Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, September 4, 2010

Malaysia mungkin tarik diri Piala AFF??



Skuad bola sepak negara mungkin terpaksa
melupakan Piala Suzuki AFF, Disember ini sekiranya mereka diundi bermain dan diletak sekumpulan dengan Indonesia.

Apatah lagi jika kerajaan mengenakan dasar larangan ke negara itu gara-gara seriusnya gerakan anti-Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di Kedutaan Besar Malaysia.

Kemungkinan itu kini dipertimbangkan dengan teliti oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berdasarkan perkembangan semasa di negara jiran tersebut kerana keselamatan pasukan tidak boleh dipandang ringan apatah lagi apabila berdepan ribuan penyokong fanatik tuan rumah.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata: "Sebarang tindakan termasuk mungkin terpaksa menarik diri daripada bermain di Indonesia dalam Piala Suzuki AFF jika diundi sekumpulan mereka, perlu sentiasa selari dengan dasar semasa kerajaan Malaysia.

''Jadi soal keselamatan pasukan kita akan sentiasa diutamakan.''

Bagaimanapun, jelasnya, nasib yang lebih baik mungkin menyebelahi skuad negara sekiranya majlis undian Piala Suzuki AFF pada 15 September ini di Hanoi nanti meletakkannya bermain di Vietnam - tuan rumah bersama kejohanan bola sepak dwi tahunan peringkat senior di rantau Asia Tenggara itu.

Skuad negara bimbingan K. Rajagobal baru sahaja mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan kelab Al Jaish Qatar dan skuad kebangsaan Oman di Doha dan kita kalah 3-0. Sebagai persediaan menghadapi Piala Suzuki AFF dari 1 hingga 29 Disember ini.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails