BE THE 12TH MAN
Monday, May 31, 2010
Sunday, May 30, 2010
KEPUTUSAN LIGA SUPER 29 MEI
Hishamuddin Hassan ketika menjamin tiga mata penuh di Pulau Pinang menerusi kemenangan 3-1. Terengganu pula kekal di tangga ketiga dengan 37 mata setelah hampa dengan keputusan seri 1-1 dengan Kuala Lumpur. Di Kuala Terengganu, jaringan Baddrol Bakhtiar memastikan Kedah pulang membawa satu mata untuk seri 2-2 dengan T-Team. Penyerang kebangsaan Zaquan Adha Abdul Radzak menyumbang dua gol ketika Negeri Sembilan menewaskan Johor 3-1 manakala KL Plus tewas 1-2 kepada Pahang. Johor FC pula terpaksa menanti sehingga minit ke-83 hasil jaringan Azizan Baba untuk menewaskan Perak 1-0 di Pasir Gudang. |
Friday, May 28, 2010
Nick Chan Pemain Cardiff?
Menurut berita dari Vital Cardiff City Cardiff City pernah membuat twaran kepada anak lelaki Dato Chan Tien Ghee (TG) iaitu Nick Chan menjalani ujian bersama kelab itu - dan berjaya menarik perhatian. Dia juga berjaya memikat West Ham dan setuju berjumpa pengurus Dave Jones musim panas ini setelah menamatkan A-level nya..
Dengan bapanya sekarang menjadi Pengerusi baru kelab Cardif City di lihat Nick Chan berpeluang besar menjadi pemain profesional dengan Bluebirds.
Nick Chan yang bermain di posisi pertahanan atau midfield, dilihat sebagai satu jambatan hubungan untuk mengeratkan hubungan antara kelab itu dan pasaran Malaysia.
http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/
Thursday, May 27, 2010
Real singgah Malaysia
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad sebuah syarikat dari Singapura telah membuat penawaran kepada FAM untuk membawa masuk kelab gergasi Eropah itu dan mengikut jadual yang telah dikeluarkan mereka akan berada di Malaysia pada 14 hingga 21 Ogos ini.
"Petang semalam kami baru membincangkan tentang kehadiran pasukan ini, bagaimanapun ia masih lagi di peringkat awal tanpa sebarang surat rasmi dikeluarkan tetapi perkara ini akan dapat diketahui selawat-lewatnya 4 Jun ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan terakhir Liga FAM antara Sime Darby FC menentang KSK Tambun Tulang, semalam.
Jelasnya, Real memilih Malaysia untuk menjadi lokasi persediaan pra-musim sebelum mengharungi saingan Liga Sepanyol musim 2010/2011.
"Walaupun ketika itu umat Islam di negara ini sedang menjalani ibadah puasa tetapi kita berhasrat untuk mengatur sekurang-kurangnya dua perlawanan menentang pasukan skuad kebangsaan seperti mana yang dilakukan tahun lepas bertemu Manchester United dua kali dalam tempoh seminggu.
"Sekarang ini belum ada keputusan rasmi kerana Stadium Nasional Bukit Jalil pula pada ketika itu sedang mengalami proses pengubahsuaian trek dan kami akan melihat dari pelbagai aspek untuk membuat keputusan secara rasmi mengenai status kehadiran pasukan yang diwakili pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo," ujarnya.
Azuddin berkata, jika semuanya berjalan lancar dan telah dipersetujui ia akan menjadi sejarah buat Malaysia mahupun Real yang kali pertama mengadakan perlawanan persahabatan dan kem latihan di negara ini.
Sementara itu, Azuddin berkata, pasukan kebangsaan yang akan berkampung di Antalya, Turki dari 10 hingga 20 Jun ini bakal mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab negara itu.
"Bagaimanapun kami masih belum dapat mengumumkan tiga pasukan tersebut dan ia akan diketahui sebelum skuad kebangsaan berangkat ke Turki," katanya yang turut mengumumkan bahawa tiada Kejohanan Pestabola Merdeka tahun ini.
Skuad kebangsaan juga dijangka mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik (bawah 23 tahun) Korea Selatan pada penghujung Julai sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Latihan pusat dan perlawanan persahabatan yang dilakukan oleh skuad kebangsaan adalah sebahagian dari persediaan menghadapi Sukan Asia dan Piala AFF tahun ini.
kosmo......................
JIKA segalanya berjalan lancar, kelab bola sepak terkemuka Sepanyol, Real Madrid bakal berada di Kuala Lumpur untuk latihan dan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia dari 14 hingga 21 Ogos depan.
Real yang bakal dibimbing Jose Mourinho tentunya akan hadir dengan barisan bintang diketuai Cristiano Ronaldo, Kaka, Gonzalo Higuain, Xabi Alonso, Iker Casillas dan Raul untuk diuji kehandalan mereka oleh anak-anak buah K. Rajagobal.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya baru saja menerima makluman awal berhubung kehadiran Real itu daripada sebuah syarikat penganjuran acara sukan dari Singapura semalam.
"Menurut surat terbabit, Real akan datang ke sini (Kuala Lumpur) pada 14 hingga 21 Ogos depan. Memandangkan tarikh itu jatuh pada bulan Ramadan, perlawanan itu nanti akan diadakan pada sebelah malam.
"Buat masa ini, belum ada surat rasmi lagi. Tapi kalau jadi, selain berlatih, Real akan mengadakan klinik bola sepak dan dua perlawanan persahabatan, sama seperti ketika kita bertemu Manchester United tahun lalu.
"Segala keputusan mengenai perkara ini akan diputuskan pada 4 Jun depan, sama ada rundingan ini berhasil atau sebaliknya. Tapi FAM bersedia untuk merealisasikannya," katanya pada sidang media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang semalam.
Namun apa yang pasti, perlawanan tersebut tidak akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang akan memulakan sesi baik pulih treknya bermula pertengahan Jun ini dan Stadium Shah Alam mungkin menjadi pilihan terbaik kerana ia boleh memuatkan 80,000 penonton.
Azzuddin menambah, selain aksi menentang Real itu, skuad kebangsaan juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City pada 15 Julai dan skuad B-23 Korea Selatan pada penghujung Julai.
|
|
"Saya sudah menerima e-mel secara tidak rasmi daripada Datuk Chan Tien Ghee (pemilik Cardiff) dan beliau memohon aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan pada 15 Julai.
"Rundingan untuk membawa skuad B-23 Korea Selatan ke sini pula masih diteruskan. Ia bersempena meraikan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan. Empat pemain skuad tersebut beraksi pada Piala Dunia 2010," jelasnya.
Azzuddin berkata, kelab yang akan ditentang skuad kebangsaan pada tiga perlawanan semasa kunjungan selama 10 hari ke Antalya, Turki dari 10 hingga 20 Jun depan masih dalam perbincangan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm
Wednesday, May 26, 2010
Cardiff uji skuad kebangsaan Julai ini
Pasukan Cardiff City yang baru menjadi milik dua ahli korporat negara, Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee akan bertandang ke Malaysia pada 9 hingga 19 Julai ini sebagai destinasi ujian pemanas badan untuk menghadapi musim liga 2010/11.
Dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Dave Jones, Cardiff akan turun dalam dua perlawanan ujian iaitu berdepan skuad pilihan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada 15 Julai ini dan skuad negara yang dibimbing oleh K. Rajagobal dua hari selepas itu.
Sementara itu, skuad remaja Cardiff turut akan melakukan kunjungan bersama dan akan bertemu Harimau Muda B pada 14 Julai di samping satu lagi perlawanan yang akan diaturkan oleh FAM.
''Lokasi pertemuan dengan skuad negara dijangka di antara Stadium Bolasepak Kuala Lumpur atau Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya.
Perkara itu akan ditentukan oleh FAM.
''Ini juga sebahagian daripada promosi kelab Cardiff kepada peminat bola sepak di negara kita supaya mereka boleh mengenali dengan lebih dekat pemain-pemain sebelum saya berhasrat menubuhkan kelab peminat Cardiff di sini," kata pengerusi kelab Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee.
Pencapaian terbaik Cardiff dalam sejarah liga England ialah muncul juara Piala Fa pada tahun 1927 dan naib juara Piala FA 2008.
Musim lalu, mereka menamatkan cabaran di kedudukan keempat Liga Kejuaraan (Divisyen Dua) dan layak beraksi di perlawanan penentuan EPL, namun tumpas kepada Blackpool 2-3 pada perlawanan akhir.
Nama-nama besar dalam Cardiff yang dijangka mampu menarik perhatian para peminat bola sepak negara ialah bekas pemain Sunderland dan Newcastle, Michael Chopra, bekas pemain Aston Villa, Peter Whittingham dan bekas pemain Wolverhampton Wanderers, Jay Bothroyd.
Sementara itu, Chan tidak menolak kemungkinan akan melakukan kerjasama dengan FAM jika mereka berminat menghantar pemain negara berlatih di sana.
''Saya akan mengkaji segala kemungkinan sebelum menerima kehadiran mereka di sini namun perkara itu boleh diperhalusi,"
katanya.
Bagi Jones, dia mahu tiba lebih awal supaya pemainnya boleh menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca panas di Malaysia.
''Tempoh empat ke lima hari adalah waktu yang sesuai agar semua pemain boleh beraksi dengan baik berdepan dengan skuad Malaysia nanti,'' ujarnya.
Katanya lagi, ini adalah kali pertama dalam sejarah kelab berkenaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan membawa skuad utama serta remaja beraksi di luar negara.
''Diharapkan ketibaan kami di sana akan diberi sambutan hangat oleh semua peminat bola sepak Malaysia," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htmSunday, May 23, 2010
Keputusan Liga Super 22 Mei
TIADA K. Devan di bangku simpanan. Tiada Safee Sali di bahagian serangan. Tiada Hardi Jaafar membuat umpanan di tengah padang. Tiada Razman Roslan di bek kanan - tiada masalah buat Selangor.
Merah Kuning kekal di tangga teratas Liga Super dan mengetepikan masalah penggantungan jurulatih, Devan dan pemain mereka apabila menewaskan KL Plus 2-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Pemain tengah, Amirul Hadi Zainal menjaringkan gol pertama buat pasukan Red Giants pada minit ke-54 sebelum Liew Kit Kong, bertindak selaku penyerang tengah di sisi Amri Yahyah, menambah gol kedua 10 minit sebelum perlawanan tamat. KL Plus merapatkan jurang menerusi Nazrin Nawi hasil rembatan jarak jauh pada minit k-84.
Kemenangan Selangor itu membolehkan Selangor terus kukuh di tangga teratas dengan mengumpul 44 mata, manakala Kelantan yang menewaskan Perlis juga 2-1, berada di tempat kedua kurang enam mata.
Kelantan memperoleh jaringan melalui Norshahrul Idlan Talaha hasil sepakan penalti pada minit ke-29 sebelum S. Chanturu menambah gol kedua pada minit ke-34. Gol sagu hati Perlis dijaringkan oleh Wan Khairul Faiz Kamaruddin minit ke-49.
T-Team sekadar seri 1-1 menentang Pahang dengan gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Mohd. Haris Safwan Mohd. Kamal manakala gol skuad Tok Gajah disumbangkan Mohd. Shahrizan Mohd. Salleh.
Perak pula mencatat kemenangan bergaya di Ipoh dengan mengalahkan Johor 2-0, kedua-dua gol disumbangkan oleh Md. Nazrin Md. Kamal minit kedua dan 70.
Di Pulau Pinang, tuan rumah dibelasah pasukan pelawat, Terengganu 5-1. Pelawat menjaringkan gol menerusi Ahmad Nordin Alias (14), Zairo Anuar Zalani (38, 64), K. Rajan (77) dan Hariri Safi (90), manakala gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh S. Veenod (91).
Negeri Sembilan pula tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur di laman sendiri.
Kafe, radio internet KAFA
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melangkah setapak lagi dalam usaha menjadikan pasukan itu sebagai salah satu jenama sukan tanah air apabila membuka kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM).
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.
“Kafe ini akan dijadikan sebagai tempat untuk peminat bola sepak berkumpul, malah di sini juga pelbagai cenderamata pasukan The Red Warriors akan dijual.
“Selain itu, dengan adanya radio rasmi ini, peminat The Red Warriors di seluruh dunia dapat mengetahui perkembangan semasa pasukan dan mengikuti setiap perlawanan secara langsung,” katanya.
Upacara perasmian TRWS dan TRW.FM telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
TRWS dibuka atas ilham dan pelaburan seorang usahawan terkenal yang juga peminat setia The Red Warriors, Datuk Siti Hamidah Hamad.
Sementara itu, Shabery ketika berucap berkata, keupayaan KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan memberikan peluang kepada mereka untuk berdiri di kaki sendiri.
“Di negara maju, konsep ini sudah lama diamalkan apabila pasukan bola sepak menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan.
“Malah, mereka mampu membuka sebuah gedung yang menjual pelbagai jenis barangan sukan kepada peminat mereka,” katanya.
Jelas beliau, situasi tersebut masih belum dapat dilihat di negara ini apabila mana-mana pasukan bola sepak selalunya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan untuk menjayakan operasi mereka.
Sehubungan itu, beliau percaya sekiranya peminat sukan tanah air memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan mereka, satu transformasi untuk menjadikan bola sepak sebagai industri akan dapat dilihat dalam sedikit masa lagi.
“Bagi penyokong di luar negara, mereka akan membeli barang asli yang dikeluarkan oleh pasukan kerana bagi mereka ini adalah satu cara untuk memberi sokongan.
“Akhirnya, kelab mampu membina stadium sendiri malah mereka juga membayar cukai kepada kerajaan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata,” tegas beliau.
sumber: utusan online
Saturday, May 22, 2010
Keputusan Liga Super dan Perdana 21 Mei
Dalam satu-satunya perlawanan Liga Super malam tadi, Kedah mencatat kemenangan di tempat lawan, dengan Khyril Muhymeen Zambri menyumbat gol kemenangan yang menewaskan Johor FC 2-1 di Pasir Gudang.
Biarpun menguasai permainan, Johor FC gagal menterjemahkan penguasaan mereka kepada gol, membuka laluan kepada pelawat untuk meraih tiga mata.
Johor FC menghadiahkan gol pertama kepada Kedah apabila berlaku kekeliruan di antara penjaga gol G. Jeevanathan dan bek tengah Hamzani Omar yang tertampan ke gawang sendiri seawal minit kelapan.
Dalam satu serangan kilat, umpanan Azmi Muslim membebaskan Khyril yang menewaskan perangkap ofsaid untuk meledakkan jaringan kemenangan berharga buat Sang Kenari. Jaringan Azuwad Arif pada penghujung permainan tidak cukup mengubat duka pasukan tuan rumah.
Dalam Liga Perdana, Felda United kekal di tangga teratas biarpun diikat 1-1 oleh Pos Malaysia, manakala PKNS merapatkan kedudukan menerusi kemenangan besar 5-1 ke atas Melaka.
Angkatan Tentera Malaysia pula diikat tanpa jaringan oleh Sarawak manakala Polis Diraja Malaysia mencatat kemenangan di tempat lawan apabila menumpaskan Shahzan Muda 4-1.
Plus FC yakin memberi saingan sengit kepada pasukan Selangor
"Kami mampu imbangi pasukan Selangor." Demikian luahan Plus FC apabila kedua-dua pasukan dijadualkan akan bertemu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Persiapan tuan rumah terjejas apabila pemain tengah skuad Merah Kuning, Mohd. Hardi Jaafar digantung enam perlawanan manakala penyerang utama mereka, Mohd Safee Sali dan tonggak pertahanan, Razman Roslan masing-masing digantung empat perlawanan.
Selangor juga akan mengharungi enam perlawanan tanpa jurulatih, K. Devan yang turut digantung, semuanya gara-gara insiden tegang pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan, 3 April lalu. Kesemua hukuman itu berkuat-kuasa dengan serta merta.
Bagaimanapun Plus FC menyedari tugas mereka tidak berdepan dengan tugas mudah memandang Selangor mempunyai ramai pemain yang mampu mengisi tempat pemain-pemain yang digantung.
"Itulah kelebihan Selangor. Mereka mempunyai ramai pemain yang setaraf dengan kesebelasan utama di bangku simpanan.
"Jadi itu mereka tidak akan terjejas. Lagipun mereka mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri dan pasti mahu mengekalkannya," kata jurulatih Plus FC, Mat Zan Mat Aris.
Beliau turut melahirkan keyakinan pasukannya mampu melakar kejutan berbekalkan prestasi semasa anak-anak buahnya.
"Saya menjangkakan pertarungan sengit malam esok. Namun kalau berdasarkan kepada keputusan empat perlawanan lepas, kami mempunyai keyakinan untuk menang.
"Saya rasa momentum kemenangan dapat diteruskan. Persembahan pemain juga semakin bersemangat, corak serta pergerakan permainan juga semakin mantap," jelasnya lagi.
Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusuf turut dilihat turun mengikuti latihan bersama rakan sepasukan selepas tersisih akibat kecederaan dalam beberapa perlawanan terakhir.
Bagi menghadapi permainan serangan berbisa Gergasi Merah Kuning, Mat Zan tidak bercadang untuk meletakkan kapten pasukan, Norhafiz Zamani Misbah di bahagian pertahanan. Beliau setakat iniberpuas hati dengan percaturannya yang meletakkan Zamani sebagai pemain tengah.
"Saya akan kekalkan formasi seperti sebelum ini kerana ada hasilnya. Kami akan turun dengan corak seperti empat perlawanan lepas di mana kami dapat memungut 10 mata daripada empat perlawanan," katanya lagi.
Thursday, May 20, 2010
FAM bincang Liga M 2011 selepas musim berakhir
Naib Presidennya Datuk Che Mat Jusoh berkata masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai semua perkara kerana liga baru sahaja memasuki pusingan kedua.
"Sekarang Liga Super dan Liga Perdana kecuali Piala FAM baru sahaja memasuki pusingan kedua. Selepas tamat saingan Piala Malaysia kita akan bincang perjalanan Liga M 2011," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pertandingan tempatan FAM di Wisma FAM.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ura-ura untuk membenarkan pemain import kembali mewarnai Liga M selepas menyepi selama dua tahun.
Ini kerana selepas ketiadaan pemain import, pasukan tempatan bergelut dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) kebelakangan ini.
Dalam perkembangan lain, perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 bakal dilangsungkan di Stadium Shah Alam 30 Oktober nanti. Ini kerana pada ketika itu, Stadium Bukit Jalil tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja pembaikan taraf trek namun venue perlawanan tetap diadakan di sekitar Lembah Klang.
FAM turut memaklumkan pada pertandingan merebut piala berprestij itu, seramai tiga pemain dibenar dipinjamkan bagi setiap pasukan asalkan mereka tidak terlibat dengan mana-mana pasukan yang bersaing dalam Piala Malaysia.
Khalid gagal dapat 'lesen' bermain dengan T-team
Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM kali ke-24 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan pasukan T-Team untuk mendapatkan khidmat Khalid Jamlus.
Ini berikutan dalam peruntukan peraturan JKPT 2010, hanya pemain tidak mewakili mana-aman pasukan sahaja yang dibenarkan mendaftar.
"Setiap pasukan telah dimaklumkan sebelum ini mengenai peraturan ini," kata ahli JKPT, Wan Nizam Wan Omar bagi mewakili Datuk Che Mat Jusoh yang tidak masuk campur dalam perbincangan khusus mengenai kes itu.
T-Team sebelum ini mengumumkan sudah mengikat perjanjian dengan penyerang itu awal bulan ini. Namun Khalid sebenar telah berdaftar dengan pasukan ATM dan lesen baginya telah dikeluarkan.
Menurut wakil T-Team yang enggan dikenali itu lagi, "Kedua-dua saling menyedari mengenai perkara ini dan bersedia membatalkan kontrak ini. Kami akan mematuhi peraturan yang ada."
Sunday, May 16, 2010
Malaysian Gems For A-League
EXCLUSIVE: Undiscovered gems can emerge from Malaysia’s rapidly improving football structure for A-League clubs hunting bargains, says Sabah Hawks’ Aussie coach Gary Phillips.
Phillips, a former Sydney Olympic and Brisbane Strikers midfielder, says football in Malaysia is also beginning to emerge from the doldrums after a disastrous Asian Cup 2007.
Phillips knows Asian football well and also knows what it takes to succeed in Australia. After almost 400 games in the former NSL and a championship as a coach with Sydney Olympic, Phillips coached in the W-League and in the Institute system.
In Asia, he's coached Vietnam V-League side Da Nang and was Manager of Project Future with the AFC. There he selected, managed and mentored young coaches around six Asian zones in 47 countries.
"Having watched Malaysia win the South-East Asian Games late last year, the country has enormous potential and a love for the game that is enormous," Phillips explained to au.fourfourtwo.com.
"Sabah captain Reithauddin Awang Emran and former national team player Mafry Balang can play A-League now. They are two solid defenders with exposure to better environment would take their game to another level."
Following some disastrous results as Malaysia dropped to 154 in the world rankings in 2007 - prompting calls by the government to disband FAM (Football Association of Malaysia) - the SEA success has seen the Malaysian government ramp up funding to the sport.
The National Sports School have a football program with a three-year live-in program for U19 players. This team competes in the Malaysian Premier League and won the title last season.
Meanwhile the current U21 Malaysian national team are living in Slovakia and playing friendly matches on a weekly basis.
It all bodes well for A-League clubs hunting out bargains.
"Sabri Sahar has the ability and attitude to become an outstanding player," said Phillips. "If he was given an opportunity in Australia with a season in the NYL to toughen him up he would not be far away from A-League level."
Sabah are flourishing under the Aussie's guidance too and are in striking distance of a top two spot and promotion from the Malaysian Premier League (second division) to the Super League.
After an offer from former Socceroo Scott Ollerenshaw - a former Sabah great now running the Borneo Cup (www.borneofootballcup.com) - to coach the Hawks, Phillips is enjoying being back on the track on a daily basis.
And in Phillips - who holds an AFC A licence - A-League clubs have an instant source of local knowledge.
Thai Surat Sukha was the first player from Southeast Asia to play at in the A-League and he was soon joined at Melbourne Victory by on-loan striker Sutee Suksomkit. Meanwhile Melbourne Heart will trial Indian player Gouramangi Singh this July.
Phillips believes Malaysia - a country that has seen a number of Australian players and coaches over the years - could be next on the list of less well-known AFC nations making in-roads into the A-League.
"I am enjoying being back in the coaching jungle, literally, on the Island of Borneo," added Phillips. "And for A-League clubs more importantly, even the second division here has players with potential to make an impact in the A-League."
Have YOUR say - What do you think about "Malaysian Gems For A-League"? Tell us NOW in the comment section below.
http://au.fourfourtwo.com/news/128697,malaysian-gems-for-aleague.aspxPiala Obama 2010
Jadual Perlawanan Harimau Muda A
Green Soccer Bowl
Venue : Pontiac Silverdome, Detroit, Michigan
Mei 20 2010 (Kha) :
Puerto Rico v Malaysia (8pm/ Waktu Malaysia Mei 21 08:00)
Mei 22 2010 (Jum) :
Puerto Rico/Malaysia v Nigeria (B Team ) ((6pm /Waktu Malaysia Mei 21 06:00)
Kenya v Ghana (B Team) (8pm/ Waktu Malaysia Mei 23 08:00)
Mei 23 2010 (Jum) :
Consolation games : 6pm
Championship : 8pm
Skuad Harimau Muda A yang juga merupakan pasukan Bawah 21 tahun (B-21) tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menimba pengalaman berharga ketika kesempatan menyertai Pertandingan Bola Sepak Jemputan Piala Presiden Amerika Syarikat (AS) - Piala Obama di Michigan.
Ini kerana, bukan calang-calang pasukan yang turut serta dalam kejohanan selama dua minggu itu. Trio Afrika, Kenya, Ghana dan Nigeria sudah mengesahkan penyertaan selain Puerto Rico, Argentina dan tuan rumah, Amerika Syarikat.
Justeru, Harimau Muda akan menggunakan tempoh lebih seminggu ini untuk berehat dan memperkemaskan beberapa aspek penting permainan sebelum berlepas ke Amerika Syarikat pada 17 Mei depan.
Jurulatih, Azraai Khor Abdullah akan menggunakan 24 pemain sedia ada bagi kempen itu. Berita gembira menyelubungi skuad B-21 apabila dijangka menurunkan kesebelasan terbaiknya selepas kesemua pemain dilaporkan telah pulih daripada kecederaan dan mula menyertai latihan. Hanya A.Thamil Arasu sahaja yang memerlukan tempoh seminggu lagi untuk pulih sepenuhnya.
Pertandingan kompetitif sedemikian merupakan salah satu usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membentuk skuad mantap dalam usaha melaksanakan misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Jakarta.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad berkesempatan mengunjungi pasukan itu yang kini berpangkalan di Vion, Slovakia dan sempat berpesan hanya yang terbaik sahaja yang akan dikekalkan sebagai amanat buat para pemain.
Piala Obama dijangka tetap meriah dan dianggap 'pembuka selera' kerana ianya melibatkan perlawanan kempetitif selepas rata-rata liga bola sepak di seluruh dunia berehat sementara sepak mula Piala Dunia.
Perkembangan ini menggembirakan Azraai Khor dan berkata, "Ini ada lah satu peluang dan pengalaman yg amat baik untuk pasukan muda saya.Kami tidak akan mendapat peluang sebagini di lain kejohanan yg kami sertai dan kami sedang menyiapkan diri untuk kejohanan ini dari Slovakia."
Sekalipun beberapa pasukan seperti Ghana dan Nigeria memutuskan untuk menghantarkan pasukan yang terdiri daripada pemain domestik, ia tetap cabaran besar dan pendedahan terbaik buat Harimau Muda A.
Nigeria yang gagal layak bertanding dalam Piala Benua Afrika (CHAN) akan menggunakan kesempatan ini untuk memberi pendedahan kepada pemain.
Kenya pula, akan menurunkan barisan terbaiknya sebagai penghormatan kepada Presiden AS, Barack Obama yang berketurunan daripada sana.
Harimau Muda perlu mengharungi satu perlawanan pada 15 Mei bertemu dengan Slovan Duslo Šaľa sebelum berlepas ke AS. Malah, Harimau Muda juga telah membuat rayuan melalui ejen di Slovakia bagi menangguhkan perlawanan menentang kelab Ruzomberok B pada 22 Mei nanti.
Harimau Muda A akan melengkapkan jadual dalam Liga Remaja Slovakia itu dengan MFK Zemplín Michalovce (29 Mei).
http://www.stadiumastro.com/Othersports/OtherSportsArticle/tabid/171/newsId/76320/Default.aspx
TERKINI: Keputusan TM Liga Super 2010 (15 Mei)
Keputusan sebelum ini, iaitu perlawanan hari Jumaat (14 Mei 2010) , Perak menang 2-0 kalahkan Pahang di halaman sendiri.
Kedah
| 1 - 0
| Johor
|
Saturday, May 15, 2010
Kuiz Klasik Bolasepak Malaysia
Kuiz Klasik Pusingan 1 (12 May - 26 May 2010)
Pada tahun 1926, Persatuan Negeri Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka dan Persatuan Bolasepak Amatur Singapura telah bergabung menubuhkan sebuah persatuan bernama MFA.
Tujuan MFA pada masa itu adalah untuk membentuk sebuah pasukan Malaya untuk bermain dengan pasukan Australia yang sedang melawat Singapura.
Apakah nama penuh MFA?
Sila hantar jawapan anda ke kuizklasik@malaysiansuperleague.com
Peraturan-peraturan penyertaan adalah seperti berikut:-
1) Penyertaan adalah melalui e-mel sahaja. Hanya penyertaan yang dihantar ke kuizklasik@malaysiansuperleague.com akan dilayan.
2) Setiap penyertaan mesti disertai dengan NAMA, No. IC, No. TELEFON, ALAMAT dan Pusingan keberapa Kuiz.
3) Tempoh penyertaan untuk setiap pusingan kuiz adalah 2 minggu atau 14 hari dari kuiz soalan yang disiarkan di laman web www.malaysiansuperleague.com.
4) Hanya 2 pemenang untuk setiap pusingan kuiz.
5) Setiap individu dihadkan kepada satu penyertaan sahaja.
6) Kuiz ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
7) Malaysia Super League Sdn Bhd mempunyai hak mutlak untuk memilih pemenang untuk setiap pusingan kuiz.
8) Kakitangan FAM dan MSL tidak dibenarkan menyertai kuiz ini.
Hadiah-hadiah yang menanti setiap pemenang:-
Thursday, May 13, 2010
Latihan pusat kebangsaan
Safee yang kali terakhir menyarung jersi negara pada tahun lalu, adalah antara lapan penggempur yang disenaraikan dalam skuad pelatih yang dijadual berkampung di Antalya, Turki dari 10 hingga 20 Jun depan.
Turut disenarai ialah penjaring terbanyak sejauh ini, Ashaari Shamsuddin, Zaquan Adha Abdul Radzak dan dua penyerang Harimau Muda A, Shakir Ali (gambar) dan Izzaq Faris Ramlan.
Setakat 11 Mei, Safee berkongsi kedudukan di tangga kedua dalam carta penjaring dengan 10 gol bersama penyerang Kedah, Azlan Ismail. Ashaari pula mengumpul 11 gol manakala seorang lagi penyerang yang tersenarai, Norshahrul Idlan Talaha, mencatat sembilan gol.
Selain Shakir dan Izzaq, Rajagobal turut menyenaraikan tiga pemain Harimau Muda A – bek tengah Muslim Ahmad, pemain pertahanan kiri Mahali Jasuli dan pemain tengah bertahan, K. Gurusamy. Kelima-limanya bersama pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah di Slovakia.
Latihan pusat bertujuan bersiap menghadapi Sukan Asia dan Piala AFF bermula pada 7 Jun. Sekembalinya mereka dari Turki, pasukan kebangsaan kekal menjalani latihan di Wisma FAM sehingga 9 Julai.
Skuad pelatih –
Penjaga gol: Farizal Marlias (Per), Sharbinee Allawee (Ter), Khairul Fahmi Che Mat (Kel)
Pertahanan: Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Aidil Zafuan Abdul Radzak (NS), Muhaimin
Omar (Ter), Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Bunyamin Umar (Sel), V. Thirumurugan, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari (Ked), Muslim Ahmad, Mahali Jasuli (HM A)
Tengah: K. Gurusamy (HM A), Safiq Rahim (Sel), S. Kunanlan (NS), Amar Rohidan (Per), Faizal Abu Bakar, Khyril Muhymeen Zambri (Ked), S. Harivarman (Pol)
Penyerang: Safee Sali (Sel), Ahmad Fakri Saarani (Per), Shakir Ali, Izzaq Faris Ramlan (HM A), Baddrol Bakhtiar (Ked), Ashaari Shamsuddin (Ter), Zaquan Adha Abdul Radzak (NS), Norshahrul Idlan Talaha (Kel).
Bil. | Nama Pemain | Kelab/Negeri |
1 | Mohd Farizal Marlias | Perlis |
2 | Amar Rohidan | Perlis |
3 | Ahmad Fakri Saarani | Perlis |
4 | Baddrol Bakhtiar | Kedah |
5 | Mohamad Azmi Muslim | Kedah |
6 | Mohamad Faizal bin Abu Bakar | Kedah |
7 | Mohd Khyril Muhymeen | Kedah |
8 | Mohd Sabre bin Mat Abu | Kedah |
9 | Khairul Helmi Johari | Kedah |
10 | Thirumurugan a/l Veeran | Kedah |
11 | Mohd Asraruddin Putra | Selangor |
12 | Mohd Bunyamin Umar | Selangor |
13 | Mohd Nasriq Baharom | Selangor |
14 | Mohd Safee Mohd Sali | Selangor |
15 | Safiq Rahim | Selangor |
16 | Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak | Negeri Sembilan |
17 | Mohamad Zaquan Adha Abd Razak | Negeri Sembilan |
18 | Kunalan Subramaniam | Negeri Sembilan |
19 | Mohamad Ashaari Samsudin | Terengganu |
20 | Mohamad Muhaimin bin Omar | Terengganu |
21 | Mohd Sharbinee Allawee | Terengganu |
22 | Norshahrul Idlan Talaha | Kelantan |
23 | Khairul Fahmi Che Mat | Kelantan |
24 | Norhafiz Zamani Misbah | Kuala Lumpur, PLUS FC |
25 | Harivarman a/l Suntha Ralingam | PDRM |
26 | Mohammad Muslim Ahmad | Harimau Muda |
27 | Ahmad Shakir Md Ali | Harimau Muda |
28 | Gurusamy Govandar Kandasamy | Harimau Muda |
29 | Mahalli Jasuli | Harimau Muda |
30 | Izzaq Faris Ramlan | Harimau Muda |
Wednesday, May 12, 2010
Keputusan Liga Super 11 Mei
Dua jaringan menerusi sepakan percuma pemain tengah, Badhri Radzi, menyumbang kepada kemenangan Kelantan di Johor malam tadi.
Kemenangan 4-1 itu dalam satu-satunya pertemuan Liga Super membolehkan anak buah B. Sathianathan kekal di tangga kedua mengejar pendahulu Selangor. Kelantan kini mengumpul 32 mata daripada 15 perlawanan berbanding Selangor 35 dengan 14 perlawanan.
Badhri atau dikenali dengan nama gelarannya Piya membuka tirai jaringan pada minit ke-15 menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter yang tepat menerjah jaring menewaskan penjaga gol Johor, Md Amrol Jaihan.
Rosaiful Nizam menyamakan kedudukan pada minit ke-21 tetapi Indra Putra Mahayuddin menyempurnakan penalti pada minit ke-32.
Badhri sekali lagi menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-44 sebelum pemain Johor, Radzi Jasman, tertampan hantaran Norshahrul Idlan Talaha ke gawang sendiri pada minit ke-77.
Tuesday, May 11, 2010
Liga FAM
Liga FAM, tahap ketiga tertinggi dalam Liga M, dikuasai oleh Sime Darby FC.
Dibentuk hanya tahun ini oleh konglomerat gergasi Sime Darby, kelab bimbingan Ismail Zakaria ini sudahpun menampakkan taringnya dengan mencatat rekod tanpa kalah menerusi 11 perlawanan setakat ini.
Sembilan kemenangan dan dua seri memastikan Sime Darby di puncak Liga FAM dengan mengutip 29 mata, disusuli oleh SDM Kepala Batas dengan 23 mata dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA FC) di tangga ketiga dengan 21 mata.
Diketuai bekas pemain kebangsaan Mohd Nor Ismail, Sime Darby dijangka tidak berdepan masalah layak ke Liga Perdana tahun depan, sebelum mengintai tempat ke Liga Super pada 2012.
Selain Mohd Nor, Sime Darby menaruh harapan kepada gandingan Faizal Esahar di bahagian tengah dan Mohizam Shah Dawood di jentera serangan selain bekas bek kiri Perak dan KM Naza, M. Ravinthiran.
Sunday, May 9, 2010
Keputusan Liga Super 8 Mei
NEGERI SEMBILAN 0 T-TEAM 1
KUALA LUMPUR 2 P. PINANG 0
KL PLUS 1 PERAK 1
PAHANG 3 KELANTAN 3
TERENGGANU 1 KEDAH 1
JOHOR 3 PERLIS 2
KELANTAN terpaksa menanti pada saat akhir untuk mengutip satu mata apabila diikat 3-3 oleh Pahang di Kuantan malam tadi.
Jaringan waktu kecederaan Nizad Ayub menyelamatkan Kelantan daripada kekalahan dan memastikan anak buah B. Sathianathan tidak ketinggalan lebih jauh kepada pendahulu liga Selangor yang menewaskan Johor FC 4-1 pada Jumaat.
Sekalipun membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Nor Farhan Muhammad, Kelantan bocor tiga gol apabila Azamuddin Akil pada minit ke-34 dan Hasmizan Kamarodin (37 dan 46) mencatat nama dalam senarai penjaring.
Hanya pada minit ke-88 Kelantan merapatkan kedudukan menerusi S. Chanturu sebelum Nizad memastikan Perwira Merah membawa pulang satu mata ke Kota Bharu.
Di Seremban, Abdul Hadi Yahaya meledakkan jaringan pada minit terakhir untuk melenyapkan ego Negeri Sembilan yang melihat kaptennya, Rezal Zambery Yahya diperintah keluar padang.
Johor pula mencatat kemenangan 3-2 ke atas Perlis manakala Kuala Lumpur menumpaskan Pulau Pinang 2-0. KL Plus dan Perak terikat 1-1 manakala Terengganu dan Kedah juga terikat dengan keputusan yang sama.
kedudukan terkini :
Selangor 14 35
Kelantan 14 29
Terengganu 14 27
Johor FC 14 25
Terengganu PBDKT T.. 14 21
Kedah 14 20
Negeri Sembilan 14 20
Perlis 14 20
Kuala Lumpur 14 19
Pahang 14 17
Perak 14 13
Kuala Lumpur, PLUS.. 14 12
Johor 14 10
Pulau Pinang 14 8