Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN
Showing posts with label PIALA AFF 2010. Show all posts
Showing posts with label PIALA AFF 2010. Show all posts

Friday, December 31, 2010

lebih 3000 penyokong malaysia sambut ketibaan wira negara

Lebih 3,000 peminat bola sepak negara dari [elbagai lapisan masyarakat, hadir dan rela berasak-asak untuk memberikan 'sambutan wira' yang luar biasa sekembalinya skuad bimbingan K. Rajagobal dari Jakarta di KLIA, semalam.

Ada yang sanggup datang seawal jam 12 tgh hari untuk menunggu wira negara, padahal pemain tiba di KLIA pukul 4.15 ptg.

Kebanyakannya hadir  memakai jersi Harimau Malaya, sama ada yang berwarna kuning hitam mahupun biru merah selain membawa Jalur Gemilang dan tidak ketinggalan segelintir yang membawa replika trofi Piala Suzuki AFF, selain menyanyikan pelbagai lagu termasuk 'Barisan Kita'.(ultras)

Skuad bola sepak MALAYSIA turut membawa pulang ganjaran kejuaraan, AS$100,000 (kira-kira RM300,000) biarpun sepatutnya salah seorang pemain negara, menambahnya secara peribadi jika bukan Firman Utama dari Indonesia yang gagal menyudahkan sepakan penalti, dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan.

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA JUARA PIALA ASIA TENGGARA 2010

 
Juara ASIA TENGGARA.. 







Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno..

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan cantik Safee Sali pada minit ke-55 dalam perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010.

Pemain Indonesia, Mohammad Nasuha kemudian berjaya menjaringkan gol penyamaan.
Setelah itu, Indonesia memperoleh gol kedua melalui jaringan gol sendiri oleh pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad.

berita terbaru:
Najib Isytihar Jumaat ni Cuti Umum Bagi Raikan Kejayaan Skuad Bola Sepak

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!!

FINAL KE-2 PIALA AFF 2010

INDONESIA VS MALAYSIA

STADIU : GELORA BUNG KARNO,INDONESIA

JAM: 8MLM

SIARAN LANSUNG DI TV1 DAN ESPN STARSPORT...

Monday, December 27, 2010

HARIMAU BAHAM GARUDA

Malaysia membawa bekalan 3-0 ke Jakarta pada perlawanan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. 

Selepas perlawanan separuh masa kedua bermula Malaysia bangkit



Pada aksi separuh mas kedua perlawanan Terhenti selama 5 minit akibat ganguaan laser. 


Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.



Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.
Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua



Sunday, December 26, 2010

 
kekalahan 1-5 skuad bola sepak negara kepada Indonesia pada peringkat pusingan Piala AFF Suzuki harus dilupakan segera, sebaliknya, anak buah K.Rajagobal itu harus menumpukan perhatian  sepenuhnya terhadap kedua-dua perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada 26 Disember (Stadium Bukit Jalil) dan 29 Disember 2010 (Stadium Gelora Bung Karno) ini.

Buat Indonesia, jangan sesekali memandang enteng terhadap kemampuan Harimau Malaya yang akan tampil mempamerkan perwatakan sebenar untuk membaham Sang Garuda.



 
Pada sesi latihan terakhir skuad kebangsaan di Stadium Nasional, kelibat penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha tidak kelihatan kerana pulang ke majlis persandingan perkahwinannya di Kota Bharu.

Suasana latihan di dalam skuad kebangsaan tampak begitu harmoni dan tenang pada petang semalam, malah tiada sekatan kepada media tidak seperti mana Indonesia yang mengamalkan latihan secara tertutup.

Saturday, December 25, 2010

Rajagopal Yakin Malaysia Mampu Atasi Indonesia

Jurulatih kebangsaan K. Rajagobal (kiri) bersama pengurus pasukan Indonesia Andi Darussalam (kanan) semasa sidang akhbar di Stadium Bukit Jalil pada 24 Disember 2010.


Menjelang perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki pada Ahad ini, ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal melontar keyakinan ke atas anak buahnya mampu mengatasi pasukan Indonesia di Stadium Bukit Jalil. Di samping itu, Rajagobal turut menyatakan akan melakukan beberapa rombakan penting ke atas barisan kesebelasan pemainnya yang masih menjadi rahsia.

"Kita telah bertemu di dalam perlawanan pertama lalu, para pemain sedar akan kekuatan lawan yang nyata sukar digugat. Beberapa strategi akan dirombak, tetapi saya tidak boleh menyatakannya sekarang. Pelbagai perkara boleh berlaku di dalam bola sepak, harapan saya ialah mahu mereka bermain bersungguh-sungguh di atas padang nanti," kata Rajagobal.

Manakala pengurus pasukan Indonesia Andi Darussalam Tabussala pula menegaskan anak buahnya tidak bermasalah berhadapan M'sia kerana pemainnya sudah mengetahui dan masak dengan corak permainan yang akan digunakan nanti. "Bambang Pamungkas pernah bermain di Selangor dahulunya, serba sedikit kami sudah mengetahui tentang corak permainan Malaysia." kata Andi Darussalam.

Berdasarkan reputasi, ia nyata tampak lebih memihak buat Indonesia kerana sudah bermain di final sebanyak tiga kali sebelum ini berbanding Malaysia yang hanya mara sekali. Misi besar menanti Indonesia kerana ini merupakan kali pertama mereka akan bermain di gelanggang lawan pada edisi kali ini serta ramai mencongak peluang untuk Indonesia muncul juara akan lebih sukar.

Meskipun anak buah Rajagobal tewas teruk pada perlawanan pertama peringkat kumpulan lalu, mereka bangkit mempamerkan momentun dan corak permainan berbeza sekaligus berjaya mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir menewaskan penyandang juara iaitu Vietnam.

SUMBER:
MALAYA TIGER FOOTBALL

Friday, December 24, 2010

Gonzales cedera

Skuad Indonesia dilanda gelisah setelah penyerang utamanya yang 'diimport' dari Uruguay, Cristian Gonzales dikhabarkan mengalami kecederaan pangkal paha ketika sesi latihan di Jakarta petang kelmarin.


Dia hanya melakukan latihan ringan di Padang Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).


Oktovianus Maniani dan Firman Utina, mereka beransur sembuh. 



Skuad Indonesia berlepas ke Kuala Lumpur dengan pesawat sewa khas pagi ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Subang pukul 12.30 tengah hari ini.
Pemain-pemain yang beragama Islam akan terus ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat sebelum menuju ke hotel penginapan di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan.

Wednesday, December 22, 2010

Tiket perlawanan akhir dijual Khamis

Source: Bernama


PETALING JAYA, (Bernama) - Tiket untuk perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia, Ahad ini akan mula dijual di kaunter kuning Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Khamis.   

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata tiket berharga RM50 (berbumbung), RM30 (terbuka) dan RM5 (kanak-kanak bawah 12 tahun) akan dijual bermula Khamis hingga Sabtu ini dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Katanya sebanyak 70,000 keping tiket berharga RM30 dan 2,500 keping tiket berharga RM50 diperuntukkan untuk penyokong negara.

"Kita turut memperuntukkan sebanyak 15,000 tiket berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 untuk dijual kepada penyokong bola sepak Indonesia yang bekerja di negara ini.

"Bagaimanapun kita masih belum menetapkan penjualan tiket untuk peminat Indonesia ini kerana kita dimaklumkan bahawa Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dijadualkan akan berjumpa dengan wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia pada hari esok untuk berbincang mengenai penjualan tiket di Kedutaan Indonesia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan Setiausaha Agung PSSI, Nugraha Besoes di Wisma FAM, hari ini.

Azzuddin berkata jika Kedutaan Indonesia tidak bersetuju, maka penjualan tiket tersebut akan dibawa ke kaunter biru Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari penjualan yang sama.

"Jika kaunter dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil, warga Indonesia perlu menunjukkan pasport mereka untuk membeli tiket untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan," katanya.

Perlawanan akhir kedua timbal balik ini akan berlangsung di Jakarta pada 29 Dis.

Sunday, December 19, 2010

Malaysia vs Indonesia

MISI BALAS DENDAM MALAYSIA KEPADA INDONESIA..

tiket2 yang akan dijual akan diberitahu nanti... oleh FAM..


MALAYSIA VS INDONESIA
26 DISEMBER 2010
8 MALAM
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Saturday, December 18, 2010

MALAYSIA LAYAK KE FINAL PIALA AFF

MALAYSIA LAYAK KE FINAL PIALA AFF...SETELAH SERI DGN VIETNAM DI HANOI..JUMPA DI FINAL

Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir-2

MALAYSIA vs Vietnam
18 disember 2010
My,dinh stadium, Hanoi

SIARAN LANGSUNG DI ESPN STARSPORT(813) JAM 7.55 MLM DAN RTM 1 JAM 8.30 MLM...

Thursday, December 16, 2010

Malaysia sebelah kaki ke final

Peluang Malaysia untuk melangkah ke pentas final Piala Suzuki AFF buat kali kedua semakin selepas membenam Vietnam 2-0 dalam pertemuan pertama di Stadium Bukit Jalil.

Dua gol Safee Sali pada minit ke-60 dan 79 membantu Malaysia untuk membawa bekalan selesa ke Stadium My Dinh.

Pada separuh masa pertama, permainan agak hambar yang menyaksikan para pemain negara kelihatan kelihatan pada lima minit terakhir sehingga terikat 0-0 ketika pemain menuju ke bilik persalinan.

Sebaik wisel ditiupkan, anak didik K. Rajagobal memerlukan hampir 10 minit untuk mengubah corak permainan menyerang. Safiq Rahim dan rakan-rakan mula mengimbangi rentak juara bertahan, Vietnam.

Sabree Mat Abu kemudian dimasukkan bagi menggantikan Mahali Jasuli bagi memantapkan bahagian bek kanan.

Pintu gol skuad bimbingan Henrique Calisto mula diuji. Norshahrul Idlan Talaha mendapat peluang di dalam kotak penalti namun cubaan derasnya menghantar bola ke penjuru kiri gol tersasar.

Dua minit kemudian, keampuhan benteng Vietnam akhirnya runtuh angkara kesilapan penjaga gol, Bui Tan Tuong yang gagal menjangkakan tandukan Safee Sali.

K. Rajagobal kemudian memasukkan Amri Yahyah bagi menggantikan Norshahrul pada minit ke-67.

Malaysia menggandakan jaringan apabila Safiq Rahim sekali lagi menjadi arkitek bagi gol kedua Malaysia.

Bola muntah dari sepakan leret dari luar kotak penalti kapten kebangsaan itu disambut Safee Sali untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Vietnam cuba bangkit tetapi serangan mereka dapat dipatahkan sehingga wisel penamat.

ARENA.MY

gambar ultras malaya

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1372.snc4/164476_471675666630_213560531630_6263300_982291_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs404.ash2/68273_471510321630_213560531630_6261204_4592454_n.jpg

Wednesday, December 15, 2010

Calisto tabik Malaysia


PEMAIN kebangsaan melakukan persiapan terakhir menjelang aksi separuh akhir Piala AFF menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.



Biarpun diletak sebagai pasukan pilihan untuk mara ke akhir, jurulatih Vietnam, Henrique Calisto tidak mahu mendabik dada sebaliknya menganggap ancaman daripada Malaysia perlu diberi perhatian serius.

Menyedari skuad negara akan berusaha sehabis mungkin untuk layak ke final buat kali pertama selepas 14 tahun, pengendali dari Portugal itu berkata, mereka mahu menyekat tuan rumah daripada mencatatkan sebarang keputusan positif pada hari ini.

''Skuad Malaysia saya lihat amat bijak dalam melakukan serangan di samping mempunyai pertahanan yang ampuh ketika bertemu Thailand.

''Malah, permainan mereka juga amat tersusun dan begitu taktikal sama ada bertahan atau menyerang.
''Mungkin dua tahun lalu kami pernah menewaskan Malaysia di pentas Piala AFF tetapi kali ini suasananya berbeza kerana mereka mempunyai jurulatih, pemain dan stadium berbeza.

"Jadi, saya anggap tiada sesiapa mempunyai kelebihan dalam perlawanan ini, termasuk kami,'' katanya pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Nada Calisto juga sedikit resah apabila mengakui tidak dapat menurunkan empat pemain dalam perlawanan malam ini ekoran masalah kecederaan dan penggantungan.

''Tiga pemain iaitu Doan Viet Cuong, Quang Thanh Hyunh dan Phan Vai Tan Em mungkin tidak dapat diturunkan ekoran kecederaan sementara, Nguyen Trong Hoang digantung kerana menerima kad merah pada perlawanan terakhir berdepan Singapura.

''Ini mungkin menjejaskan sedikit perancangan kami tetapi pengalaman dua tahun lalu memberi kekuatan kepada saya dan Vietnam masih mampu menjuarai Piala Suzuki AFF,'' tegasnya.
Dalam pada itu, Calisto sempat mengusik jurulatih negara, K. Rajagobal apabila berharap Malaysia mempamerkan aksi ketika berdepan Indonesia.

''Pada perlawanan pertama, saya lihat pemain Malaysia banyak melakukan kesilapan di bahagian pertahanan tetapi memperbaiki aksi mereka pada aksi seterusnya dengan berjaya mengikat Thailand.
''Jika mereka bermain seperti ketika bertemu Indonesia , ada harapan kami boleh menang pada perlawanan esok (hari ini), '' katanya sambil berseloroh.

Selain itu, Calisto turut mendedahkan kebangkitan Vietnam di persada Asia Tenggara adalah kerana kejayaan liga tempatan negara itu yang membenarkan pengambilan pemain import.

''Kehadiran jurulatih dan pemain import sebenarnya meningkatkan kualiti permainan bola sepak dan dalam pada sama membantu pemain tempatan Vietnam untuk bersaing dengan mereka.

''Malah, tiap kali perlawanan liga, stadium akan dipenuhi ramai penonton dan itu meningkatkan lagi mutu permainan pasukan yang bertanding,'' katanya.

Skuad Vietnam akan turun mengenakan jersi baju merah dan berseluar putih dalam perlawanan hari ini.

sumber: utusan

Menteri seru penyokong gamatkan Bukit Jalil

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menggamatkan Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara yang akan menentang Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF.


Menurutnya, selain daripada memberikan sokongan moral, Kementerian Belia dan Sukan sendiri telah memperkenalkan skim khas bagi memberi motivasi tambahan buat pemain jika mereka berjaya muncul juara kejohanan tersebut buat kali pertama.

“Pemain telah dijanjikan dengan wang insentif sebanyak RM5,000 seorang jika mereka mampu muncul juara Piala Suzuki AFF dan mereka akan mendapat lebih banyak daripada itu.

“Persatuan Penulis Sukan (SAM) telah dilantik untuk membantu menyelaras skim tersebut hasil daripada sumbangan orang ramai, orang perseorangan atau organisasi korporat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan SAM semalam.

Malaysia, yang tidak pernah memenangi Piala AFF sejak ia diperkenalkan buat kali pertama pada 1996 melayakkan diri ke separuh akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A di belakang Indonesia. Skuad bimbingan K. Rajagobal itu menang sekali, seri sekali dan kalah sekali dalam laluan ke final.

Perlawanan separuh akhir kedua pula akan diadakan di Hanoi, Sabtu ini, manakala perlawanan akhir yang turut dijalankan secara timba balik bakal dilangsung pada 26 dan 29 Disember.

Penyokong, orang perseorangan dan organisasi korporat dialu-alukan untuk memberi sumbangan kepada ‘Skim Insentif Ikrar Pasukan Kebangsaan’ di Sekretariat SAM di Wisma OCM Jalan Hang Jebat melalui nombor telefon pejabat 03-20780985 atau faks 03-20706294 pada hari Isnin, Selasa dan Khamis dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Sementara itu peminat Vietnam juga dijangka membanjiri Stadium Nasional apabila laman web rasmi AFF semalam melaporkan dua buah kapal terbang khas yang membawa penyokong negara itu akan berlepas dari Hanoi dan Ho Chi Minh. Setiap kapal terbang mampu menampung 360 penumpang.

UTUSAN

Tuesday, December 14, 2010

'Pemain mahu jumpa Indonesia'



SUBAHAN (kiri) dan Rajagobal membincangkan strategi menjelang pertemuan dengan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.



TATKALA jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal sibuk mencari formula terbaik menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 menentang Vietnam malam esok, lain pula tugas pengurus pasu- kan, Datuk Subahan Kamal.
Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggalas tugas cukup penting pada saat genting seperti ini untuk memastikan motivasi pemain negara terus berada pada tahap tertinggi.
“Sebagai pengurus pasukan sudah tentu menjadi tugas saya untuk memberikan keyakinan kepada pemain dan juga meniup semangat bagi membolehkan mereka turun dengan aksi terbaik pada perla- wanan separuh akhir ini nanti.
“Apa yang saya lihat, semangat pemain begitu tinggi ditambah pula tiada masalah kecederaan melanda kesemua 22 pemain kita.
“Selepas dibelasah Indonesia tempoh hari, semua pemain menyimpan keazaman tinggi untuk mara ke final kerana mereka mahu jumpa Indone- sia semula bagi membalas dendam,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Namun, Subahan mengharapkan para pemain negara menggunakan sepenuhnya segala peluang yang terhidang supaya Malaysia mendapat bekalan selesa untuk dibawa ke Hanoi, Sabtu ini.
“Pasukan mana yang memiliki ketahanan mental dan bijak memanfaatkan peluang, mereka bakal melangkah ke final.
“Cuma saya berharap kepada semua pemain kita agar tidak mengulangi kesilapan yang mudah.
“Saya juga berharap para peminat bola sepak tempatan dapat memenuhi Stadium Nasional kerana sorakan dan sokongan mereka akan meningkatkan lagi moral pemain.
“Ini kerana, apabila kita bertandang ke Hanoi pada Sabtu ini, sudah pasti 40,000 penyokong Vietnam akan memenuhi Stadium My Dinh. Jadi kita perlu manfaatkan dulu kelebihan beraksi di tempat sendiri,” ujarnya.
Petang semalam, semua 22 pemain gigih menjalani latihan sambil Raja- gobal lebih menekankan aspek takti- kal bagi menghadapi Vietnam dengan dibantu penolong jurulatih, Tan Cheng Hoe dan jurulatih penjaga gol, Faozi Mukhlas.
SUMBER:  KOSMO

Monday, December 13, 2010

Calisto resah hilang empat tonggak

vietnamhilangbeberapatonggak 
MENJELANG pertemuan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Rabu ini, ada sesuatu yang mengganggu fikiran jurulatih Vietnam, Henrique Calisto yang memulakan sesi latihan pertamanya di ibu negara, semalam.

“Saya hilang empat tonggak utama, seorang digantung satu perlawanan kerana kad merah dan tiga lagi hampir pasti tidak dapat beraksi kerana kecederaan,” kata pengendali Vietnam itu ketika ditemui di padang Persada Plus yang menjadi gelanggang latihan pasukan itu, semalam.

“Pasukan saya tidak pernah bermain tanpa tiga tonggak utama yang cedera itu, jadi saya harap ketiadaan mereka tidak akan memberi kesan besar kepada persembahan pasukan. Apa yang boleh saya katakan, peluang Malaysia dan Vietnam adalah seimbang.”

Seorang daripada tiga tonggaknya yang cedera adalah pemain tengah licik, Phan Van Tai Em yang dilihat sekadar duduk di bangku pasukan sepanjang sesi latihan semalam, tetapi Troang Hang Nguyen yang digantung perlawanan tetap memanas badan bersama pasukan.

“Saya tidak yakin kecederaan lutut Phan sempat pulih sebelum perlawanan Rabu ini. Saya tidak boleh mengharapkan keajaiban, jadi kena berpuas hati dengan pemain yang ada,” kata Calisto yang pertama kali membawa pasukannya beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Malaysia mempunyai ramai pemain berkualiti, walaupun kami turun sebagai juara bertahan, itu bukan bermakna kami boleh memandang ringan cabaran tuan rumah. Jika saya diberi pilihan untuk mengimport pemain luar negara, ada beberapa pemain Malaysia dalam senarai saya.”

Calisto turut memuji dan menghormati rakan sejawatannya – K Rajagobal yang dianggap sebagai jurulatih kreatif dan bijak. “Kami akan berpuas hati jika dapat seri di sini, tetapi sudah tentu sasaran adalah untuk menang,” katanya.

Namun sekalipun Calisto menganggap pasukannya ‘tempang’ tanpa empat pemain, itu bukan alasan untuk skuad kebangsaan berasa lega kerana Vietnam mampu menjelmakan ‘tonik ajaib’ untuk memulihkan tiga tonggak yang disebut jurulatih kelahiran Portugal itu.

Sumber : BHarian

Ganjaran RM5 ribu seorang jika menang - Shabery



KUALA LUMPUR,(Bernama) - Pemain bola sepak negara akan mendapat ganjaran RM5,000 seorang jika berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ganjaran itu adalah sama dengan ganjaran yang diberi kepada pemenang pingat emas Sukan SEA di Laos pada 2009.

"Tahniah kepada pasukan bola sepak kerana berjaya memasuki separuh akhir, tetapi kejayaan sebenar ialah apabila menjadi juara," katanya pada majlis makan malam meraikan pasukan bola sepak di sini malam tadi.

Malaysia akan menentang Vietnam pada perlawanan separuh akhir kejohanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini dan di tempat lawan pada 18 Dis.

Source: Bernama

Saturday, December 11, 2010

Tiket Piala Suzuki AFF dijual Isnin

Tiket untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini, mula dijual mulai Isnin ini.
 
Dalam kenyatannya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket perlawanan tersebut adalah RM40 bagi tempat duduk berbumbung dan RM20 bagi tempat duduk tidak berbumbung.

Manakala bagi kanak-kanak, harga tiket adalah RM5 dan ia hanya bagi tempat duduk tidak berbumbung.

''Orang ramai boleh mendapatkan tiket yang akan dijual mulai Isnin ini di Wisma FAM, Kelana Jaya mulai pukul 9.30 pagi hingga 5 petang.

''Selepas itu, orang ramai boleh membeli tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Disember, mulai pukul 10 pagi hingga 7 malam.

''Tiket juga boleh dibeli pada hari perlawanan di Stadium Nasional yang akan dijual mulai pukul 10 pagi sehingga perlawanan dimulakan,'' kata kenyataan tersebut.

Wednesday, December 8, 2010

Malaysia vs Vietnam di separuh akhir

MALAYSIA VS VIETNAM
15 DISEMBER
STADIUM BUKIT JALIL

8.30 MLM (jika mase diubah akan diberitahu)

Lagi satu perlawanan melibatkan Indonesia dan Filipina


JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

15 DISEMBER

MALAYSIA vs JUARA KUMPULAN B (BUKIT JALIL)

16 DISEMBER

INDONESIA vs NAIB JUARA KUMPULAN B

PERLAWANAN SETERUSNYA AKAN BERLANGSUNG PADA 18 DAN 19 DISEMBER INI....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails