Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, May 5, 2010

Keputusan Liga Super 4 Mei

LONGLAI dalam Piala AFC tetapi kekal di puncak liga - itulah Selangor yang mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super dengan menumpaskan Johor FC 3-1 di Pasir Gudang, malam tadi.

Sekalipun Nasriq Baharom diperintah keluar padang, Selangor menang hasil dua jaringan Amirulhadi Zainal pada minit ke-41 dan 74 serta gol Hardi Jaafar sebelum Azwan Roya membalas pada minit terakhir.

Terengganu yang sebelum perlawanan menghuni tangga kedua dipintas oleh jirannya Kelantan. Terengganu tewas 4-0 kepada Kedah di Alor Star manakala Kelantan menewaskan Pahang 2-1.

Berjersi kelabu tanpa sedikitpun warna hijau kuning menyaluti tubuh pemainnya, Sang Kenari meledak jaringan pertama menerusi Baddrol Bakhtiar pada minit ke-45 disusuli hatrik Azlan Ismail pada minit ke-48, 67 dan 78.

  • Di Kota Bharu, Hairuddin Omar muncul wira dengan jaringan pada minit ke-73 untuk membantu Kelantan mencatat empat kemenangan berturut-turut. Norshahrul Idlan Talaha kekal membuktikan prestasinya yang memuncak apabila membuka tirai jaringan tiga minit sebelum rehat tetapi Aziz Nawawi menyamakan kedudukan buat Pahang pada minit ke-53.
  • Di Kangar, Perlis menundukkan Johor 4-2 manakala Pulau Pinang mencatat kemenangan kedua dengan menundukkan Kuala Lumpur 1-0 di tempat sendiri.

    T-Team pula mengejutkan juara Piala FA Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 manakala Perak tewas kepada KL Plus 1-0 yang menerima sentuhan bekas pertahanannya, Janos Krescka, selaku pembantu Mat Zan Mat Aris.

  • LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails