Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, August 3, 2010

Undian TM Piala Malaysia

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN UNDIAN TM PIALA MALAYSIA 2010 SERTA SIDANG AKHBAR SELEPAS MAJLIS


ACARA : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
DAN UNDIAN TM PIALA MALAYSIA 2010

TARIKH : 7 OGOS 2010, SABTU

MASA : 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : BILIK LIGA SUPER, TINGKAT 3, WISMA FAM,
KELANA JAYA

Sehubungan dengan ini, pihak Media adalah dijemput hadir. Untuk makluman, pendaftaran akan dimulakan seawal jam 11pagi . Semua wakil Media adalah diwajibkan berpakaian sopan, tidak dibenarkan sama sekali memakai jeans, seluar pendek, selipar atau pakaian yang tidak sesuai dan kurang sopan. Majlis akan bermula pada pukul 12 tengahari. Sidang akhbar akan diadakan sejurus majlis selesai. Pihak FAM memohon disertakan sekali pengesahan kehadiran sebelum atau pada 4 Ogos, Rabu, sebelum 12 tengahari . Kehadiran Tuan / Puan dari pihak Media amatlah dialu-alukan dan segala kerjasama yang diberikan oleh wakil Media amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.




Jabatan Media
Persatuan Bolasepak Malaysia
T : 03-7873 3128
F : 03-7875 7984 / 7877 6079

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails