Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, May 11, 2010

Liga FAM



Liga FAM, tahap ketiga tertinggi dalam Liga M, dikuasai oleh Sime Darby FC.

Dibentuk hanya tahun ini oleh konglomerat gergasi Sime Darby, kelab bimbingan Ismail Zakaria ini sudahpun menampakkan taringnya dengan mencatat rekod tanpa kalah menerusi 11 perlawanan setakat ini.

Sembilan kemenangan dan dua seri memastikan Sime Darby di puncak Liga FAM dengan mengutip 29 mata, disusuli oleh SDM Kepala Batas dengan 23 mata dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA FC) di tangga ketiga dengan 21 mata.

Diketuai bekas pemain kebangsaan Mohd Nor Ismail, Sime Darby dijangka tidak berdepan masalah layak ke Liga Perdana tahun depan, sebelum mengintai tempat ke Liga Super pada 2012.

Selain Mohd Nor, Sime Darby menaruh harapan kepada gandingan Faizal Esahar di bahagian tengah dan Mohizam Shah Dawood di jentera serangan selain bekas bek kiri Perak dan KM Naza, M. Ravinthiran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails