Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, June 6, 2010

Pengadil Negara Akan Beraksi Pada Perlawanan Pembukaan Piala Dunia

Pengadil Negara Akan Beraksi Pada Perlawanan Pembukaan Piala Dunia

IPOH, 6 Jun (Bernama) -- Malaysia tidak bertanding pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula 11 Jun ini tetapi wakil negara akan "beraksi" pada perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico sebagai pengadil.

Pengadil Subkhidin Mohd Salleh, 44, bakal mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Subkhidin adalah wakil Malaysia yang pertama dipilih sebagai pengadil untuk perlawanan Piala Dunia.

"Baru tadi saya diberitahu oleh urusetia Persatuan Bola Sepak Malaysia bahawa Subkhidin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan," katanya kepada pemberita di sini.

"Walaupun sebagai pengadil keempat, ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan," katanya.

Raja Ahmad Zainuddin berkata pemilihan Subkhidin, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu merupakan satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara.

Subkhidin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.

Sebanyak 30 pengadil akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu.

Dua pengadil Malaysia lain pernah dipilih sebagai pembantu pengadil kejohanan itu iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.

Pada kejohanan kali ini, FAM akan mempunyai dua lagi pegawai yang turut terlibat iaitu Datuk Dell Akhbar Khan dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang.

-- BERNAMA

AFC Festival U14

Malaysia Tewaskan Vietnam 3-0

KOTA KINABALU, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia menewaskan Vietnam 3-0 dalam

perlawanan pada Pesta Gabungan Bolasepak Asia (AFC) Asia Tenggara 2010 bawah 14 tahun di Stadium Likas di sini, Sabtu.

Malaysia, yang dibarisi oleh sembilan pemain Sekolah Sukan Bandar Penawar, melakukan serangan demi serangan pada kebanyakan separuh masa pertama.

Muhd Aiedil Shafiq membuka jaringan bagi Malaysia menerusi satu sepakan penyudah yang baik pada minit ke-12.

Akram Asidi yang menerima hantaran daripada Muhd Aiedil berjaya menembusi barisan pertahanan Vietnam untuk menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-34.

Akram menjadi wira pasukan negara apabila berjaya menjaringkan gol ketiga negara pada minit ketiga separuh masa kedua.

Malaysia akan bertemu Singapura pada Ahad dan perlawanan terakhir berhadapan Laos pada sebelah petang.

-- BERNAMA

Kami menyediaka


Pasukan uatama Malaysia menewaskan pasukan kedua Vietnam 2-0 pada hari kedua Festival Bolasepak AFC bawah 14 tahun di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Sebagaimana tahun sebelumnya, festival ini tidak mengambil kira sistem mata atau apa-apa kejuaraan. Objektif AFC adalah untuk memberi peluang para pemain muda beraksi pada peringkat antarabangsa.


Pemain Malaysia, Amirul Shafiq Isa Sham merembat masuk gol kedua negara ketika menentang Vietnam.


Sabah, 2 Jun - Majlis Pembukaan Festival Bolasepak AFC U14 berlangsung dengan jayanya pagi semalam. Setiap negara dipecahkan kepada 2 pasukan untuk memberi peluang kepada seramai mungkin pemain beraksi. Pasukan negara yang dibimbing oleh jurulatih Khalid Shahdan bermula cemerlang apabila menundukkan Indonesia 1-0 pada perlawanan pertama selepas acara pembukaan manakala pasukan kedua Malaysia hanya sekadar seri 1-1 dengan Filipina.

Semua perlawanan pada sebelah petang terpaksa dibatalkan apabila hujan turun dengan lebat semenjak pukul 3 ptg berlarutan hingga 5.30 ptg. Perlawanan seterusnya pada hari kedua akan diteruskan berdasarkan jadual yang disediakan pada 3 Jun.


Aksi perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia.


'Si manis' bersama para pemain dan pegawai pasukan negara.


Barisan VVIP dari AFC, FAM dan KBS, Sabah di Majlis Pembukaan Festival AFC U14.


Tidak lupa juga acara kebudayaan bagi memeriahkan lagi majlis.


Skuad negara diuji tiga kelab Liga Rusia


SKUAD bola sepak negara memulakan latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak kelmarin sebagai persiapan mengadakan beberapa aksi persahabatan menentang kelab Liga Rusia.


SKUAD bola sepak kebangsaan bakal berdepan empat kelab dari Liga Rusia yang telah memberi pengesahan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sepanjang mereka berada di Antalya, Turki pada 10 hingga 20 Jun ini, lapor HELMI TALKAH.

Bagaimanapun jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal menje- laskan bahawa hanya tiga da ri- pada empat kelab tersebut akan dipilih sebagai lawan skuad kendaliannya itu memandangkan waktu mereka yang sangat singkat di Turki.

"Empat kelab yang telah memberi pengesahan adalah Alania Vladikavkaz, Terek Vrozny, Sheniss Tiras dan Inter Baku Azerbajan dan keempat- empat kelab ini beraksi dalam divisyen satu Liga Rusia.

"Memandangkan kami hanya akan berada di Turki selama 10 hari, perbincangan akan dilaku- kan dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memilih tiga kelab sahaja bagi tujuan aksi persaha- batan tersebut.

"Sekiranya keadaan mengizin- kan, saya tidak menolak kemungkinan kami akan menentang keempat-empat kelab tersebut," jelas Rajagopal ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Tambah Rajagopal, kesudian keempat-empat kelab tersebut untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik yang perlu dimanfaatkan oleh barisan pemain skuad kendaliannya itu.

"Ini merupakan satu peluang pendedahan buat pemain-pemain dan persiapan terbaik sebelum kita turun menentang Cardiff City, Korea Selatan B-23 dan Real Madrid.

"Perlawanan menentang kelab-kelab dari Rusia ini juga bakal memberi persaingan kompetitif kerana mereka dibarisi pemain-pemain profesional dan beraksi buat pasukan negara masing-masing.

"Seperti yang kita sedia maklum, tidak banyak pasukan yang mahu mengadakan perlawanan persahabatan ketika ini memandangkan saingan Piala Dunia akan bermula tidak lama lagi.

"Justeru, ini merupakan peluang terbaik dan kita seharus- nya tidak mempersiakan-siakannya," tambahnya.

Seramai 30 pemain telah dipanggil bagi menjalani latihan pusat skuad kebangsaan kali ini, namun hanya 24 sahaja akan dibawa ke Turki.

kosmo

Friday, June 4, 2010

Kunjungan Real Madrid ke Malaysia hanya tunggu lampu hijau

vs

Kunjungan Real Madrid ke Malaysia semakin menjadi kenyataan.

Persatuan Bola Sepak (FAM) mendedahkan perbincangan mengenai penganjuran perlawanan itu kini hanya dalam peringkat terakhir bagi kedua-dua pihak mempersetujui beberapa syarat.

Pasukan gergasi Sepanyol itu dijangka akan singgah di Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dalam salah satu kalendar Jelajah Asia pada 14 hingga 21 Ogos depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengumumkan sekiranya perjanjian direalisasikan, maka sepak mula akan diadakan pada jam 10 malam sebagai menghormati bulan Ramadan.

"Secara dasar Malaysia bersetuju namun ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan secara terperinci kerana penganjurannya melibatkan kos tinggi. Ia akan diadakan asalkan kedua belah pihak bersetuju dengan syaratnya," ujar beliau.

Azzudin turut mendedahkan FAM telah menghubungi Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menggunakan kemudahan Stadium Bukit Jalil.

Sekaligus memohon agar perancangan untuk membaiki trek di stadium tersebut yang dijangkakan akan bermula pada pertengahan bulan ini ditangguhkan bagi laluan kepada perlawanan Real Madrid.



Jadual liga terpaksa diubah sebab Cardiff City

Jadual tujuh perlawanan Liga Super terpaksa dianjakkan lebih awal bagi memberi laluan sempena kunjungan Cardiff City ke Malaysia 15-17 Julai depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pasukan-pasukan yang terbabit dalam jadual asal Liga Super pada 17 akan bermain pada 6 Julai selepas diputuskan dalam Mesyuarat Khas Pertandingan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) 2010.

Pengerusi JKPT 2010, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu kepada pemberita mengenai perubahan jadual berkenaan di Wisma FAM , Kelana Jaya sungguhpun mengakui berdepan rungutan daripada pasukan negeri/kelab mengenai perubahan jadual berkenaan selain terpaksa berhadapan dengan demam Piala Dunia.

Tambah Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pula, Kelab Cardiff City yang kini dikuasai oleh tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan sejak bulan lepas, akan membawa pasukan junior dan seniornya ke Malaysia.

Pasukan senior kelab tersebut akan menentang pasukan kebangsaan pada 17 Julai sementara pasukan junior pada 15 Julai.

"FAM kini menunggu pengesahan dari kelab tersebut sama ada pasukan junior mereka itu bawah 19 tahun atau bawah 21 tahun supaya dapat disesuaikan dengan
pasukan junior Malaysia," katanya.

FAM turut mendedahkan skuad negara juga akan berdepan dengan pasukan Bawah 23 tahun (B-23) yang juga merupakan skuad Olimpik Korea Selatan. Perlawanan itu diadakan bagi memperingati hubungan diplomatik selama 50 tahun Malaysia-Korea Selatan.

Bagaimanapun FAM belum membuat keputusan berkenaan venue perlawanan kerana berikutan implikasi kewangan. Namun pertemuan ini akan tetap diteruskan kerana dapat memberi pendedahan yang baik buat pasukan negara sempena menghadapi kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 dan Sukan Asia.

Empat pemain yang bakal beraksi dalam Piala Dunia di Afrika Selatan nanti juga merupakan anggota skuad Olimpik Korea Selatan.

Terlebih dahulu,lawan pasukan Malaysia yang dalam perancangan untuk mengadakan jelajah Turki ketika tempoh rehat Piala Dunia pula masih belum dapat dipastikan lagi. Sebelum ini pasukan negara dijadualkan bakal menentang tiga pasukan tempatan.

Azzuddin berkata kelab Cardiff City, yang kini dikuasai oleh tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan sejak bulan lepas, akan membawa pasukan junior dan seniornya ke Malaysia.

Harimau Muda A diundang ke slovakia lagi

Anggota skuad Harimau Muda A diberi cuti dua minggu selepas pulang dari Slovakia sebelum dituntut melaporkan diri bagi menjalani latihan pusat.

Namun pemain-pemain yang terbabit dengan pasukan kebangsaan pula yang dibawah kendalian K Rajagobal, mereka pula diminta melaporkan diri lebih awal iaitu pada 4 Jun.

Baru sahaja menjejak kaki ke Malaysia Selasa lalu, skuad Harimau Muda A yang menghabiskan masa selama tiga bulan di Slovakia ketika beraksi di Liga Divisyen 1 Bawah 21 tahun telah dijemput untuk beraksi semula ke liga tersebut bagi saingan musim 2010/2011,

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad laporan dari Persatuan Kelab-Kelab Liga (ULK) Slovakia telah diterima semalam berhubung prestasi Harimau Muda berserta jemputan menyertai liga itu semula musim depan.

"Laporan dari ULK Slovakia memberikan reaksi positif mengenai perkembangan dan pencapaian Harimau Muda A, dalam masa yang sama mereka menjemput secara rasmi skuad bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah beraksi semula di sana," katanya padang sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

Jelasnya, FAM masih belum memutuskan untuk menerima penawaran itu tetapi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan akan membawa perkara tersebut kepada Mesyuarat Majlis FAM secepat mungkin.

"Selepas ia dipersetujui Majlis FAM barulah keputusan dibuat, saya rasa perkara ini akan dibincangkan selewat-lewatnya hujung bulan ini, untuk mengetahui sama ada tawaran tersebut diterima atau tidak.



Dengan demikian maka secara automatiknya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguburkan hasrat beberapa pasukan yang sebelum ini ingin mendapatkan khidmat
pemain pasukan itu untuk mewakili pasukan negeri mahupun Sukma.

FAM turut bersetuju untuk melunaskan permintaan ketua jurulatih, Azraai Khor yang bercadang untuk mengadakan latihan di luar kawasan Kuala Lumpur.

Dedah FAM lagi, pihak Liga Divisyen Satu Bawah 21 tahun telah memberi laporan yang positif mengenai Harimau Muda A. Pasukan ini telah dijemputkan untuk mengambil bahagian dalam liga remaja Slovakia.

Liga ini dilangsungkan dalam dua sesi iaitu yang pertama bermula dari Julai hingga November dan sesi berikutnya dari Februari hingga Mei.

Thursday, June 3, 2010

Malaysia lawan Real Madrid 21 ogos 2010

MALAYSIA VS REAL MADRID 21 OGOS

MALAYSIA VS CARDIFT CITY 15 / 17 JULAI

Kelab bola sepak dunia, Real Madrid dengan barisan pemain tersohor seperti Christiano Ronaldo dan Kaka akan menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan di sini pada 21 Ogos ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan kehadiran pasukan gergasi Sepanyol itu yang kini dibimbing oleh Jose Mourinho yang baru sahaja membantu Inter Milan merangkul Piala Juara Eropah tahun ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata selain Real Madrid, pasukan negara, yang membuat persiapan menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, China, November ini, akan menentang pasukan kelab dari Wales, Cardiff City, pada 15 dan 17 Julai ini.

Katanya oleh kerana perlawanan menentang Real Madrid jatuh dalam bulan Ramadan, maka kemungkinan perlawanan itu akan diadakan pada pukul 10 malam, kemungkinan di Stadium Nasional, Bukut Jalil.

Bagaimanapun, katanya permintaan skuad bawah 23 tahun Korea Selatan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara masih dikaji.

Perlawanan menentang skuad olimpik Korea Selatan pula, jika berlangsung, akan diadakan pada 21 Julai, katanya.

Azzuddin berkata kelab Cardiff City, yang kini dikuasai oleh tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan sejak bulan lepas, akan membawa pasukan junior dan seniornya ke Malaysia.

Pasukan senior kelab tersebut akan menentang pasukan kebangsaan pada 17 Julai sementara pasukan junior pada 15 Julai.

"FAM kini menunggu pengesahan dari kelab tersebut sama ada pasukan junior mereka itu bawah 19 tahun atau bawah 21 tahun supaya dapat disesuaikan dengan pasukan junior Malaysia," katanya.

Azzuddin berkata beliau akan memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya menangguhkan kerja-kerja pembaikan trek di Stadium Nasional sehingga akhir Ogos.

Ketika ini padang di stadium berkenaan tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja pembaikan trek yang sepatutnya bermula pertengahan bulan ini.

Sebagai alternatif, katanya, venue pilihan adalah Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras atau Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sementara itu, jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, K Rajagobal berkata anak buahnya sememangnya perlukan perlawanan kompetitif di peringkat tinggi sebagai persiapan ke Sukan Asia dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) Disember ini.

"Perlawanan menentang Cardiff City dan Real Madrid yang dibarisi antara pemain terbaik dunia pastinya memberi pengalaman berharga kepada pemain negara," katanya.


-- BERNAMA

Wednesday, June 2, 2010

Harimau Muda A pulang dari slovakia

Harimau Muda A capai sasaran


SKUAD Harimau Muda tiba di KLIA, Sepang semalam selepas lebih tiga bulan berguru di Slovakia.


Setelah lebih tiga bulan beraksi di luar negara, Harimau Muda A kembali ke tanah air semalam, dengan membawa pulang pengalaman dan mempamer peningkatan sepanjang beraksi dalam Liga Bawah 21 Divisyen 1 Slovakia.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad berkata, berdasarkan prestasi yang dipamerkan skuad Mohd. Azraai Khor Abdullah, jelas telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Jurulatih Azraai Khor mendedahkan antara lain skuad itu ditawarkan menyertai musim baru 2010/11 Liga Satu Slovakia, yang bermula pada akhir Julai nanti. Surat tawaran telah diberi kepada Azraai untuk di serah kepada FAM untuk tindakan lanjut.

''Bagaimanapun kita masih menunggu laporan penuh daripada Azraai sendiri. Dalam masa yang sama, satu panel bebas juga akan membuat penilaian mengenai tahap peningkatan pemain Harimau Muda A," katanya.

Jelasnya, Harimau Muda A telah manfaatkan sepenuhnya tempoh tiga bulan di Slovakia.

Dalam masa yang sama Azraai mengakui kedatangan pasukan Harimau Muda A dalam liga Slovakia mendapat perhatian pengerusi liga, pasukan dan pengadil, yang sentiasa memberi komen positif.

''Kami berhasrat untuk mengadakan kem latihan dan mengatur perlawanan persahabatan di seluruh negara," katanya.

''Menerusi maklum balas yang diterima, mereka melihat Harimau Muda A pada awal saingan sehingga akhir sebagai pasukan yang berbeza.

''Ini disebabkan peningkatan yang dipamerkan pemain.

"Kalau diberi peluang untuk beraksi semula ke liga tersebut, memang saya bersedia untuk melakukannya demi pembangunan bola sepak negara.

''Namun bergantung kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Harimau Muda beraksi 13 perlawanan sepanjang di Slovakia, dengan mencatat tiga kemenangan, 10 kali tewas dengan menjaringkan 10 gol dan 36 bolos.

Sementara itu, pemain Harimau Muda, K. Gurusamy mengakui memperoleh pengalaman berguna di Slovakia.

''Pemain diberi rehat selama 14 hari sebelum menjalani latihan intensif di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

''Selepas itu mereka akan membuat persiapan untuk kejohanan Piala Newspaper di Vietnam, Oktober ini.

''Dalam masa yang sama, ada beberapa pemain yang telah disenaraikan oleh jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal untuk ke Antalya, Turki dari 10 hingga 20 Jun ini, bagi menyertai latihan serta perlawanan persahabatan di sana," katanya.

Mengenai Muslim Ahmad dan K. Gurusamy yang dikatakan mendapat tawaran berlatih bersama kelab Vion Zlate Moravce, di Slova, Azuddin berkata, beliau tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara itu.

''Liga utama di Slovakia, Liga Corgon akan memulakan musim 2010/2011 tidak lama lagi.

''Jika ada tawaran pun, mungkin pada akhir Jun atau Julai. Buat masa ini belum ada sebarang maklum balas lisan mengenai tawaran tersebut," katanya.

"Selepas itu mereka akan terus bersiap untuk menghadapi Kejohanan Jemputan B-21 Piala Newspaper di Vietnam pada Oktober depan," jelasnya.

Namun menurut Azzuddin, lima pemain Harimau Muda A akan kembali ke Wisma FAM hujung minggu ini kerana tersenarai dalam kelompok 30 pemain yang dipanggil K. Rajagobal untuk menyertai latihan skuad kebangsaan di Antalya, Turki pada 10 hingga 20 Jun ini.

Mereka terdiri daripada Muslim Ahmad, Ahmad Shakir Md. Ali, K. Gurusamy, Mahali Jasuli dan Izzaq Faris Ramlan.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin memberitahu, keputusan sama ada Real Madrid akan berkunjung ke negara ini pada 14 hingga 21 Ogos depan hanya akan diketahui pada Jumaat ini iaitu 4 jun 2010.

Tuesday, June 1, 2010

Bola sepak dapat kategori B di Sukan Asia

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membenarkan skuad bola sepak kebangsaan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November 2010 nanti atas tiket kategori B iaitu harus menanggung perbelanjaan sendiri.

Namun, mereka mendapat sedikit ‘keistimewaan’ apabila Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memutuskan akan membiayai sepenuhnya perbelanjaan skuad bimbingan K Rajagopal sekiranya mara ke suku akhir pada temasya terbesar Asia itu

Keputusan Liga Perdana 31 Mei

Persaingan merebut takhta Liga Perdana terus hangat apabila dua pasukan teratas masing-masing mencatat kemenangan.

Felda United terus kekal di tangga teratas selepas menewaskan Shahzan Muda 1-0 di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi manakala PKNS Selangor mengekori rapat selepas menewaskan Polis 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Jaringan tunggal bekas penyerang remaja kebangsaan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-5 menjamin Felda bimbingan E Elavarasan mengutip mata penuh untuk mengumpul jumlah 43, selain mengakibatkan Shahzan Muda menjadi pasukan pertama tersingkir daripada saingan Liga Perdana.

PKNS bimbingan Abdul Rahman Ibrahim mengejar Felda hasil kemenangan menerusi jaringan hatrik Mohd Zamri Hassan pada minit ke-50, 70 dan 86 manakala satu lagi gol disumbangkan Christine Jaya Seelan pada minit ke-60.

Jaringan hatrik G Puneswaran pada minit ke-26, 37 dan 80 membolehkan Pos Malaysia menewaskan Harimau Muda 3-2 di Stadium Hang Tuah. Dua gol anak buah Ong Kim Swee hadir menerusi pemain tengah, D Saarvindran pada minit ke-43 dan 70.

Dalam perlawanan lain, Tentera menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails