Tue, 23 Mar 2010 16:00 | ||
Piala AFC 2010 | ||
Sriwijaya FC | : |
JURULATIH Selangor, K Devan bertekad mengutip sekurang-kurangnya satu mata berharga apabila skuadnya menentang Seri Wijaya dari Indonesia dalam perlawanan kedua, kejohanan bola sepak Piala AFC di Palembang, esok.
Biarpun tidak dapat memastikan kekuatan sebenar pihak lawan, namun bersandarkan kepada prestasi semasa anak buahnya dalam perlawanan pertama menentang Becamex Binh Duong, baru-baru ini sudah cukup untuk menyuntik keyakinan pengendali skuad Merah Kuning kepada anak buahnya.
“Saya fikir Selangor masih memiliki peluang untuk mendominasi perlawanan selepas aksi yang boleh diberikan pujian dalam Liga Super dan Piala FA sebelum ini.” “Jika mereka mampu beraksi dengan cemerlang, peluang untuk beraksi sehingga ke peringkat suku akhir dilihat cerah,” kata Devan.
Tambah pengendali itu, jika mereka mampu meraih satu mata sudah memadai memandangkan pihak lawan bakal menampilkan beberapa pemain import mereka nanti.
“Kelebihan dapat dilihat kepada pihak lawan ditambah dengan peluang beraksi di laman sendiri namun itu bukan alasan pemain untuk tidak beraksi cemerlang. Apa yang penting setiap pemain sedar akan tanggungjawab mereka dalam saingan sebenar nanti.”
Dalam perlawanan terdahulu, Selangor berjaya mengutip satu mata berharga dalam pertemuan dengan pasukan Vietnam, Becamex Binh Doung apabila seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam.
sumber: berita harian