Turun tanpa kapten dan tonggak tengah K Gurusamy yang diketepikan berikutan kecederaan pangkal paha yang dialaminya dalam kekalahan 4-1 minggu lalu menentang FK Slovan Duslo Sala, gawang Malaysia dibolosi pada minit ke-41 hasil sepakan sepakan sudut lawan dan minit ke-66 dari hantaran lintang.
Jurulatih pasukan, Mohd Azraai Khor Abdullah melihat perlawanan itu dari segi positif dengan memuji aksi mereka yang menunjukkan peningkatan berbanding minggu lalu.
Minggu lalu anak-anak buah Azraai Khor Abdullah itu juga tewas 1-4 kepada Slovan Duslo Sala di gelanggang lawan pada aksi sulung mereka dalam saingan liga tersebut.
Namun, mereka telah mempamerkan peningkatan apabila berjaya mengikat skuad simpanan MSK Zilina 2-2 pada aksi persahabatan dengan kelab yang pasukan utama mereka beraksi dalam Liga Divisyen Satu Slovakia, Liga Corgon.
Namun, pemain-pemain muda negara tetap memberikan saingan sengit kepada Ruzombe rok B terutama pada aksi separuh masa ke- dua.
Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-78 tetapi tandukan Izzaq Faris Ramlan yang menerima hantaran lintang Fandi Othman ter- sasar biarpun dia tidak dicabar lawan.
Skuad B-21 negara akan bertemu FK Michalovce pada aksi ketiga Liga I pada Sabtu ini.
Namun, semalam mereka sempat mengadakan satu perlawanan persahabatan bertemu FK Topolocany yang beraksi dalam Liga Divisyen Tiga Slovakia, Liga II bagi memberi peluang kepada pemain-pemain yang tidak diturunkan ketika bertemu Ruzomberok B untuk beraksi.