Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN
Showing posts with label Sukan Asia 2010. Show all posts
Showing posts with label Sukan Asia 2010. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Tiga pemain kecewa menjadi penonton


TIGA pemain kebangsaan yang dilayangkan kad merah oleh pengadil kontroversi dari Australia, Ben Williams tetap mendoakan agar Malaysia berjaya mengatasi Iran pada aksi pusi- ngan kedua petang ini biarpun tanpa bantuan mereka.

Safiq Rahim yang merupakan tonggak tengah, S. Kunanlan yang menjadi nadi sayap manakala Mahali Jasuli yang beraksi sebagai bek kanan jelas berasakan diri mereka teraniaya dengan keputusan pengadil itu.

Safiq, 23, yang menggalas tugas kapten setelah Norhafiz Zamani Misbah mengalami kecederaan lutut serius pada perlawanan pertama berkata, dia masih menyimpan hasrat untuk beraksi menentang Iran petang ini.

"Kami sudah membuat rayuan kepada jawatankua- sa penganjur untuk menarik balik kad merah yang dilayangkan kepada saya itu. Saya rasa kad merah itu memang tidak wajar.

"Saya tak tahu apa salah saya sehingga dihukum begitu. Kami semua sudah belajar daripada kesilapan ketika aksi sulung menentang Vietnam pada Sukan SEA di Laos tahun lalu, takkan kami nak ulangi lagi.

"Apa pun saya tetap mendoakan rakan-rakan yang lain dapat meneruskan perjuangan dengan penuh bersemangat seandainya rayuan tersebut gagal," kata Safiq semalam.

Ketiadaan Safiq bakal menyaksikan penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha akan menggalas tugas kapten ketiga skuad kebangsaan sepanjang kejohanan ini.

Kunanlan, 24, pula jelas tidak berpuas hati dengan pengadil yang melayangkan kad merah kepadanya kerana ia meranapkan impian- nya untuk beraksi pada pusingan kedua.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm

Sunday, November 14, 2010

Malaysia tumbang angkara pengadil



REAKSI Safiq yang ternyata kecewa selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan menentang China di Stadium Tianhe, Guangzhou, China semalam. Malaysia tewas 0-3.



MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.

"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.

"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.

Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.

"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.

Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.


KONTROVERSI... Williams melayangkan kad merah kepada kapten Malaysia, Safiq Rahim (tengah) pada aksi di Stadium Tianhe, Guangzhou semalam. Malaysia tewas 0-3.



Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.

"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.
Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.

Sumber: KOSMO


Apapun, kita layak ke pusingan kedua, 15/11/10 menentang Iran
pada jam 4 petang

Saturday, November 13, 2010

malaysia layak ke pusingan seterusnya

KAMI MEMBANTAH KEPUTUSAN PENGADIL SUKAN ASIA ( MALAYSIA VS CHINA )



malaysia akan bertemu iran pada 15 november nanti..............


http://en.wikipedia.org/wiki/Football_at_the_2010_Asian_Games#Knockout_round

Malaysia vs China

Malaysia vs China (13 november)

Live di astro arena dan astro supersport 822.

kick off 6.55

Friday, November 12, 2010

Malaysia hanya buru satu mata


PENYERANG negara, Norshahrul Idlan Talaha (belakang) bersaing dengan pemain Jepun, Yuki Saneto pada aksi di Stadium Huadu, Guangzhou kelmarin.



SKUAD bola sepak negara makin hampir menamatkan kemarau 32 tahun bagi melepasi saingan peringkat kumpulan temasya Sukan Asia. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan ialah pada Sukan Asia 1978 di Bangkok, Thailand.

Kini barisan pemain negara hanya perlu sekurang-kurangnya seri ketika menentang China pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A Sukan Asia Ke-16 di Stadium Tianhe malam esok.

Seandainya seri, skuad kendalian K. Rajagobal itu akan muncul naib juara di belakang gergasi Asia, Jepun.
Namun jika tewas sekalipun, Malaysia masih mempunyai beka- lan tiga mata selepas menewas- kan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi pembukaan untuk layak ke pusi- ngan kedua selaku empat pasukan di tempat ketiga terbaik di kala- ngan enam kumpulan.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, pencapai- an anak-anak buah Rajagobal setakat ini wajar dipuji biarpun mereka tewas 0-2 kepada Jepun kelmarin.

"Saya tetap bangga walaupun kita tewas kepada Jepun kerana beberapa pemain kita yang beraksi semalam (kelmarin) ada di antaranya baru berusia 18, 19 dan 20 tahun.

"Tetapi mereka telah membuktikan bahawa kita masih mampu untuk menyaingi pasukan gergasi seperti Jepun.
"Saya juga yakin kita sekali lagi mampu beraksi baik untuk mene- waskan China (esok).

"Lagipun sudah lama kita tidak mencapai keputusan membanggakan setelah kali terakhir kita berjaya melepasi peringkat kumpulan 32 tahun yang lalu," kata Subahan ketika ditemui pada sesi latihan di Shiqiao No. 2 Mid- dle School semalam.

Malaysia pernah dua kali memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 dan 1974 tetapi selepas temasya 1978, skuad bola sepak negara sering terkandas pada saingan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Rajagobal turut melaungkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya mampu mencatat keputusan seri atau mene- waskan China malam esok.

"Saya mahu para pemain turun beraksi dengan penuh yakin dan bersemangat tinggi sama seperti dua perlawanan sebelum ini biarpun China bakal mendapat soko- ngan puluhan ribu penyokong di stadium.

"Saya juga sudah mengingatkan pemain, biarpun kita kini tanpa beberapa tonggak yang cedera, mereka yang ada ini perlu mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi perlawanan itu.

"Jangan terlalu takut dengan China kerana mereka juga menghadapi tekanan kerana perlu menewaskan kita untuk layak, sedangkan kita hanya perlukan seri," kata Rajagobal.

Hanya latihan ringan dilakukan semalam dengan disertai 17 pemain manakala S. Chanthuru yang cedera buku lali pada perla- wanan pertama masih berlatih secara bersendirian.

Sumber: KOSMO

Thursday, November 11, 2010

Perlawanan Penentuan

Biarpun tewas dalam perlawanan kedua menentang Jepun, K. Rajagobal tetap berpuas hati dengan aksi anak-anak didiknya.
 Komen k.rajagopal

Jurulatih kebangsaan, Rajagobal berkata, ia merupakan satu perlawanan yang cukup sukar memandangkan Malaysia turun tanpa enam tonggak utama yang tidak dibawa ke Guangzhou kerana cedera.

“Bukan saja enam pemain itu, saya juga tidak dapat turunkan Zamani, Fakri dan Chanthuru. Jika tidak, saya rasa kami mampu memberi tentangan.

“Apa pun saya tetap bangga dengan para pemain dan mereka wajar diberikan kredit atas usaha keras sepanjang perlawanan serta mampu bertahan dengan baik.

“Jepun memang hebat,” katanya.

Malaysia vs China

(Sabtu ini)
jam 7 mlm

Malaysia hanya perlu seri dan terus masuk ke pusingan seterusnya.

Skuad kebangsaan akan menghadapi tuan rumah china yang menag 2-1 dgn kyrgyztan semalam.

Nampaknya Malaysia akan bermain di hadapan ribuan penyokong china yang hadir.

Sudah tentu pasukan china menghadapi tekanan berbanding malaysia.

Bagi kapten pasukan dalam Malaysia, Safiq Rahim menegaskan dia dan rakan-rakan seperjuang begitu bersemangat untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Wednesday, November 10, 2010

Malaysia 0-2 Jepun

Malaysia kalah kepada jepun 2-0 hasil jaringan mudah kerana kesilapan pemain muda kita.

Jelas sekali ketiadaan pemain tonggak merencatkan lagi skuad malaysia.

Malaysia mengawal perlawanan pada awal babak permainan. Gol yang pertama hadir hasil sepakan muslim yang hendak mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti tersilap dgn sepakan yg dekat membawa padah kepada malaysia.

Gol ke-2 jepun juga kesilapan pertahanan malaysia.

Jika aidil ade mungkin jepun sukar memasuki kawasan malaysia.

Sabtu ni MALAYSIA akan bedepan tuan rumah china pada pukul 7 mlm waktu malaysia.

Malaysia vs Jepun

Chanturu makin bersemangat


SEORANG pegawai perubatan membalut buku lali kaki kanan Chanturu dengan ais semalam.



PENJARING gol kemenangan skuad bola sepak kebangsaan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 kelmarin, S. Chanturu masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi kedua bertemu Jepun di Stadium Huadu petang ini.

Pemain sayap Kelantan yang berasal dari Kulim, Kedah itu tidak dapat turun menjalani latihan di Stadium
 Huagong semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada minit ke-82 ketika aksi sulung Kumpulan A tersebut.

Namun Chanturu, 23, masih menyimpan hajat besar untuk terus turun beraksi membantu skuad negara dalam usaha mencari satu keputusan positif ketika bertemu Jepun.

"Kalau kesakitan pada bahagian belakang buku lali saya ini dapat sembuh sebelum perlawanan, saya memang begitu bersemangat untuk turun beraksi.

"Jika diturunkan, saya akan bermain bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kepada Jepun bahawa Malaysia juga mampu menyaingi mereka," katanya ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan petang semalam.

Chanturu kini pada prestasi terbaik setelah dia turut menjaringkan satu gol ketika skuad kebangsaan menewaskan Maldives 4-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya minggu lalu pada aksi persahabatan terakhir sebelum berlepas ke Guangzhou.

Karier bola sepak Chanturu sebe- narnya bermula agak lewat apabila dia menjadi pemain skuad Piala Presiden Telekom Melaka pada 2007 dan pemain skuad Piala Presiden KL Plus pada musim 2008.

Hanya pada pertengahan musim 2009, Chanturu disenaraikan sebagai pemain skuad Liga Super Pulau Pinang sebelum dia dipancing Kelantan pada awal musim 2010.

Sumber Kosmo

Safiq menjadi kapten Malaysia menentang Jepun.

 

 

Astro Arena akan menayangkan perlawanan Malaysia melawan Jepun secara langsung pada jam 4.00 petang. menerusi saluran 801

Tuesday, November 9, 2010

Highlight Malaysia 2 1 Kyrgyzstan

http://www.youtube.com/watch?v=m4tMy7WLXGo&feature=player_embedded

Malaysia kehilangan Zamani, Fakri


NORHAFIZ (terbaring) mengalami kecederaan serius pada aksi menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A semalam.



GUANGZHOU - Kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan petang semalam terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila skuad bola sepak kebangsaan kehilangan dua tonggak utama, Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani.

Zamani dan Fakri bukan sahaja tidak dapat beraksi pada perlawanan kedua menentang Jepun esok tetapi berkemungkinan besar terpaksa melupakan terus kempen Sukan Asia 2010 akibat kecederaan lutut.

Fakri yang bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan hanya sempat beraksi 13 minit sebelum digantikan Faizal Abu Bakar kerana dia mengalami kecederaan lutut kanan.

Manakala Zamani pula terpaksa diusung keluar pada minit ke-72 setelah mengalami kecederaan lutut kiri dengan Fadhli Shas masuk menggantikannya untuk bergandingan dengan Muslim Ahmad di posisi pertahanan tengah.

Namun mujur pemain sayap, S. Chanturu hanya mengalami kekejangan otot ketika dia dikeluarkan pada minit ke-82 dengan Izzaq Faris Ramlan masuk menggantikannya.

Namun Zamani, 29, yang merupakan salah seorang daripada tiga pemain senior serta memakai lilitan selaku ketua pasukan berkata, dia tidak mahu ketiadaannya nanti menjejaskan rentak pasukan.

"Secara peribadi, saya rasa kecederaan saya ini tidak akan menjejaskan pasukan. Ini kerana, kecederaan boleh berlaku bila-bila masa dan kepada sesiapa pun.

"Saya tetap yakin bahawa baki pemain muda yang ada mampu untuk menggalas tugas yang diberikan terutama Muslim dan Fadhli untuk mengemudi benteng pertahanan.

"Tentang kecederaan ini, saya akan lihat apa keputu- san ujian daripada fisioterapi bagi mengetahui sejauh mana tahap keseriusannya," kata Zamani pada sidang media selepas perlawanan.

Dengan ketiadaan Zamani, tugas sebagai ketua pasukan bakal digalas pemain tengah, Safiq Rahim.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal tidak mahu terlalu memikirkan tentang masalah kecederaan yang sememangnya cukup menguji pasukannya sejak mereka belum terbang ke Guangzhou lagi.

"Kami tiada pilihan. Zamani dan Fakri tak dapat beraksi menentang Jepun. Memang mereka berdua pemain penting dalam pasukan.

"Tetapi saya harap ia bakal menjadi peluang kepada pemain lain untuk beraksi dengan baik apabila bertemu Jepun," jelas Rajagobal.

Sebelum ini, Rajagobal sudah kehilangan beberapa pemain tonggak utama akibat kecederaan.

sumber: KOSMO

Monday, November 8, 2010

Malaysia 2 Kyrgyzstan 1.

Tamat perlawanan, Malaysia 2 Kyrgyzstan 1... Gol Norshahrul dan Chanturu.
Kita bermula dgn langkah kanan.
Tapi tiga player injured (fakri, zamani, chanturu)

Rajagobal waspada



Andai ranking menjadi ukuran, skuad bola sepak kebangsaan boleh dianggap tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kyrgyzstan pada aksi pembukaan acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Stadium Huadu petang ini.

Perlawanan sulung Kumpulan A itu menemukan Malaysia yang berada di kedudukan ke-149 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan Kyrgyzstan yang sekadar berada di tangga ke-173.

Namun, harus diingat Sukan Asia merupakan saingan membabitkan pasukan bawah 23 tahun dengan hanya tiga pemain lebih usia dibenarkan beraksi.

Justeru, bagi jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal, beliau mahu memberi fokus untuk memastikan para pemain menterjemah segala perancangannya sepanjang 90 minit perlawanan kepada kemenangan.

"Memang Kyrgyzstan memiliki kelebihan fizikal berbanding kita. Mereka mungkin berbahaya dalam situasi bola mati. Tetapi kita ada beberapa pemain yang turut mempunyai ketinggian fizikal yang baik.


"Jadi saya berharap para pemain beraksi seperti apa yang telah saya tunjuk ajar. Guna kesempatan atau peluang yang terhidang nanti dan beri fokus sepenuhnya sepanjang 90 minit.

"Perlawanan pertama penting untuk beri keyakinan dan meningkatkan moral pemain selain menjadi penentu kepada pasukan," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas sesi latihan di Shiqiao No. 2 Middle School petang semalam.

Berdasarkan susunan pemain ketika sesi latihan tersebut, Khairul Fahmi Che Mat hampir pasti diturunkan sebagai penjaga gol sambil dibantu empat pemain pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar.

Safiq Rahim dan Amar Rohidan akan menjana jentera tengah, S. Kunanlan dan S. Chanturu menghidupkan bahagian sayap manakala gandingan serangan, Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani diharap mampu menggegar gawang Kyrgyzstan.

"Walaupun gandingan Norshahrul dan Fakri hanya sempat dibentuk dalam masa terdekat tetapi mereka berdua sudah selalu beraksi bersama. Ini saja pilihan yang saya ada," jelas Rajagobal ringkas.

Skuad kebangsaan ke Guangzhou agak pincang tanpa beberapa tonggak utama yang cedera seperti Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, Nasriq Baharom, Baddrol Bakhtiar, Bunyamin Umar, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias.

sumber: Kosmo

Sunday, November 7, 2010

Skuad Misteri Kyrgyzstan

GIGIH...Rajagobal memberi arahan ketika sesi latihan skuad negara di Stadium Hua Gong, semalam.
GIGIH...Rajagobal memberi arahan ketika sesi latihan skuad negara di Stadium Hua Gong, semalam.


UJIAN pertama skuad separuh masak K Rajagobal bermula esok apabila Malaysia turun menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A bola sepak Sukan Asia Guangzhou di Stadium Huadu.

Malaysia tidak pernah berdepan pasukan ini dalam mana-mana pertandingan formal ataupun persahabatan. Namun corak persembahan mereka tidak banyak berbeza dengan gaya Uzbekistan yang lebih kepada fizikal, hantaran jauh dan kawalan ketat.

Ini pertembungan menarik, menurut Rajagobal yang positif menghadapi temasya pertamanya di Sukan Asia selaku jurulatih, sekalipun mengakui kehilangan kesebelasan utamanya akibat kecederaan merencat perancangan.
“Saya mahu melupakan kecacatan ini dan fokus menghadapi pertandingan. Terus terang saya tidak suka memberi alasan apa lagi kita sudah berada di venue pertandingan.Inilah lazimnya bola sepak dan perkara sama pernah saya alami ketika menghadapi Sukan Sea Laos. Kita berjaya melepasinya dalam susah dan senang. Akhirnya kita mendapat hasil membanggakan,” katanya.

“Namun itu Sukan Sea tetapi ini Sukan Asia. Ada perbezaan ketara dalam tarafnya. “Saya percaya kita boleh hadapi masalah ini bersama-sama. Antara saya dan pemain kami mempunyai matlamat serupa,” jelasnya.
Skuad negara menewaskan Maldives 4-1 sebelum berangkat ke Guangzhou.

Perlawanan itu menyaksikan Rajagobal kehilangan tonggak benteng, Nasriq Baharom yang tercedera.
Nasriq melengkapkan kehilangan 10 pemain utama selain Aidil Zafuan dan Zakuan Adha Abd Radzak, Baddrol Bakhtiar, Sharbinee Allawee, Faizal Marlias, Mat Sabre Abu serta Azmi Muslim.

Ditanya apa yang menarik menurut jurulatih yang kaya dengan idea itu adalah ujian buat pemain yang sebelum ini bukan pilihan tetapi akan turun selaku tonggak kesebelasan.

Dibantu pengalaman tiga pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah, S Kunanlan dan Norshahrul Idlan Talaha, skuad negara sebenarnya sudah bersedia. Tambah pula skuad ini memiliki struktur barisan emas Sukan Sea Laos dengan majoriti sembilan pemain kekal di dalamnya.

Tiga watak penting itu akan menerajui tiga posisi utama. Norhafiz mengemudi pertahanan tengah, Kunanlan bergandingan dengan Safiq Rahim di jentera tengah, manakala Norshahrul memimpin teraju penggempur.

“Menghadapi Kyrgyzstan, kita harus lebih agresif dan pantas daripada mereka. Saya yakin pengalaman beraksi dalam Liga Slovakia oleh tujuh pemain Harimau Muda A sebelum ini akan banyak membantu.Inilah yang saya maksudkan menarik, ujian buat skuad ini. Saya optimis kita tetap berpeluang mengatasi mereka,” tegasnya.

Bercakap mengenai kehadiran Jepun dan tuan rumah China, Rajagobal mengakui ranking mereka jauh lebih baik daripada Malaysia. Malah dua pasukan ini sudah beraksi di pentas tertinggi Piala Dunia.

“Kita akan hadapi mereka sama seperti kita berdepan Kyrgyzstan,” katanya.

sumber : malayatigerfootball

Saturday, November 6, 2010

Jadual Perlawanan Malaysia di Sukan Asia

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan Asia:

8 nov: Malaysia vs Kyrgyzstan ( astro arena akan berusaha mendapatkan siaran langsung)
10 nov: Malaysia vs Jepun (siaran langsung astro arena 4.00ptg)
13 Nov: Malaysia vs China (siaran langsung astro arena 7.00mlm)

Thursday, November 4, 2010

SENARAI 20 PEMAIN YANG BERLEPAS KE SUKAN ASIA 2010 GUANGZHOU, CHINA.


Penjaga Gawang
1) Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
2) Zamir Selamat - Harimau Muda 

Pertahanan
1) Norhafiz Zamani Misbah (KAPTEN) - KL Plus FC
2) Muslim Ahmad - Harimau Muda 
3) Mahali Jasuli - Harimau Muda 
4) Fadhli Shas - Harimau Muda 
5) Faizal Muhammad - Harimau Muda
6) Asraruddin Putra Omar - Selangor

Pertengahan
1) S. Kunanlan - Negeri Sembilan
2) K. Gurusamy - Harimau Muda 
3) Gary Steven Robbat - Harimau Muda 
4) Safiq Rahim - Selangor
5) Amar Rohidan - Perlis
6) Khyril Muhymeen Zambri - Kedah
7) Faizal Abu Bakar - Kedah
8) Fandi Othman - Harimau Muda 

Penyerang
1) S. Chanturu - Kelantan
2) Izzaq Faris Ramlan - Harimau Muda 
3) Norshahrul Idlan Talaha - Kelantan
4) Ahmad Fakri Saarani - Perlis


Monday, November 1, 2010

Kecederaan Aidil Zafuan bikin Rajagobal resah

 
AIDIL (depan) mengalami kecederaan serius pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.


JURULATIH skuad kebangsaan, K. Rajagobal dilanda keresahan ekoran kecederaan yang dialami Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Kapten skuad bola sepak kebangsaan itu mengalami kecederaan ketika beraksi untuk Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Jika keadaannya serius, watak utama di jentera pertahanan skuad Rajagobal itu berkemungkinan tidak dapat beraksi pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bermula Isnin depan.

Aidil mengalami kecederaan lutut selepas diterjah keras oleh penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-52.

Pada perlawanan tersebut, Negeri Sembilan tewas 1-2 kepada Kelantan.

"Menurut pemeriksaan awal doktor malam tadi (kelmarin), lutut kanan saya mengalami kecederaan meniskus.
"Tetapi esok (hari ini) baru saya akan buat ujian MRI (imbasan resonan bermagnet) untuk melihat sama ada terdapat kecede- raan ACL (Anterior Cruciate Ligament).

"Jika kecederaan ini disahkan teruk, saya terpaksa melupakan Sukan Asia. Ia pasti mengecewa- kan kerana saya memang nak sangat beraksi di Guangzhou. Doakan semoga kecederaan ini tak serius," kata Aidil, 23, ketika dihubungi semalam.

Ternyata individu yang pasti pening kepala untuk berdepan situasi kecederaan ini ialah Raja- gobal yang kini hanya memiliki pilihan terhad untuk membentuk skuad Sukan Asia sebelum terbang ke Guangzhou pada Jumaat ini.

Menurut Rajagobal, andai kecederaan Aidil serius, dia bakal menyertai tujuh pemain lain yang turut tidak dapat ke Sukan Asia iaitu Baddrol Bakhtiar, Sabre Mat Abu, Azmi Muslim, Zaquan Adha, Bunyamin Umar serta dua penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias.

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

Thursday, October 7, 2010

Undian Bola sepak Sukan Asia 2010



图文-[亚运会]足球比赛项目抽签结果男子项目分组

Undian asal sebelum perubahan Kumpulan F: Iraq keluar digantikan dengan Pakistan


Lelaki:

Group A: China, Malaysia, Kyrgyzstan, Japan

Group B: Iran, Vietnam, Bahrain, Turkmenistan

Group C: Korea Republic, Palestine, Jordan, DPR Korea

Group D: Qatar, Kuwait, India, Singapore

Group E: Uzbekistan, UAE, Hong Kong, Bangladesh

Group F: Pakistan, Maldives, Oman, Thailand

Wanita:

Group A: China, Korea Republic, Vietnam, Jordan

Group B: DPR Korea, Japan, Thailand


Pusingan Kalah Mati (Suku akhir, separuh akhir, akhir): Dua pasukan teratas serta empat pasukan terbaik di tangga ketiga setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails