam beberapa siri perlawanan terakhir saingan Liga Super baru-baru ini tidak diambil kira dalam kejohanan TM Piala Malaysia selepas ini.



Selangor mahu ungguli kumpulan D

Selepas kali terakhir merangkul Piala Malaysia pada 2005, Selangor bercita-cita besar bagi memastikan kejuaraan paling berprestij itu berada dalam genggam buat kali ke-33.


SELANGOR

Tidak syak lagi selaku masih memegang status pasukan pilihan, lebih-lebih lagi begitu konsisten sepanjang aksi musim ini sehingga muncul juara Liga Super.

Selangor pastinya tidak akan berasa puas hanya memenangi Liga Super sahaja musim ini dan akan memberi cabaran hebat seperti mana tradisi mereka dalam Piala Malaysia.

Gergasi Merah Kuning merupakan pasukan paling banyak memjulang Piala Malaysia iaitu sebanyak 32 kali.

Sepanjang persiapan di bulan Ramadan, Selangor tidak begitu menyerah dan aksi mereka khususnya di bahagian serangan agak bergerak. Namun situasi ini tidak menggusarkan kerana mereka memiliki ramai pemain yang boleh ditukar ganti bagi posisi berkenaan. Perebutan posisi itu akan memberi persaingan sengit dikalangan pemain.

Namun K. Devan telah menyuarakan kebimbangannya mengenai barisan pertahanan selain goyah ketika berhadapan dengan situasi set piece.

Apatah lagi, Selangor sah kehilangan khidmat pemain tengah berkaliber Bunyamin Omar. Kelibat lasaknya di bahagian berkenaan menyebabkan rakan-rakan lain khususnya Hardi Jaafar perlu bekerja lebih keras lagi.

Pemain tumpuan: Amri Yahyah

PERLIS

Nasib Perlis musim ini agak terumbang-ambing sehingga terpaksa menagih khidmat jurulatih Yunus Alif dipertengahan saingan. Tidak banyak perubahan mendadak yang dipamerkan bekas jurulatih Proton Fc itu tetapi beliau berjaya menyelamatkan Perlis daripada terjerumus ke Liga Perdana.

Kini Singa Utara bukan lagi pasukan terlalu diberi perhatian kali ini.

Kegagalan memancing beberapa pemain seperti yang dihajati, telah membantutkan hasrat juara dua kali ini.

Perlis juga menerima tamparan hebat apabila penjaga gol utama, Farizal Marlis terpaksa berehat panjang akibat kecederaan retak pipi ketika bersama skuad kebangsaan.

Maka, Perlis telah bertindak meminjam penjaga gawang skuad Liga Perdana Universiti Sains Malaysia (USM FC), Suhardy Elby, 28.

PEmain tumpuan: Ahmad Fakri Saarani

FELDA UNITED

Felda United dianggap berpeluang untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Pengendali pasukan ini, E Ellavarasan pastinya ini mencipta kejutan sesudah misi utama musim ini untuk melayakkan diri ke Liga Super tercapai.

Tetapi ramai pemain berkaliber dalam skuad ini seperti Nazrulerwan Makmor, Kaironnisam Sahabuddin Hussain, Fatrurazi Rozi, Juzaili Samion, Chow Chee Weng, Rashid Mahmud, Hasmawi Hassan dan Zainal Rabin.

Tanpa sebarang tekanan, ini akan dapat memberi kelebihan kepada Felda United.

Memetik ulasan Ellavarasan selepas undian Piala Malaysia yang lalu, beliau menganggap pasukannya mempunyai peluang kerana bertemu dengan Selangor lebih awal dan mengelak pertemuan di suku akhir sambil menganggap lawan selebihnya seimbang.

T-TEAM

Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor sebenarnya berdepan tugas getir untuk memastikan T-Team memberi cabaran hebat walaupun ini merupakan penglibatan pertama pasukan Pantai Timur ini.

Tetapi melihat kepada barisan pemain sedia ada yang rata-rata merupakan bekas pemain kebangsaan, T-Team perlu juga membuktikan kemampuan mereka.

Di bahagian tengah, T-Team mempunyai beberapa pemain untuk memberi sentuhan kreatif tetapi Hairul Izuan dilihat sebagai gandingan tepat bersama kapten pasukan, Rosdi Talib yang kini lebih banyak mengisi ruangan tengah.

Walaupun nama Haris Safwan Kamal sering menjadi sebutan, pemain berasal dari Lembah Klang, Abdul Hadi Yahya dianggap lebih bahaya pada musim ini. Maka gandingan mereka mampu memberi impak besar dalam usaha mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Pemain tumpuan: Abdul Hadi Yahya



KUMPULAN C

KEDAH

Kedah memiliki bakat muda yang begitu banyak meraih pengalaman di peringkat antarabangsa.

Nama-nama seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, Sabree Mat Abu, Azmi Muslim dan beberapa pemain lagi cukup sinonim dengan pasukan kebangsaan.

Bahkan jurulatih baru, Ahmad Yusof telah berjaya menjawab segala keraguan pemerhati apabila telah berjaya membawa Kedah muncul finalis Piala FA.

Ini membuktikan Sang Kenari mampu mengharungi pusingan kalah mati dengan baik. Tetapi dengan persediaan negara yang sibuk untuk menghadapi Sukan Asia selain bakal menyertai Piala Ho Chi Minh 2010 di Vietnam sebelum pusingan kedua, Ahmad Yusof perlu bijak melakukan percaturan bagi mengelakkan pemain-pemain mengalami situasi 'burn out'.

Ini kerana Kedah memutuskan tidak akan mengambil pemain pinjaman bagi mengharungi kempen ini melainkan mengharapkan pemain Piala Presiden sebagai sumber alternatif.

Shahrul Nizam Mutaffa merupakan nadi bagi menggerakkan jentera tengah Kedah, namun lebih baik seandainya Fauzi Saari yang masih bergelut dengan kecergasan pada Liga Super lalu dapat bergandingan dengannya.

Pemain tumpuan: Baddrol Bakhtiar

PERAK

Seandainya anak-anak buah Raja Azlan Shah Raja Soib masih memiliki motivasi seperti ketika dipamerkan semasa pusingan kedua Liga Super, Perak mempunyai harapan cerah untuk setidak-tidaknya melangkah ke suku akhir terlebih dahulu sebelum memasang impian pergi lebih jauh.

Mereka berusaha gigih untuk mengembalikan kepercayaan peminat. Tetapi dengan sumber pemain yang ada ketika ini, adalah wajar Perak memberi tumpuan kepada satu perlawanan ke satu perlawanan terlebih dahulu.

Pemain tumpuan: Razali Umar Kandasamy

JOHOR FC

Adakah Azuan Zain individu yang tepat untuk menggalas cabaran Johor FC bagi menggantikan Ramlan Rashid selaku ketua jurulatih. Menurut pengurus pasukan itu, Faizal Abdullah, pasukan itu tidak membuat rombakan besar melainkan mengikut acuan yang sedia ada.

Kini terpulang kepada percaturan Azuan yang akan memisahkan prestasi pasukan yang mengakhiri Liga Super di tangga keempat itu.

Tumpuan bakal terarah kepada Eddy Helmi Abdul Manan dan Nurul Azwan Roya untuk merobek gawang lawan. Itulah keluahan yang acap meniti di bibir Ramlan Rashid sebelum ini mengenai pasukannya yang kekurangan naluri membunuh.

Tahun lalu, Johor FC mara ke suku akhir.

Pemain tumpuan: Rohaimi Wan Ismail

ATM

ATM musim ini telah berubah wajah sama sekali. Di bawah cita-cita besar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merangkap Menteri Pertahanan Negara. Beliau telah memanggil beberapa pemain-pemain yang kaya pengalaman seperti V Saravanan, Chan Wing Hong, Nafuzi Zain, Daniel Fadzly, Nasril Nourdin dan Ahmad Tharmini Saiban.

Ternyata percaturannya berbaloi musim ini. Jurulatih pasukan, Zulhamizan Zakaria mampu membuka mata banyak pihak di pentas Piala Malaysia ini.

Jelas sekali, Zulhamizan mempunyai kepercayaan tinggi selain menetapkan sasaran ke separuh akhir menjelang perlawanan sulung menentang Perak di Ipoh nanti.

Ini kerana sepanjang tempoh persediaan Piala Malaysia, beliau melihat kesungguhan tinggi yang dipamerkan anak-anak buahnya.


KUMPULAN B


TERENGGANU

Tahun ini Terengganu mahu menang. Selepas terkandas di semi final musim lalu kepada Negeri Sembilan, Sang Penyu kali ini mahukan kejayaan lebih besar.

Malah secara keseluruhannya pasukan yang dibimbing Irfan Bakti ini mengakhiri Liga Super di tempat ketiga. Ini membuktikan Terengganu adalah sebuah pasukan yang konsisten.

Kehadiran Ahmad Sharbinee Allawee sebagai benteng terakhir menyuntik keyakinan kepada peminat.

Pasukan lawan perlu berhati-hatinya dengan keupayaan Ashaari Shamsuddin yang jarang mempersiakan peluang yang terhidang.

Sekalipun beraksi di sayap kiri, gerakannya cukup lincah dan memiliki keyakinan tinggi ketika berhadapan lawannya.

Pemain tumpuan: Ashaari Shamsuddin

PAHANG

Pahang bukanlah pasukan yang digeruni seperti suatu ketika dahulu. Tetapi sepanjang musim ini, Tok Gajah telah berjaya menumpaskan beberapa pasukan ternama termasuk Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan khususnya di laman sendiri.

Undian kali ini seakan berpihak kepada Pahang memandangkan selain Sabah, anak-anak buah Dollah Salleh tidak perlu mengembara jauh ketika bertandang ke tempat lawan.

Ternyata masalah kewangan telah menjerat pasukan Pahang dan secara tidak langsung mempamerkan persembahan lesu di tempat lawan akibat keletihan. Faktor ini cukup penting buat pemain-pemain mendapatkan rehat yang secukupnya untuk bersedia bagi perlawanan berikut.

Pemain tumpuan: Azamuddin Akil



SABAH

Dikalangan empat pencabar dalam kumpulan ini, Sabah dianggap pasukan paling lemah.

Tapi jika mereka beranggapan Sabah sebagai lubuk tiga mata, mereka silap. Sang Badak di bawah bimbingan Gary Michael Philipp bukan lagi sebuah pasukan belasahan.

Walaupun dibarisi rata-rata bakat muda tempatan, Sabah cukup ampuh di bahagian pertahanan. Ini disiplin utama yang diterapkan jurulatih daripada Australia itu. Bahkan para pemain dibahagian itu nyata tidak mudah gugup dengan tekanan.

Mereka tidak kisah jika menang tipis sekalipun, tetapi pokoknya jika pertahanan Sabah dapat mengekalkan corak yang sama seperti yang dipersembahkan dalam Liga Perdana sambil bahagian serangan dipertajamkan, tidak mustahil Sabah mampu pergi lebih jauh.

Pemain tumpuan: Zainizam Marjan



KL

Razif Ismail telah berjaya menerapkan satu pasukan muda yang mempunyai semangat yang tinggi. Sepanjang persediaan bagi menghadapi Piala Malaysia, segalanya nampak 'sempurna' buat Kuala Lumpur kecuali hanya tumpas sekali kepada Negeri Sembilan.

Tetapi faktor pengalaman masih menjadi masalah utama Kuala Lumpur. Banyak kali pada musim ini skuad Warga Kota dikecewakan kerana kelekaan di penghujung perlawanan.

Selain itu, Razif Ismail tidak mampu kehilangan beberapa pemain utama kerana amat penting dalam percaturannya berikutan pemain simpanan yang kurang seimbang.

Pemain tumpuan: Azidan Sarudin


PERLAWANAN YANG TERPILIH SAHAJA YANG ADE SIARAN LANSUNG DI ASTRO ARENA (801) DAN TV1..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails