Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, February 16, 2010

Kuong Yong berjaya pikat Rajagobal


KUONG Yong mula menempa nama apabila menanduk masuk gol pendahuluan KL untuk menyentak Selangor di Shah Alam bulan lalu.

Terpilih sertai skuad kebangsaan hadapi Sukan Asia, Piala AFF

IA adalah sambutan Tahun Harimau penuh bermakna buat pemain yang jarang disebut-sebut sebelum ini, Yong Kuong Yong.

Penampilannya buat Kuala Lumpur dalam Liga Super, musim ini berjaya memikat jurulatih, K Rajagobal memilihnya bagi kem latihan skuad kebangsaan pada 23 Februari ini menghadapi dua tugasan penting tahun ini, Sukan Asia dan Piala AFF.


Kuong Yong mula menempa nama apabila menanduk masuk gol pendahuluan untuk menyentak Selangor sebelum Merah Kuning bangkit untuk menang 4-1 di Shah Alam pada minggu kedua Januari lalu.

Kuong Yong membuktikan jaringan itu bukan nasib semata-mata apabila mengulanginya seminggu selepas itu dengan tandukannya kali ini menjadi pemisah antara KL dan Johor FC dalam kejayaan 1-0.

Selain Kuong Yong, Rajagobal bercadang memanggil beberapa muka baru dalam skuad latihan pertama pada 2010 ini bagi menampung kekosongan beberapa posisi berikutan pemainnya yang melebihi 23 tahun.

Walaupun Rajagobal boleh menurunkan tiga pemain senior dalam Sukan Asia dan skuad kebangsaan penuh pada Piala AFF, dia akan terus meletakkan kepercayaannya kepada skuad bawah 23 yang menghadiahkan kejayaan pingat emas di Sukan Sea Laos.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails