Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, August 29, 2011

Baiki ranking jika mahu tembus pasaran dunia


Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemain-pemain pasukan kebangsaan supaya membaiki kedudukan ranking negara di peringkat antarabangsa.

Tegas beliau, ia penting jika mereka berhasrat untuk bermain dalam pasukan liga antarabangsa termasuklah Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Mungkin pemain-pemain kita ada sedikit sebanyak peluang tetapi disebabkan pasukan kebangsaan kita kedudukan terlalu bawah menyebabkan mereka tidak dipilih.

“Mereka (FA) ada dasar mereka dengan hanya boleh menerima pemain daripada negara pada kedudukan 70 ke atas sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini, semalam.

Tambah Tengku Abdullah, ini merupakan satu peringatan kepada pasukan kebangsaan supaya dapat membaiki kedudukan di peringkat antarabangsa.

“Kalau boleh kita perlu membaiki ranking kita bukan sekadar kita menang Sukan SEA atau Piala Suzuki tetapi apa yang lebih penting lagi adalah di peringkat Piala Asia dan Sukan Olimpik,” ujarnya.

Dalam pada itu Tengku Abdullah turut berbangga kerana ramai pemain negara diberi peluang untuk bermain di peringkat antarabangsa.

“Saya percaya dengan adanya peluang ini akan memberi keyakinan kepada pemain itu untuk lebih bersemangat beraksi di mana-mana sahaja.

“Para pemain yang ditawarkan untuk bermain di peringkat antarabangsa juga perlulah mempamerkan permainan yang bermutu bagi membolehkan mereka diberi kontrak yang lebih lama,” katanya.

Utusan Online

Saturday, August 27, 2011

Masalah: Perlawanan Persahabatan Dengan Skuad Kanggaru dan Pertembungan Jadual Sukan SEA dan Kelayakan Olimpik Pusingan Akhir

MASALAH DEMI MASALAH MELANDA FAM KETIKA INI.

1. Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia Menganggu Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya dengan Skuad Kanggaru:

Kita sedia maklum bahawa pasukan KANGGARU ingin mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan HARIMAU MALAYA pada 7 oktober 2011.


Masalah yang dihadapi ketika ini ialah FFA ingin mengadakan perlawanan ini pada 7 Okotber 2011, dan Suku Akhir Piala Malaysia akan berlangsung pada keesokan harinya 8 Oktober 2011.


FAM akan membuat keputusan melalui Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd Amin sama ada hendak MEROMBAK jadual Perlawnan Piala Malaysia atau memutuskan dengan meneruskan jadual perlawanan tanpa kelibat pemain kebangsaan atau mengikut kata Menteri KBS iaitu membuat alternatif dengan menunda perlawanan ini pada 9 Oktober.


FFA beri malaysia membuat keputusan untuk menetapkan tarikh perlawanan persahabatan dengan Malaysia, FFA bercadang untuk mengadakan perlawanan ini pada 9 Oktober.


2. Pertembungan Jadual Bola Sepak Sukan SEA Dengan Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Akhir:


Kedua-dua kejohanan penting buat pasukan olimpik negara. Ia kerana Pasukan Negara perlu memPERTAHANKAN Pingat EMAS Sukan SEA 2011. Manakala untuk Kelayakan Olimpik kita mestilah sekurang-kurangnya mengutip mata untuk perlawanan.


Pertembungan tarikh perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA pada 22 November dengan perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik bertemu Syria (23 November) hanya akan terarah kepada dua kemungkinan – skuad Olimpik terpaksa melupakan final Sukan SEA atau Syria berkorban masa untuk memberi laluan kepada Malaysia mempertahankan pingat emas temasya Asia Tenggara itu. 


FAM sudah menghantar permohonan kepada Syria dan AFC untukmenunda tarikh perlawanan dari 23 kepada 24 November, dan menurut Setiausaha Agung FAM, ada tanda-tanda positif daripada kedua-dua pihak berkenaan.


Difahamkan Pihak Syria telah pun bersetuju dengan permohonan malaysia.


Skuad Olimpik di bawah kendalian Ong Kim Swee diberi tanggungjawab untuk memikul kedua-dua tugasan iaitu Saingan Sukan SEA dan Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Akhir.


-DOAKAN YANG TERBAIK BUAT BOLA SEPAK MALAYSIA-

Safiq Ke Cardiff


KAPTEN skuad kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.
Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan. Ini kerana pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah safiq bakal menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti.

Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.
Majulah Bola Sepak Malaysia!!

Thursday, August 25, 2011

Keputusan Skuad Olimpik Sepanjang Berada Di Slovakia


Keputusan Terakhir jelajah skuad Olympik di Slovakia:
= FK Slovan Levice 0 vs 1 Olympic Malaysia
Penjaring: (3') Mohd Izuan Salahuddin
~ ini perlawanan terakhir Malaysia di Slovakia ~

Keputusan Penuh:
= (M) Harimau Muda 1-0 FK Bodva Moldava nad Bodvou
= (M) Harimau Muda 2-1 MFK Topvar Topolcany
= (M) Harimau Muda 2-1 MFK Tatran Liptovský Mikuláš
= (K) Harimau Muda 1-4 Budapest Honved FC
= (M) Harimau Muda 2-0 MFK Dolný Kubín
= (K) Harimau Muda 0-1 FC Nitra
= (M) Harimau Muda 1 vs 0 FK Slovan Levice



Selepas Ini Skuad Olimpik akan mengadakan Perlawanan Persahabatan Antarabngsa iaitu menetang: 


8 September 2011 
-: Malaysia Olympic vs Arbil SC (Friendly)
14 September 2011
-: Malaysia Olympic vs Oman Olympic (Friendly)


Skuad negara bakal memulakan cabaran pada pusi- ngan akhir Kelayakan Olimpik Zon Asia dengan bertemu Jepun di Tosu, Fukuoka pada 21 September depan.

Sementara itu, Antara pemain malaysia yang bertuah kerana mereka telah diberi kontrak PINJAMAN selama 3 bulan untuk kelab slovakia iaitu FC Vion, mereka akab berlatih sehingga Nov ini.

TRIO negara ini juga tidak akan berlatih bersama-sama skuad olimpik yang lain pd 1 September ini.

Tetapi mereka akan ke JEPUN untuk menghadapi perlawanan Kelayakan Olimpik Pusingan Akhir yg bermula 21 September ini.






Wednesday, August 24, 2011

Trio Malaysia dipinjam ke Vion FC dan Safee sali diberi peluang berlatih di QPR

Wan zack,irfan fazail dan fadhli shas, ditawarkan kontrak sebagai pemain pinjaman kelab Fc Vion di corgon liga Slovakia,Sebagai Permulaan mereka dipinjam selama tiga bulan sehingga bulan November ini..


Safee Sali diberi peluang berlatih di QPR

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap langkah membawa pemain kebangsaan berlatih dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) oleh pemilik kelab itu merupakan satu usaha yang positif.


Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, (gambar) walaupun pemain negara tidak dapat beraksi dalam liga tersebut tetapi masih banyak cara lain untuk pemain kebangsaan mendapat kelebihan atas pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd.

"Kita kena sedar bahawa untuk beraksi di EPL adalah sesuatu yang mustahil kerana undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya membenarkan pemain dari negara yang menduduki ranking dunia 70 ke bawah sahaja untuk bermain di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, walaupun tidak dapat beraksi tetapi pemain kebangsaan masih mempunyai manfaat di atas pembelian syarikat Malaysia ke atas kelab tersebut, misalnya mengadakan kem latihan di sana.

"Kita harus akur walaupun menjadi pemilik kelab tetapi kita tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh FA, jadi fokus utama yang lebih realistik adalah menjalani ujian (trial) ataupun berlatih bersama QPR sahaja,'' ujarnya.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim berkata, terdapat dua alasan yang hampir mustahil untuk menyaksikan Safee muncul sebagai pemain bola sepak Malaysia yang bergaji di EPL iaitu syarat ketat permit kerja bagi warga bukan England dan ranking dunia skuad kebangsaan yang jauh daripada senarai 100 ke bawah.

"Saya dapati Thaksin (Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand yang pernah beli Manchester City pada 2007) pun tidak mampu menempatkan tiga pemain negaranya (Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda) dalam pasukan utama The Citizens.

''Mereka tidak pernah bermain langsung dan ia mungkin kerana kuasa mutlak pengurus pasukan (ketika itu, Sven-Goran Eriksson) yang lebih memahami percaturan permainan," jelasnya.
UTUSAN

Tuesday, August 23, 2011

3 pemain skuad olimpik negara dipinjam kelab slovakia selama tiga bulan


Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.
Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.
Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya.
"Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah.
"Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik.
"Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee ketika dihubungiKosmo! di Slovakia semalam.
Selepas enam perlawanan, ViOn kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi padaplayoff Liga Europa.
Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol.
Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah.
Mereka bagaimanapun akan tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011, November depan.
Dalam pada itu, Kim Swee mahu menjadikan dua perlawanan terakhir di Slovakia bertemu kelab Liga Corgon, FC Nitra malam ini dan kelab Liga 1 Slovakia, Levice malam esok sebagai medan memilih 25 pemain bagi menghadapi Jepun, 21 September depan.
"Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice.
"Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini," jelas Kim Swee.
KOSMO

Sunday, August 21, 2011

Malaysia tunduk kepada Canada


Skuad bola sepak negara beraksi di saingan penentuan tempat ke-11 dan 12 selepas dibelasah teruk 5-1 oleh Kanada pada kempen Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 petang semalam. Selepas Pasukan Universiade Malaysia berjaya menewaskan Thailand di suku akhir penentuan tempat 9th-16th dua hari lepas, Malaysia ingin memburu untuk mendapat tempat ke-9 bila kemenangan atas Thailand memberi semangat kepada Malaysia.
Pada aksi di Stadium Sekolah Sukan Shenzhen tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang bahaya dalam usaha untuk mendapat gol pertama.
Bagaimanapun, pintu gol Malaysia dibolosi pada minit 8 selepas penyerang Kanada, Gagandeep Dosanjh berjaya melepasi kawalan penjaga gol skuad negara, Norhadi Ubaidillah yang mempunyai kecederaan rengan.
Tersentak dengan gol awal tersebut, Malaysia cuba bangkit untuk memburu gol penyamaan menerusi penyerang pasukan, Khairul Naim Mahyuddin, Muhammad Afham Zulipeli, Fahrul Razi Kamaruddin dan kapten, K. Reuben.
Peluang terbaik skuad bimbingan Aminuddin Hussin itu hadir pada minit ke-22 apabila Kapten 1 on 1 bersama Goalkeeper, tetapi dipersiakan oleh Reuben. Seminit kemudian, giliran Afham pula melepaskan peluang terbaik selepas gagal menanduk kemas hantaran lintang Reuben.
Aminuddin terpaksa mengeluarkan Norhadi yang mengalami kecederaan dan posisi penjaga gol itu digantikan dengan Muhamad Nor Haziq di minit ke-33. Namun Kanada berjaya menambah gol kedua pada masa kecederaan babak pertama menerusi kapten, Jamaal Smith yang menanduk masuk senang. Dominic Antonini menjaringkan goal ketiga hasil satu sepakan penalti selepas Fahrul Razi menerjah keras pemain lawan.
Malaysia berjaya merapatkan jurang pada minit ke-56 apabila Reuben menyumbat masuk bola yang melantun selepas percubaan pemain gantian, Muhamad Nursalam Zainal Abidin terkena tiang.
Begitupun, jaringan itu tidak melemahkan semangat para pemain Kanada untuk memburu gol keempat hasil tandukan Jerson Barandica Hamilton dan Joshua Northey mendapat goal ke-5 Kanada hasil sepakan sudut pada masa kecederaan babak kedua.
Selepas ini, Malaysia akan bermain pada aksi penentuan tempat ke-11 dan 12 dan akan bertemu Pasukan University Czech Republic untuk merebut tempat ke-11 di 22 August 2011.

Friday, August 19, 2011

Skuad Olimpik ke China


FAM semalam mengesahkan bahawa skuad Olimpik negara bakal menjalani latihan di China bermula 9 September depan.
INI sebagai persiapan terakhir sebelum skuad B-22 negara itu terus terbang ke Tosu, Fukuoka untuk menghadapi Jepun pada aksi sulung pusingan akhir Kelaya- kan Olimpik 2012, 21 September depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, lokasi latihan dan tempat penginapan untuk skuad negara di China sudah pun diperoleh.
TETAPI kita masih belum mendapatkan pengesahan untuk mendapatkan dua perlawanan persahabatan menentang kelab China.

Dua lagi perlawanan bakal menyusul selepas mereka pulang ke tanah air pada 28 Ogos.
Kem latihan pusat akab bermula 1 September ini di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Monday, August 15, 2011

Malaysia U16 tempat ke 3 Kejohanan Remaja Hokkaido 2011

Hokkaido Youth Tournament 2011:
U16 Malaysia 4 vs 2 u16 Hyugo

1st U16 Hokkaido (Juara)
2nd U16 Hyugo (Naib Juara)
3rd U16 Malaysia
4th U16 Seoul 



NEXT MAS U16 AKAN MENENTANG ETON COLLEGE DARI ENGLAND:


26th August 2011 : U16 Malaysia vs Eton College (England)
28th August 2011 : U17 Malaysia vs Eton College (England)
1st September 2011 : U17 Pahang vs Eton College (England)
3rd September 2011 : U18 Pahang vs Eton College (England)


Sunday, August 14, 2011

Keputusan Perlawanan Pasukan U16 Malaysia di Kejohanan Hokkaido Youth Tournament 2011

Hokkaido Youth Tournament 2011:


PERLAWANAN PERTAMA:
MAS U16 0-5 HOKKAIDO U16


PERLAWANAN KEDUA:
MAS U16 0-1 SEOUL U16


PERLAWANAN KETIGA: 
MAS U16 VS HYOGO U16 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails