NEGERI SEMBILAN 0 T-TEAM 1
KUALA LUMPUR 2 P. PINANG 0
KL PLUS 1 PERAK 1
PAHANG 3 KELANTAN 3
TERENGGANU 1 KEDAH 1
JOHOR 3 PERLIS 2
KELANTAN terpaksa menanti pada saat akhir untuk mengutip satu mata apabila diikat 3-3 oleh Pahang di Kuantan malam tadi.
Jaringan waktu kecederaan Nizad Ayub menyelamatkan Kelantan daripada kekalahan dan memastikan anak buah B. Sathianathan tidak ketinggalan lebih jauh kepada pendahulu liga Selangor yang menewaskan Johor FC 4-1 pada Jumaat.
Sekalipun membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Nor Farhan Muhammad, Kelantan bocor tiga gol apabila Azamuddin Akil pada minit ke-34 dan Hasmizan Kamarodin (37 dan 46) mencatat nama dalam senarai penjaring.
Hanya pada minit ke-88 Kelantan merapatkan kedudukan menerusi S. Chanturu sebelum Nizad memastikan Perwira Merah membawa pulang satu mata ke Kota Bharu.
Di Seremban, Abdul Hadi Yahaya meledakkan jaringan pada minit terakhir untuk melenyapkan ego Negeri Sembilan yang melihat kaptennya, Rezal Zambery Yahya diperintah keluar padang.
Johor pula mencatat kemenangan 3-2 ke atas Perlis manakala Kuala Lumpur menumpaskan Pulau Pinang 2-0. KL Plus dan Perak terikat 1-1 manakala Terengganu dan Kedah juga terikat dengan keputusan yang sama.
kedudukan terkini :
Selangor 14 35
Kelantan 14 29
Terengganu 14 27
Johor FC 14 25
Terengganu PBDKT T.. 14 21
Kedah 14 20
Negeri Sembilan 14 20
Perlis 14 20
Kuala Lumpur 14 19
Pahang 14 17
Perak 14 13
Kuala Lumpur, PLUS.. 14 12
Johor 14 10
Pulau Pinang 14 8