KELIBAT tiga pemain utama - sayap kanan S Kunalan, penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah Baddrol Bakhtiar mungkin tidak kelihatan dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Yaman di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini kerana masih di belenggu masalah kecederaan.
Begitupun, tiada apa yang merisaukan jurulatih kebangsaan K Rajagobal kerana dia memiliki lapan muka baru yang akan dinilai prestasinya dalam perlawanan itu.
“ Kunalan dan Norshahrul mungkin tidak dapat beraksi sementara kemunculan Baddrol mungkin terpaksa dipertimbangkan sekiranya kecederaan yang dialami tidak begitu serius. Apa pun ia bergantung kepada kecergasannya nanti,” kata Rajagobal.
“Ia bergantung kepada situasi. Mungkin ada satu atau dua pemain baru akan beraksi pada separuh masa pertama atau mungkin saya akan masukkan mereka pada aksi separuh masa kedua.”
Menurutnya, menang atau kalah bukan sasaran utama dalam perlawanan malam ini, tetapi lebih kepada menimba pengalaman dan dan menunjukkan peningkatan terutama di kalangan pemain baru itu.
“Yaman adalah sebuah pasukan yang kuat, sebelum ini mereka berjumpa Bahrain, Jepun dan Kenya dan kesanggupan mereka untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kita adalah satu pendedahan yang perlu digunakan sebaik mungkin.”
Ranking Dunia dan Asia
Pasukan | FIFA | AFC |
Malaysia | 159 | 34 |
Yemen | 105 | 16 |
Okt 18 1984 | Malaysia | 4-1 | Yemen | Calcutta | Continental Qualifier |
Sep 08 1990 | Malaysia | 0-1 | Yemen | Kuala Lumpur | Friendly |
HARGA TIKET : DEWASA RM 10.00/ KANAK-KANAK RM 5.00
MASA TIKET DI JUAL : 5.30 PETANG
MASA PINTU DI BUKA : 6.45 PETANG
TIKET DI JUAL DI GATE BIRU BERDEKATAN DENGAN MSN, PINTU MASUK JUGA DI GATE BIRU.