Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, May 7, 2010

Keputusan liga perdana dan liga super 7 mei 2010

Sabah 2 - 0 PKNS

Sarawak 1 - 0 Felda United FC

ATM FC 4 - 0 Pahang Shahzan Muda

Melaka 3 - 2 POS Malaysia FC 1

Staf USM FC 4 - 1 PDRM FC

Majlis Perbandaran Muar 1 - 0 Harimau Muda

Selangor mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Johor FC 4-1 di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus menjarakkan diri mereka sebanyak tujuh mata daripada pencabar terdekat mereka, Kelantan, yang bakal beraksi Sabtu.

Safee Sali membuka tirai jaringan pada minit ke-30, disusuli jaringan menarik daripada bekas penyerang kebangsaan Liew Kit Kong pada minit ke-41 dan R. Surendren pada minit ke-80 serta Amirulhadi Zainal minit ke-85.

Irme Mat menyumbat gol tunggal pasukan pelawat pada minit ke-87.


Penolong Pengurus Baru Harimau Muda B

Harimau Muda B mendapat suntikan baru apabila mendapat khidmat penolong pengurus pasukan. Setiausaha Agung FAM Dato' Azzuddin Ahmad mengumum dan meperkenalkan En. Azizul Nizam bin Bidin kepada para pemain pada majlis perjumpaan dengan para pemain Harimau Muda B di MSN.

Sebelum ini Harimau Muda B tidak mempunyai pengurus atau penolong pengurus pasukan yang tetap. Jawatan ini hanya diisi apabila pasukan menyertai kejohanan antarabangsa. Perlantikan Encik Azizul Nizam diharap sedikit sebanyak dapat membantu para pemain dari segi kebajikan dan moral mereka.

Menurut Dato' Azzuddin jawatan pengurus pasukan pula akan diisi oleh pegawai yang dipilih dari kalangan Exco FAM yang akan hanya ketahui selepas Mesyuarat Agung FAM bulan Julai nanti.

Dan Harimau Muda B telah seri dengan ATM Harimau Muda B (4) vs ATM (4)


En. Azizul Nizam diperkenalkan kepada para pemain Harimau Muda B.


Setiausaha Agung FAM, Dato' Azzuddin Ahmad menyampaikan amanatnya kepada para pemain Harimau Muda B. Di sebelah kiri beliau ialah Penolong Pengurus En. Azizul Nizam, Jurulatih Ong Kim Swee dan Hassan Sazali.


Thursday, May 6, 2010

Undian sukan bola sepak sukma malaka 2010

Venue : Stadium Utama Kompleks Hang Jebat, Krubong/Stadium Hang Tuah

/Padang Bola sepak UTem/

Stadium Bola sepak Tun Fatimah, Bukit Serendit/Stadium Bola sepak Jasin

Tarikh : Jun 8-19 2010

Tarikh Undian : April 20 2010

KUMPULAN A

Kedah

Wilayah Persekutuan

Perlis
Perak

Kumpulan B

Negeri Sembilan

Johor

Pahang

KUMPULAN C

Terengganu

Kelantan

Pulau Pinang

KUMPULAN D

Selangor

Sabah

Sarawak

Melaka

Rentap Futsal isi tabung pembangunan bola sepak negara

KOMPLEKS Futsal Putrajaya yang terletak di Presint 18 akan dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah pada 8 Mei ini.

Sebanyak 16 pasukan futsal daripada syarikat-syarikat korporat bakal berentap pada Sabtu ini bertujuan mengumpul sumbangan kepada tabung pembangunan bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perlawanan futsal itu bakal disertai syarikat-syarikat korporat seperti Astro, Maxis, Maybank dan Perbadanan Putrajaya.

Menurutnya, setiap kumpulan daripada syarikat korporat tersebut bakal menyumbang yuran minimum penyertaan sebanyak RM10,000 untuk Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara.

"Perlawanan itu juga diadakan untuk menguji dan memperkenalkan gelanggang futsal di Kompleks Futsal Presint 18, sebelum Rentap Futsal Putrajaya pada 14, 15 dan 16 Mei ini diadakan sempena Hari Belia Negara.

"Pertandingan futsal antara syarikat-syarikat korporat ini akan dapat mempromosikan gelanggang ini untuk kegunaan pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sesi latihan awal Pasukan Pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan beraksi menentang pasukan Bintang-Bintang Pilihan Kosmo! di sini, semalam.

Latihan awal yang diadakan pada pukul 5 petang itu diketuai oleh Shabery dan dua timbalannya, Datuk Wee Jeck Seng dan Datuk Razali Ibrahim.

Turut hadir menyertai latihan tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu , Shabery berkata, penyertaan sempena Rentap Futsal Putrajaya dijangkakan mencecah sebanyak 1,000 pasukan dan ia menunjukkan pertandingan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Cuba bayangkan jika satu kumpulan dianggotai oleh tujuh pemain, ini bermakna kita telah mendapat penyertaan daripada 7,000 peserta.

"Ini tidak termasuk lagi dengan jumlah penyokong yang melihat pertandingan tersebut, secara tidak langsung penganjuran Rentap Futsal Putrajaya akan memeriahkan lagi sambutan Hari Belia Negara," katanya.


Wednesday, May 5, 2010

Keputusan Liga Super 4 Mei

LONGLAI dalam Piala AFC tetapi kekal di puncak liga - itulah Selangor yang mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super dengan menumpaskan Johor FC 3-1 di Pasir Gudang, malam tadi.

Sekalipun Nasriq Baharom diperintah keluar padang, Selangor menang hasil dua jaringan Amirulhadi Zainal pada minit ke-41 dan 74 serta gol Hardi Jaafar sebelum Azwan Roya membalas pada minit terakhir.

Terengganu yang sebelum perlawanan menghuni tangga kedua dipintas oleh jirannya Kelantan. Terengganu tewas 4-0 kepada Kedah di Alor Star manakala Kelantan menewaskan Pahang 2-1.

Berjersi kelabu tanpa sedikitpun warna hijau kuning menyaluti tubuh pemainnya, Sang Kenari meledak jaringan pertama menerusi Baddrol Bakhtiar pada minit ke-45 disusuli hatrik Azlan Ismail pada minit ke-48, 67 dan 78.

  • Di Kota Bharu, Hairuddin Omar muncul wira dengan jaringan pada minit ke-73 untuk membantu Kelantan mencatat empat kemenangan berturut-turut. Norshahrul Idlan Talaha kekal membuktikan prestasinya yang memuncak apabila membuka tirai jaringan tiga minit sebelum rehat tetapi Aziz Nawawi menyamakan kedudukan buat Pahang pada minit ke-53.
  • Di Kangar, Perlis menundukkan Johor 4-2 manakala Pulau Pinang mencatat kemenangan kedua dengan menundukkan Kuala Lumpur 1-0 di tempat sendiri.

    T-Team pula mengejutkan juara Piala FA Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 manakala Perak tewas kepada KL Plus 1-0 yang menerima sentuhan bekas pertahanannya, Janos Krescka, selaku pembantu Mat Zan Mat Aris.

  • Monday, May 3, 2010

    Nasib Subkhiddin ke Piala Dunia ditentukan hari ini


    Subkhiddin Salleh (tengah) berbual dengan pengadil dari China, Mu Yu Xin (kiri) dan Jeffrey Goh Gek Pheng dari Singapura pada Mesyuarat Pengadil dan Pengajar Program Bantuan Pengadilan di Shah Alam, semalam.


    Tuah yang tidak menyebelahi Subkhiddin Mohd. Salleh empat tahun lalu, bakal diharap berubah buat wakil tunggal Malaysia ini apabila ‘beradu nasib’ dengan 25 lagi pengadil dan pembantu pengadil untuk ke pusingan akhir bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan, bulan depan.

    Guru dari Pulau Pinang berusia 44 tahun ini perlu melepasi ujian kecergasan hari ini, sempena Mesyuarat Pengadil dan Pengajar Program Bantuan Pengadilan (RAP) Gabungan Bola Sepak Asia dan Oceania (AFC dan OFC) di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

    Jika berjaya melepasi syarat wajib yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu, dia juga bakal menurut jejak Halim Abdul Hamid dan Mat Lazim Awang Hamad, yang pernah beraksi sebagai pembantu pengadil Piala Dunia Perancis 1998 dan Korea Selatan-Jepun 2002.

    Subkhiddin gagal ke Piala Dunia di Jerman 2006, sebaliknya pengadil dari Singapura, Shamsul Maidin berpeluang mempamerkan bakat dan menimba pengalaman berharga di sana, apatah lagi keputusan kontroversi pengadil sering menjadi buah mulut ketika itu.

    Bersaing dengan calon pengadil Piala Dunia dari Singapura, Jepun, Arab Saudi, Uzbekistan dan Australia, antara bentuk ujian yang menanti Subkhiddin ialah berlari pecut 40 meter sebanyak enam kali di bawah 6.20 saat, larian 10 pusingan sejauh 150 meter dan berjalan 50 meter sebanyak 20 kali.

    Pengajar Fizikal Program Bantuan Pengadilan FIFA, Toshio Utsumi berkata, inilah detik penting buat kesemua calon pengadil benua Asia dan Oceania menjelang sebulan ke Afrika Selatan dengan segala prestasi mereka sepanjang dua hari ini dinilai dan diperhalusi, khususnya keadaan fizikal dan kecergasan.

    “Kami perlu memastikan mereka bersedia sepenuhnya dan setakat mana kemajuan mereka, termasuk daripada segi psikologi dan mental kerana hanya ada kurang sebulan sebelum mereka ke sana. Saringan kali ini merupakan susulan RAP yang dirancang sejak 2007 lagi,” kata warga Jepun ini selepas sesi taklimat awal mesyuarat, semalam.

    Kata Utsumi, dia sendiri berasa teruja untuk ‘beraksi’ pada Piala Dunia kerana belum pernah sempat melakukannya sepanjang karier pengadilannya dan hanya ditugaskan untuk mengadili pertandingan besar anjuran FIFA seperti Piala Kelab Dunia, Kejohanan Bawah 17 dan 20 Tahun Dunia dan Piala Gabungan FIFA 2009.

    Mengenai peluang negaranya dalam penampilan keempat pada Piala Dunia kali ini terutama sama ada Blue Samurai mampu melepasi peringkat Kumpulan E dengan Belanda, Denmark dan Cameroon, secara ringkas katanya, “apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.”

    Sementara itu, Pegawai Pembangunan Pengadilan Pejabat Pembangunan FIFA Kuala Lumpur, Azimi Abdullah, menurut kuota badan induk itu, hanya lima pengadil dan pembantu pengadil yang ditetapkan dari Asia dan Oceania (New Zealand dan beberapa negara kepulauan Pasifik) untuk beraksi pada Piala Dunia.

    “Namun, keputusan akhir untuk menambah atau mengurangkan kuota itu bergantung sepenuhnya kepada FIFA dan tidak semestinya itulah jumlah pengadil dan pembantu pengadil yang akan dibawa ke Afrika Selatan menurut kebiasaannya.

    ‘‘Malah, tidak semua yang dibawa itu akan dijamin ditugaskan dalam perlawanan. Ada kalanya cuma sebagai simpanan,” katanya.

    sumber: http://utusan.com.my/

    Sunday, May 2, 2010

    Kenapa FAM tak nak buat perlawanan persahabatan dengan negara eropah

    Kenapa FAM tak nak buat perlawanan persahabatan dengan negara eropah itulah persoalannya. Kenapa..............

    Selalunya FAM buat perlawanan persahabatan dengan negara yg sama sahaja seperti Negara Afrika, Zimbabwe, lesotho. Cubalah lawan negara eropah.....................macam slovakia pasukan bawah 21 malaysia dah main liga dekat sane . Tapi kenapa tak nak lawan dengan pasukan kebangsaan negara itu.

    Negara asia, cubalah FAM buat perlawanan persahabatan dengan jepun, korea selatan, korea utara dan mesti negara yang kuat.

    FAM boleh berpakat untuk buat perlawanan persahabatan dengan slovakia. Slovakia apa kurangnya negaranya masuk Piala Dunia juga pada tahun ini.

    Semuanya salah sape...........................FAM . FAM takut ape nak buat perlawanan persahabatan malaysia dengan negara eropah pasukan kita kuat juga . Nanti latihan pusat pasukan kebangsaan bulan jun ni aku nak tengok FAM aturkan perlawanan persahabatan dengan negara eropah.

    Saturday, May 1, 2010

    Keputusan Semasa Liga Perdana Felda United Lwn USM FC


    FELDA United mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana selepas menumpaskan USM FC 2-1 hasil jaringan berganda Faturazi Rozi malam tadi.

    Keputusan penuh perlawanan liga premier diantara Felda United menentang USM FC,

    Felda United menang dengan jaringan 2-1 . Namun begitu Felda United terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah Khairul Izwan Khalid dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain USM FC.

    Gol-gol Felda United dijaringkan oleh Fathurozi Rozi pada minit 21 dan minit 27 manakala USM FC membalas dengan dengan jaringan oleh Muhd Afzan pada minit ke 54. Kedudukan sehingga tamat permainan Felda United menewaskan USM FC dengan jaringan 2-1

    Friday, April 30, 2010

    Cardiff city plan far east pre season tour

    CARDIFF City are set for a ground-breaking pre-season tour to the Far East to prepare for what they hope will be a 2010-11 season in the Premier League.

    The Echo understands a deal is being done for Dave Jones to take his Bluebirds to Malaysia for two matches in the summer. They will follow in the footsteps of Manchester United by playing a Malaysian XI at the 90,000-capacity Bukit Jalil National Stadium in Kuala Lumpur.

    Ryan Giggs and the rest of Sir Alex Ferguson’s superstars played at the stadium on a Far East tour as they sold the brand name of Manchester United.

    However, a proposed Malaysia versus Real Madrid match this summer has been called off, leaving local organisers free to pencil in a match against the Bluebirds.

    The deal to go to Malaysia is part of the ambitious plans for Dato Chan Tien Ghee and his consortium to take over the club.

    He is hoping to complete a £6m investment which would enable the Bluebirds to head off a winding up order over a £1.9m tax bill which is due to be heard in the High Court next week.

    A second match is planned for Jones’ men on tour, as well as a game at home against a European side... and that will form the bulk of City’s pre-season preparations.

    The proposal is for City to fly out in mid-July and return a couple of weeks after. But exact dates cannot be set until Cardiff know whether or not they are in the Premier League, which starts a week after the Championship.

    Jones has already been assured by Dato Chan he will continue as City manager next season, in the event of a takeover. The Malaysian pledge comes whether City are promoted or not.

    Thursday, April 29, 2010

    Kerja keras untuk ke Piala Dunia

    Selagi bekerja keras dan sentiasa berprestasi konsisten, tidak mustahil kemaraan skuad negara ke pusingan akhir Piala Dunia dapat disaksikan beberapa tahun lagi.

    Penyerang legenda Kelayakan Olimpik 1980, James Wong percaya Malaysia kini mampu memasang semula impian ke sana selepas anak buah K. Rajagobal mengakhiri kemarau emas 20 tahun pada Sukan SEA Laos, tahun lalu.

    "Memang banyak rintangan dan perlu diingat menjadi juara Sukan SEA, tidak bererti anda sudah boleh berpuas hati. Bagaimana Sukan Asia, kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia?

    "Saya melihat ada sedikit harapan untuk kita ke Piala Dunia (selepas menang emas Sukan SEA)," kata 'King James', penjaring gol kemenangan ke atas Korea Selatan yang melayakkan Malaysia ke Olimpik Moscow 1980.

    Katanya, masih ada juga ciri lain yang perlu dimiliki sebuah pasukan yang berjaya seperti tempoh gandingan dan keserasian, sikap pemain apabila menyarung jersi negara dan semangat pantang menyerah di gelanggang.

    Dia yang bagaimanapun pernah gagal dalam dua kelayakan Piala Dunia 1977 dan 1981 di Singapura dan Kuwait, ditemui pada majlis pengenalan produk telekomunikasi Piala Dunia Maxis di sini, semalam.

    Bek tengah kelayakan Olimpik 1980, Santokh Singh turut sependapat James yang menyarankan supaya gandingan pemain negara sekarang dikekalkan dalam tempoh yang agak lama seperti mana skuad mereka ketika itu.

    "Jangan asyik tukar pemain jika kalah. Untuk memantapkan sesebuah pasukan, kadang-kadang perlukan gandingan pemain sama sehingga lapan tahun,'' katanya.

    Gandingan James, Hassan Sani berkata, pemain kebangsaan perlu memiliki sikap membuat kerja tambahan selain latihan harian.

    "Dipilih mewakili negara mesti jadi kebanggaan seseorang pemain. Jangan mudah putus asa walaupun sentiasa diletakkan di bangku simpanan dan jangan sesekali fikirkan ganjaran apabila bermain," katanya.


    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails